Sunday, July 29, 2012

Peranan Sekolah Bestari


Tajuk pidato ialah peranan sekolah bestari dalam pembangunan Negara
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian
                Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
                Penubuhan sekolah bestari oleh pihak kerajaan telah meningkatkan kualiti pendidikan Negara dimana pelajar mendapat daripada pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia menerusi computer.selain itu, sekolah  juga boleh mendapat pelbagai maklumat di dunia melalui internet, siding video, e-mel menerusi rangkaian telekomunikasi yang semakin luas.Apabila kualiti pendidikan meningkat proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) supaya lebih berkesn dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar.
                Selain itu, dapat mencungkil bakat pelajar. Sekolah bestari yang diwujudkan telah memberi peluang kepada pelajar cerdas untuk belajar mengikut kemampuan mereka. Apabila mereka telah bersedia pelajar yang pintar ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi secara bebas dalam usia muda. Hal ini dapat melahirkan ramai golongan cendekiawan muda yang mampu menggantikan golongan cendekiawan yang lama dan seterusnya membantu dalam pembangunan Negara supaya mampu bersaingan dengan Negara-negara maju yang lain.
Saudara-saudari sekalian
                Penubuhan sekolah ini menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di rantau asia tenggara dan seterusnya menjadi yang terbaik di dunia. Hal ini disebabkan kos pendidikan di Malaysia yang lebih murah dan pelajar dapat menjimatkan wang daripada mengalir ke luar Negara sebagai tukaran asing. Di samping itu, ramai pelajar dari rantau asia berpeluang melanjutkan pelajaran di Malaysia berbanding daripada tempat-tempat lain yang merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang-bilang bangsa dan agama.
                Selepas dikenali  sebagai pusat pendidikan yang cemerlang ia mampu menyediakan peluang pendidikan  diperingkat university dimana pelajar mempunyai peluang untuk mengikuti pengajaran university luar Negara tanpa perlu meninggalkan tanah air Malaysia. Apabila pelajar-pelajar telah mencapai target mereka ,program kuliah yang diguna pakai boleh digunakan secara berulang-ulang memungkinkan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan.
                Hujah yang terakhir ialah mampu menyediakan sumber manusia yang cukup dan berkualiti dimana semakin baik kualiti pendidikan Negara semakin ramai tenaga pakar dan mahir yang dihasilkan. Tambahan pula,pelajar celik computer dapat dihasilkan secara asasanya melalui sekolah bestari kerana mereka mampu untuk menghadapi ledekan teknologi maklumat dan bakal memenuhi keperluan koridoraya Multimedia (MSC)
                Kesimpulanya penubuhan sekolah bestari merupakan persediaan kerajaan untuk menghadapi era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin mencabar seterusnya mencapai misi dan wawasan 2020 yang dirancang Negara  

Kolokium


1.0 PENGENALAN
          Perkembangan pusat tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya sudah bermula sejak awal zaman merdeka, tetapi pertumbahannya semakin pesat sejak tahun 1980-an.  Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk pelajar-pelajar yang belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam atas.  Sehingga kini, kebanyakan pengusaha pusat tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada guru-guru sekolah kerajaan.  Pusat tuisyen ini adalah tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996.  Menurut Abdullah Othman (198), sebelum didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
          Falsafah pendidikan Negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan.  Tujuan Falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan Negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Dalam konteks pelaksanaannya, sistem pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh.  Kebanyakan pelajar berpencapaian rendah didapati mempunyai beberapa kelemahan diri seperti kadar keresahan yang tinggi, sentiasa bertindak secara defensif di hadapan pihak yang berkuasa, merasakan diri mereka diabaikan dan tidak mempunyai matlamat yang realistik.  Dalam hal ini, cabaran seorang guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar- pelajar pencapaian rendah ini

2.0 Pernyataan Masalah
          Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.  Adakah kerana pengajaran di sekolah yang lebih berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai menyebabkan pengajaran tuisyen menjadi popular?  Tidak hairanlah maka pengajaran juga tertumpu kepada kaedah yang sesuai untuk mereka.  Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana kaedah tuisyen dikatakan adalah satu cara yang cepat dan boleh menyampaikan maklumat dengan banyak.  Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran yuran yang tinggi.  Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat.  Selain itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor utama ramai pelajar mengikuti kelas tuisyen.
3.0 Objektif Kajian:
Objektif Kajian secara umumnya adalah:
1)  Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen di luar                                                                                                                                                           2)  Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
3)  Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan mereka mengikuti kelas tuisyen.
4.0 Kepentingan Kajian:
i.                   Dapat mendatangkan manfaat kepada pendidik-pendidik.
ii.                 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar sekolah mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.
iii.              Mengenalpasti keperluan pelajar dalam pembelajaran.
iv.              Membantu mengurangkan paksaan serta tekanan pelajar.
5.0 DEFINISI KONSEP
Sebelum menyorot lebih mendalam tentang tajuk, terlebih dahulu kami ingin memberikan definisi tentang beberapa konsep ;
Persepsi                                                                                                                                
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 1025), persepsi merupakan                                        gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan                                 (menerusi pancaindera) atau tanggapan .
Pensyarah                                                                                                                             
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1065), pensyarah ialah orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah atau guru di universiti, orang yang memberikan kuliah.
Pelajar                                                                                                                              
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1035), pelajar bermaksud orang yang sedang belajar, mengkaji, menyelidik, murid sekolah, pelajar maktab atau universiti.
Faktor
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002 ; 348) ,bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
Mendorong
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 712) bermaksud memberangsangkan , mempengaruhi dan menyebabkan (jadi sesuatu).


Tuisyen
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005 : 1723) merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran atau subjek tertentu. Kesimpulanya Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap faktor yang mendorong pelajar menghadiri Kelas Tuisyen dapat ditakrifkan sebagai pandangan pensyarah dan pelajar terhadap sebab yang mempengaruhi pelajar menghadiri kelas bimbingan tambahan .
6.0 METODOLOGI
6.1 Pemilihan Sampel :
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.  Kategori pelajar ini dipilih dengan anggapan :
1)Mereka boleh memahami dan menjawab soal selidik yang diberikan dengan baik.
2)Mengikut kelas tuisyen telah menjadi satu ‘budaya’ dalam kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam Malaysia.
Jumlah pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Kluang yang mengikuti kelas tuisyen adalah sebanyak 104 orang.  Penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang pelajar.  Jumlah guru yang mengajar Pra-U adalah sebanyak 32 orang manakala penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang guru.
6.2 Instrumen Kajian
          Kajian yang dijalankan suatu kajian penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang dibuat secara kajian kes.  Deskriptif adalah penulisan untuk menerangkan satu keadaan atau situasi secara bersistem dan fakta dengan tepat.  Oleh itu, penggunaan soal selidik adalah satu kaedah yang  paling sesuai dalam pengumpulan data kerana kaedah analisis datanya mudah dilakukan berbanding dengan kaedah pemerhatian langsung yang memerlukan kemahiran terlatih serta masa yang lama.
6.3 Skop dan Batasan Kajian:
i.                   Hanya tertumpu kepada pelajar Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
ii.                 Responden merupakan pelajar aliran Sains Tulen (Fizik dan Biologi)
iii.              Tertumpu kepada pensyarah Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
iv.              Pelajar aliran sastera dikecualikan daripada kajian
7.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian lepas yang berkait tentang persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor- faktor yang mendorong pelajar menghadiri kelas tuisyen.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Faridah Bt Baharudin (2005) di dalam kajiannya iaitu faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen bahasa inggeris di pusat-pusat tuisyen. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen bahasa Inggeris di sekitar zon keramat,Kuala Lumpur. Mendapati pelajar-pelajar menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris kerana pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan minat pelajar itu sendiri.
Siti Asiah dan Syaiful Izham (2009) dalam kajiannya untuk menentukan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan 5 mengambil tuisyen di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah menengah kerajaan atau swasta yang mengikuti kelas tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Taman Universiti,Johor. Mendapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah.    
Azizi Yahya dan Hii Ching Ling (2005) dalam kajiannya untuk melihat persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 387 orang pelajar dari dua belas buah sekolah menengah teknik dan berasrama penuh di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas tambahan.
Secara keseluruhannya, kajian lepas melaporkan bahawa keberkesanan pengajaran guru di sekolah menjadi faktor utama pelajar menghadiri kelas tuisyen di luar mahupun di sekolah. Walau bagaimanapun, pengambilan sampel bagi setiap kajian hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah aliran perdana (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil sampel yang terdiri daripada pelajar pra-universiti untuk melihat persepsi dan juga faktor penggerak pelajar menghadiri kelas tuisyen.  

p/s: klik untuk melihat slide show
Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap Faktor yang mendorong Pelajar Ke Pusat Tuisyen

Mengembangkan industri kraftangan


Langkah-langkah mengembangkan industri kraftangan
Assalamualikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 malaysia saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru , serta rakan-rakan yang saya kasihi. Berdirinya saya di sini ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi iaitu langkah-langkah untuk mengembangkan industri kraftangan.
Wahai jejaka  dan jelitawan
Sebelum saya meneruskan perlayaran ini biar saya memberi sedikit definisi  apakah kraftangan ? kraftangan menurut united nations conference on trade and development (UNCTAD) ialah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Tahukah anda semua,  pada masa ini, industri kraftangan Malaysia boleh dikatakan berkeadaan “hidup segan mati tak mahu”. Hasil industri ini seperti barang piuter, tembikar, labu saying dan barangan buatan daripada rotan kurang mendapat sambutan daripada masyarakat. Selain pengusaha industri ini, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang giat dalam mengembangkan industri ini.


Jelaslah pengusaha industri kraftangan sukar mengembangkan sayap perniagaan mereka akibat daripada kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank. Sebagai kesannya, mereka tidak mampu membeli peralatan moden untuk membaiki mutu keluaran. Dalam hal ini, kerajaan perlu menyediakan kemudahan pinjaman kewangan kepada pengusaha menerusi skim pinjaman pengusaha kecil. Contohnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Melalui tindakan ini, mereka dapat meminta pertolongan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan modal mereka.
Hadirin sekalian,  seperti kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”, hasil kraftangan tempatan yang unik dapat diperkenalkan kepada orang ramai apabila dijual di ekspo yang diadakan oleh persatuan pengusaha kraftangan. Selain itu, kerajaan hendaklah mendirikan pasar seni di setiap ceruk Negara untuk mempopularkan hasil kraftangan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan wajar menyediakan infokraf di pusat pelancongan untuk mempromosikan kraftangan tempatan kepada pelancong. Usaha seperti “sambil menyelam, minum air”ini dapat memberikan nafas baharu kepada industri kraftangan Negara.


Selain itu, sebagai langkah untuk menyokong industri kraftangan tempatan, pejabat dan bangunan kerajaan haruslah dihias dengan hasil seni ini. “kepemimpinan melalui teladan, orang ramai yang berkunjung ke pejabat kerajaan akan mengikut gaya hiasan yang menggunakan hasil kraftangan yang cantik itu. Rancangan reality tentang seni hiasan dalaman harus menggunakan hasil kraftangan tempatan untuk menyerikan ruang tamu. Melalui paparan ini, orang ramai dapat menghayati keindahan seni ini dan seterusnya berusaha untuk memilikinya.
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran,  sebagai kesimpulannya, dengan adanya langkah  positif daripada kerajaan dan swasta, industri kraftangan dapat “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”dengan kraftangan Negara maju. Walaupun Negara kita kecil, namun hasil kraftangan dapat dipasarkan ke seluruh dunia sekiranya semua pihak yang terlibat memainkan peranan masing-masing.

Quality Of Good Public Speaker


Body language is important. Standing, walking or moving about with appropriate hand gesture or facial expression is preferred to sitting down or standing still with head down and reading from a prepared speech. Use audio-visual aids or props for enhancement if appropriate and necessary. Master the use of presentation software such as PowerPoint well before your presentation. Do not over-dazzle your audience with excessive use of animation, sound clips, or gaudy colors which are inappropriate for your topic. Do not torture your audience by putting a lengthy document in tiny print on an overhead and reading it out to them.
Speak with conviction as if you really believe in what you are saying. Persuade your audience effectively. The material you present orally should have the same ingredients as that which are required for a written research paper, i.e. a logical progression from INTRODUCTION (Thesis statement) to BODY (strong supporting arguments, accurate and up-to-date information) to CONCLUSION (re-state thesis, summary, and logical conclusion).
Do not read from notes for any extended length of time although it is quite acceptable to glance at your notes infrequently. Speak loudly and clearly. Sound confident. Do not mumble. If you made an error, correct it, and continue. No need to make excuses or apologize profusely.
Maintain sincere eye contact with your audience. Use the 3-second method, e.g. look straight into the eyes of a person in the audience for 3 seconds at a time. Have direct eye contact with a number of people in the audience, and every now and then glance at the whole audience while speaking. Use your eye contact to make everyone in your audience feel involved.
Speak to your audience, listen to their questions, respond to their reactions, adjust and adapt. If what you have prepared is obviously not getting across to your audience, change your strategy mid-stream if you are well prepared to do so. Remember that communication is the key to a successful presentation. If you are short of time, know what can be safely left out. If you have extra time, know what could be effectively added. Always be prepared for the unexpected.
Pause. Allow yourself and your audience a little time to reflect and think. Don't race through your presentation and leave your audience, as well as yourself, feeling out of breath.
Add humor whenever appropriate and possible. Keep audience interested throughout your entire presentation. Remember that an interesting speech makes time fly, but a boring speech is always too long to endure even if the presentation time is the same.
When using audio-visual aids to enhance your presentation, be sure all necessary equipment is set up and in good working order prior to the presentation. If possible, have an emergency backup system readily available.  Check out the location ahead of time to ensure seating arrangements for audience, whiteboard, blackboard, lighting, location of projection screen, sound system, etc. are suitable for your presentation.
Have handouts ready and give them out at the appropriate time. Tell audience ahead of time that you will be giving out an outline of your presentation so that they will not waste time taking unnecessary notes during your presentation.
Know when to STOP talking. Use a timer or the microwave oven clock to time your presentation when preparing it at home. Just as you don't use unnecessary words in your written paper, you don't bore your audience with repetitious or unnecessary words in your oral presentation. To end your presentation, summarize your main points in the same way as you normally do in the CONCLUSION of a written paper. Remember, however, that there is a difference between spoken words appropriate for the ear and formally written words intended for reading. Terminate your presentation with an interesting remark or an appropriate punch line. Leave your listeners with a positive impression and a sense of completion. Do not belabor your closing remarks. Thank your audience and sit down.

Obesiti


1. Obesiti boleh mendatangkan penyakit lain yang juga berbahaya kepada penghidapnya. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dan penyakit-penyakit sampingan akibat obesiti.
Obesiti atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang sering berlaku dan cukup merisaukan pada zaman ini.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi dan menimbulkan penyakit-penyakit sampingan kepada mereka yang terlibat.
Menurut para pakar kesihatan, didasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor.Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor genetik. Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar. 
Tambahan pula,kerosakan pada salah satu bahagian otak juga merupakan punca obesiti. Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan) dan ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang). Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.Hal ini menjelaskan kenapa dalam kalangan pesakit obesiti tidak boleh mengawal selera makan mereka dan menyebabkan obesiti pada akhirnya.
Obesiti bukan sahaja menjejaskan kehidupan seseorang tetapi juga membawa penyakit-penyakit sampingan seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.Obesiti merupakan penyebab utama terjadinya penyakit jantung dan pembuluh darah(kardiovaskular).Pasalnya,obesiti menyababkan peningkatan beban kerja jantung,kerana dengan bertambah besar tubuh seseorang maka jantung perlu bekerja lebih keras mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh.Bila kemampuan kerja jantung sudah melampaui,terjadilah yang disebut gagal jantung.Pengidap obesity juga sering mengalami tekanan darah tinggi(hipertensi) kerana pembuluh darah menyempit akibat pengapit timbunan lemak.Kombinasi obesity dan hipertensi ini tentu sahaja memperberat kerja jantung.Akibat,timbul penebalan pada dinding bilik jantung disertai kekurangan oksigen.Keadaan ini akan mempercepatkan timbulnya gagal jantung.
 Obesiti juga boleh menyebabkan terjadinya penyakit kencing manis (diabetes melitus). Ini disebabkan timbulnya gangguan fungsi insulin pada pengidapnya. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh tubuh. Fungsinya antara lain memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Akibat gangguan fungsi insulin, gula tidak dapat masuk ke dalam sel, sehingga tetap beredar dalam darah. Ini dapat diketahui dari kadar gula darah yang meningkat. Gangguan fungsi insulin ternyata juga mengakibatkan gangguan metabolisme lemak (dislipidemia). Ini dapat dilihat dari terjadinya peningkatan kadar kolesterol total, kolesterol LDL (kolesterol jahat), trigliserida, namun disertai penurunan kolesterol HDL (kolesterol baik). Peningkatan kadar kolesterol jahat disertai penurunan kadar kolesterol berujung terbentuknya kerak di dalam pembuluh darah (arterosklerosis). Arterosklerosis akan mengurangkan diameter pembuluh darah, sehingga menyebabkan penyakit jantung koroner dan serangan stroke.
Sebagai kesimpulan,obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan.Memandangkan kesan akibat obesity adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambail langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri mesing-masing.


Penyakit Kronik

Punca-punca serangan sakit jantung dan langkah-langkah mencegah penyakit jantung


Penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Serangan sakit jantung datang secara tiba-tiba tanpa mengikut masa dan tempat. Ditambah sekarang bilangan pesakit jantung semakin bertambah disebabkan oleh pelbagai punca yang tidak dipandang serius pada peringkat awal.
Punca pertama ialah amalan pemakanan. Pengambilan makanan segera yang banyak ,makanan ini mengandungi banyak lemak tepu dan berkalori tinggi. Lemak akan berkumpul dalam badan jika pembakaran kalori tidak berlaku. Hal ini menyebabkan kadar kolestrol dalam badan meningkat lalu menyekat perjalanan darah dan menyukarkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Seterusnya, menyebabkan saluran darah tersumbat lalu mengakibatkan serangan sakit jantung. Justeru itu, amalan pemakanan banyak mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan seseorang.
Selain itu, aktiviti kecergasan fizikal yang kurang merupakan salah satu punca orang ramai tidak menumpukan perhatian terhadap penjagaan kesihatan. Mereka tidak memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti bersenam terutamanya. Hal ini seterusnya menyebabkan pembakaran kalori oleh badan tidak berlaku ,menyebabkan lemak tepu yang ada dalam tubuh badan berkumpul dan menyumbang kepada masalah obesiti. Kebanyakan pesakit obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan jantung akibat dari gumpalan lemak yang tidak dibakar oleh badan. Oleh itu, untuk mengelakkan serangan sakit jantung kita hendaklah melakukan aktiviti kecergasan fizikal yang tidak berat dan sesuai dengan kemampuan tubuh kita sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang wajar diambil untuk mencegah serangan sakit jantung. Amalkan pemakanan yang seimbang. Memastikan pengambilan makanan mengikut piramid pemakanan yang dicadang oleh kementerian kesihatan. Selain itu pastikan waktu makan mengikut jadual, contohnya jangan mengambil makanan pada selang masa yang hampir iaitu waktu sarapan digabungkan bersama-sama waktu makan tengah hari. Amalkan gaya pemakanan 5M iaitu mengurangkan pengambilan gula ,garam dan minyak serta menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan badan kita tidak dipenuhi dengan lemak-lemak tepu  yang merbahaya. Ia juga dapat mengelakan penyumbatan salur darah dalam badan. Justeru itu, pastikan amalan pemakanan yang seimbang dan sihat dalam ingat kita.
Seterusnya, menambah aktiviti kecergasan fizikal. Menambah aktivit senaman dalam jadual harian walaupun sekejap sebagai contoh, melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Aktiviti ini seterusnya,dapat mengeluarkan peluh dalam badan bermakna jelaslah pembakaran kalori dan lemak telah berlaku dalam tubuh badan. Aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung.
Kesimpulannya, orang ramai haruslah sedar akan bahaya yang timbul akibat penyakit jantung. Ia memisahkan diri kita sama ada hidup atau mati dalam sekelip mata. Oleh itu, jika kita mempunyai pengetahuan tentang penyakit jantung, kita dapat mengurangkan kadar kematian akibat serangan sakit jantung.
      
For informasi bagi yang berminat tentang perjalanan jantung dalam badan klik di sini
Lilypie Kids Birthday tickers