Sunday, July 29, 2012

Kolokium


1.0 PENGENALAN
          Perkembangan pusat tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya sudah bermula sejak awal zaman merdeka, tetapi pertumbahannya semakin pesat sejak tahun 1980-an.  Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk pelajar-pelajar yang belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam atas.  Sehingga kini, kebanyakan pengusaha pusat tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada guru-guru sekolah kerajaan.  Pusat tuisyen ini adalah tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996.  Menurut Abdullah Othman (198), sebelum didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
          Falsafah pendidikan Negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan.  Tujuan Falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan Negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Dalam konteks pelaksanaannya, sistem pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh.  Kebanyakan pelajar berpencapaian rendah didapati mempunyai beberapa kelemahan diri seperti kadar keresahan yang tinggi, sentiasa bertindak secara defensif di hadapan pihak yang berkuasa, merasakan diri mereka diabaikan dan tidak mempunyai matlamat yang realistik.  Dalam hal ini, cabaran seorang guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar- pelajar pencapaian rendah ini

2.0 Pernyataan Masalah
          Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.  Adakah kerana pengajaran di sekolah yang lebih berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai menyebabkan pengajaran tuisyen menjadi popular?  Tidak hairanlah maka pengajaran juga tertumpu kepada kaedah yang sesuai untuk mereka.  Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana kaedah tuisyen dikatakan adalah satu cara yang cepat dan boleh menyampaikan maklumat dengan banyak.  Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran yuran yang tinggi.  Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat.  Selain itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor utama ramai pelajar mengikuti kelas tuisyen.
3.0 Objektif Kajian:
Objektif Kajian secara umumnya adalah:
1)  Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen di luar                                                                                                                                                           2)  Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
3)  Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan mereka mengikuti kelas tuisyen.
4.0 Kepentingan Kajian:
i.                   Dapat mendatangkan manfaat kepada pendidik-pendidik.
ii.                 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar sekolah mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.
iii.              Mengenalpasti keperluan pelajar dalam pembelajaran.
iv.              Membantu mengurangkan paksaan serta tekanan pelajar.
5.0 DEFINISI KONSEP
Sebelum menyorot lebih mendalam tentang tajuk, terlebih dahulu kami ingin memberikan definisi tentang beberapa konsep ;
Persepsi                                                                                                                                
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 1025), persepsi merupakan                                        gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan                                 (menerusi pancaindera) atau tanggapan .
Pensyarah                                                                                                                             
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1065), pensyarah ialah orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah atau guru di universiti, orang yang memberikan kuliah.
Pelajar                                                                                                                              
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1035), pelajar bermaksud orang yang sedang belajar, mengkaji, menyelidik, murid sekolah, pelajar maktab atau universiti.
Faktor
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002 ; 348) ,bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
Mendorong
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 712) bermaksud memberangsangkan , mempengaruhi dan menyebabkan (jadi sesuatu).


Tuisyen
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005 : 1723) merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran atau subjek tertentu. Kesimpulanya Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap faktor yang mendorong pelajar menghadiri Kelas Tuisyen dapat ditakrifkan sebagai pandangan pensyarah dan pelajar terhadap sebab yang mempengaruhi pelajar menghadiri kelas bimbingan tambahan .
6.0 METODOLOGI
6.1 Pemilihan Sampel :
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.  Kategori pelajar ini dipilih dengan anggapan :
1)Mereka boleh memahami dan menjawab soal selidik yang diberikan dengan baik.
2)Mengikut kelas tuisyen telah menjadi satu ‘budaya’ dalam kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam Malaysia.
Jumlah pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Kluang yang mengikuti kelas tuisyen adalah sebanyak 104 orang.  Penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang pelajar.  Jumlah guru yang mengajar Pra-U adalah sebanyak 32 orang manakala penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang guru.
6.2 Instrumen Kajian
          Kajian yang dijalankan suatu kajian penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang dibuat secara kajian kes.  Deskriptif adalah penulisan untuk menerangkan satu keadaan atau situasi secara bersistem dan fakta dengan tepat.  Oleh itu, penggunaan soal selidik adalah satu kaedah yang  paling sesuai dalam pengumpulan data kerana kaedah analisis datanya mudah dilakukan berbanding dengan kaedah pemerhatian langsung yang memerlukan kemahiran terlatih serta masa yang lama.
6.3 Skop dan Batasan Kajian:
i.                   Hanya tertumpu kepada pelajar Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
ii.                 Responden merupakan pelajar aliran Sains Tulen (Fizik dan Biologi)
iii.              Tertumpu kepada pensyarah Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
iv.              Pelajar aliran sastera dikecualikan daripada kajian
7.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian lepas yang berkait tentang persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor- faktor yang mendorong pelajar menghadiri kelas tuisyen.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Faridah Bt Baharudin (2005) di dalam kajiannya iaitu faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen bahasa inggeris di pusat-pusat tuisyen. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen bahasa Inggeris di sekitar zon keramat,Kuala Lumpur. Mendapati pelajar-pelajar menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris kerana pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan minat pelajar itu sendiri.
Siti Asiah dan Syaiful Izham (2009) dalam kajiannya untuk menentukan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan 5 mengambil tuisyen di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah menengah kerajaan atau swasta yang mengikuti kelas tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Taman Universiti,Johor. Mendapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah.    
Azizi Yahya dan Hii Ching Ling (2005) dalam kajiannya untuk melihat persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 387 orang pelajar dari dua belas buah sekolah menengah teknik dan berasrama penuh di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas tambahan.
Secara keseluruhannya, kajian lepas melaporkan bahawa keberkesanan pengajaran guru di sekolah menjadi faktor utama pelajar menghadiri kelas tuisyen di luar mahupun di sekolah. Walau bagaimanapun, pengambilan sampel bagi setiap kajian hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah aliran perdana (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil sampel yang terdiri daripada pelajar pra-universiti untuk melihat persepsi dan juga faktor penggerak pelajar menghadiri kelas tuisyen.  

p/s: klik untuk melihat slide show
Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap Faktor yang mendorong Pelajar Ke Pusat Tuisyen

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers