
- Elakkan makan kepala ikan
 - Elakkan makan organ dalaman haiwan, seperti hati, limpa, perut, paru dan sebagainya
 - Makan awal sebelum malam, iaitu sebelum masuknya waktu maghrib (kira-kira 7 malam)
 - Elakkan makan makanan yang dimasuki oleh serangga seperti semut, lalat dan sebagainya
 - Elakkan daripada melakukan maksiat
 - Elakkan minum sambil makan
 - Elakkan daripada memandang najis
 - Elakkan daripada memandang batu nisan
 - Banyakkan makan kismis, kurma, buah tin, buah badam, dan sebagainya yang berkhasiat dan bagus untuk minda
 - Minum air zamzam
 - Makan halia atau minum air halia
 - Elakkan makanan yang diragui kehalalannya (syubahat), apatah lagi makanan haram
 - Makan semasa benar-benar lapar dan berhenti sebelum kenyang
 
Selain itu,terdapat lapan jenis makanan sunnah yang memang disebut dalam Quran dan Hadis, yang berperanan dalam membantu daya ingatan iaitu:
- BUAH DELIMA :) buah ini baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru, meningkatkan stamina dan usus
 - KURMA :) berfungsi menguatkan hati, melancarkan buang air besar, membantu minda kanak-kanak yang sihat (kajian Prof Madya Asiah Zain, UPM)
 - ZAITUN :) pengambilan zaitun membantu mengeluarkan cacing, merendahkan kolesterol dalam tubuh dan mengatasi racun
 - ZA`FARAN :) membantu mengukuhkan ingatan (berdasarkan kitab perubatan karangan Abdul Latif Asyur)
 - BUAH TIN :) berperanan sebagai anti toksin, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil
 - HABBATUS SAUDA` :) disebut dalam hadis nabi bahawa ia berfungsi menjadi penawar bagi segala penyakit kecuali mati
 - MADU :) berperanan mencerdaskan mental dan mengukuhkan daya ingatan
 - KISMIS :) menurut imam Az-Zuhdi sesiapa yang mahu menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan kismis
 

Saya setuju, habbatus sauda juga boleh membantu kuatkan ingatan... InsyaAllah
ReplyDeletehttp://www.muslimchoices.com/?li=9&p=minsyam_habbatus_sauda