Friday, August 19, 2011

Bandaraya Bersejarah Melaka dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Bandaraya Bersejarah Melaka dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.
PENDAHULUAN                                                                                                                                                                                                   7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah dinegara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia(TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh PertubuhanPendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Mampu memberi lonjakan ekonomi kepada negara
S-Menarik minat lebih ramai pelancong berkunjung ke kedua-dua negeri berkenaan,
S- Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama.
S- Kesan positif pelancongan terhadap ekonomi
Perkembangan ekonomi membawa pembangunan ekonomi yang pesat kepada sesuatu negara.
C- Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori kebudayaan menarik minat pelancong untuk melawat tempat tersebut.

Mampu memberi peluang  pekerjaan 
S-Terdapat banyak pengusahaan industri desa dan kecil-kecilan yang dijalankan  untuk mempromosi produk kraftangan Bandar Melaka dan Georgetown.
S-Peluang pekerjaan diwujudkan industri hotel, pengangkutan, peruncitan, restorant turut dibangunkan di kawasan pelancongan.
C- Penduduk tempatan boleh menceburi industri tersebut dan berupaya memperbaiki ekonomi keluarga mereka yang miskin.
C-Mengembangkan kebudayaan mereka melalui kraf tangan, ukiran, tarian kepada pelancong dari negara asing.Ramai keluarga dapat mengaut sedikit banyak keuntungan sampingan dari para pelancong asing.

Menarik minat para pengkaji tempatan dan antarabangsa untuk membuat kajian
S- Simbol kegemilangan sejarah Malaysia dan melambangkan produk 500 tahun bagi hubungan perdagangan dan budaya antara Timur dengan Barat.
S-Terdapat banyak tinggalan bahan bersejarah oleh bangsa penjajah
C-Sejarahnya yang melangkaui abad dapat dilihat menerusi tinggalan seperti Kota Cornwallis, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Kuil Sri Maha Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Kongsi Khoo.
C-Zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubutinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam(Melaka).

Meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu
S-Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.
S-Dapat memulihara bangunan bersejarah dan bandar warisan daripada musnah ditelan arus pembangunan.
C- Menggunapakai bangunan bersejarah yang telah dipulihara tanpa perlu membina bangunan baru untuk tujuan industri pelancongan warisan.
C-Bangunan bersejarah ini digunapakai sebagai muzium untuk tatapan generasi hadapan seperti bangunan  Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641)

PENUTUP                                                                                                                                                                                                                            Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Dengan itu,wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila. Mengenali sejarah akan membentuk semangat patriotism.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers