Skizophrenia merupakan penyakit mental ditahap kronik. Nyatakan kaedah dan rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental.
PENDAHULUAN Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.
Rawatan psikologi iaitu rawatan kaunseling dan psikoterapi
1-Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit,aspek pengambilan ubat,konsep tekanan,cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.Serta aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
2-Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah Psikoterapi dinamik,Psikoterapi kognitif dan Psikoanalitik psikoterapi
3-Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doktor dan pesakit yang memerlukan doktor mengikuti kursus dan latihan tertentu.
4-Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personaliti dan permasalahan yang hampir serupa.
5-Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi. 6-Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Highland Tower.
Terapi Tingkah Laku
1-Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.
2-Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.
3-Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi sosial mereka biasanya terganggu.
4-Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.
5-Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.
2-Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.
3-Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi sosial mereka biasanya terganggu.
4-Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.
5-Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.
Rawatan Psikotropik
1-Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental.
2- Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
3-Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah.
4- Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.Rawatan Elektrokonvulsif
1-Rawatan elektrokonvulsif(ECT) diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
2-Selepas pesakit tak sedar,elektrod ECT diletakkan di 2 bahagian tepi tempural kepala seterusnya arus elektrik akan diberi dan jangka masa seizur(sawan) yang diperlukan untuk rawatan ini selama 20-30 saat
3-Digunakan untuk menghentikan mania atau kemurungan dalam kes-kes seperti jika pesakit dalam keadaan tenat dan tidak boleh menunggu sementara pengambilan ubat memberi kesan,jika ubat tidak berkesan,jika ubat tidak sesuai atau disebabkan penyakit mental tertentu atau kehamilan dan jika terdapat halusinasi.Kaedah Coffee-Corner
1-Rawatan pesakit skizophrenia kronik dimana mereka diberi latihan kemahiran perniagaan kepada peserta dan meminumkan waktu terluang dirumah.
2-15 Pesakit Psikiatri(Skizophrenia) di Hospital Tunku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan menjadi kumpulan pertam menjalankan program ini.Dimana mereka menjalankan perniagaan di kantin hospital dibawah penyeliaan pegawai perubatan dan pakar terapi pekerjaan.
3-Manakala pesakit psikiatri di Hospital Alor Setar pula menjalankan aktiviti bakeri seperti membakar kek,kuih dan lain-lain.Rawatan Psikososial
1-Bertindak bersama-sama dengan ubat-ubatan tertentu untuk membantu meningkatkan kestabilan mood dan memperbaiki fugsi harian pesakit.Yang penting adalah pesakit perlu makan ubatan mengikut aturan yang telah ditetapkan sebelumnya.
2-Jenis-jenis rawatan psikososial terhadap para pesakit termasuklah memberi pendidikan pesakit,terapi interpersonal dan rhythm sosial,terapi kognitif tingkah laku,terapi keluarga,terapi pemulihan cara kerja serta mewujudkan kumpulan sokongan dan jaringan sosial
Terapi minda Aromaterapi
1-Perubatan Alternatif yang berasaskan alam semula jadi.kaedah rawatan yang holistik yang mengambil kira kesan dare segi minda,jasmani dan kerohanian
2-Prinsip rawatan ini ialah dengan merangsang system imunisasi tubuh secara tak langsung sekaligus mengubahsuai ketahanan diri daripada serangan penyakit termasuk ganguan jiwa
3-Minyak Essensial tidak berminyak,pekat,harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam bertujuan melegakan otot-otok melalui urutan dan emosi(fizikal) dan memudahkan meditasi dan perasaan keriangan
4-Lampe Berger merupakan salah satu aromaterapi).contoh bahan yang digunakan ialah lavender dimana bertujuan melegakan sakit kepala dan migraine(stress) dan ozoalcool bertujuan menghapuskan kandungan kuman dan bau yang tak menyenangkan serta meningkatkan kandungan oksigen.KESIMPULAN Terdapat pelbagai rawatan dan kaedah untuk pesakit penyakit mental samada pesakit tahap pertama atau kedua.Tetapi semua rawatan dan kaedah ini tak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan ahli keluarga dan masyrakat.Oleh itu,telitilah jenis-jenis rawatan penyakit mental ini agar kita dapat memahami dan menyelami perasaan pesakit penyakit mental ini.
No comments:
Post a Comment