Sunday, November 4, 2012

JENAYAH KOLAR PUTIH




Definisi  : Jenayah halus tanpa kekerasan yang dilakukan oleh golongan professional dan pendidikan tinggi. Termasuklah jenayah perdagangan, kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang lazimnya membabitkan jumlah wang yang banyak. Pembabitan golongan ini dalam jenayah kolar putih amat berbahaya dan perlu diberi perhatian berat oleh masyarakat.

Contoh jenayah kolar putih:
1) Rasuah
2) penyelewengan 
     - kuasa
     - harta benda

Rasuah

Rasuah semakin berleluasa, sehingga membimbangkan orang awam apabila masyarakat Malaysia sudah menganggap bahawa amalan rasuah bukan lagi satu kesalahan tetapi merupakan amalan biasa dalam rutin kehidupan. Sekiranya gejala rasuah berleluasa, negara Malaysia akan menerima tamparan yang hebat.

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Dalam kamus Concies Law Dictionary, P.G. Osborne memberikan definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “ giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward”.

Bagi membendung jenayah rasuah daripada berterusan menguasai sektor awam, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang memulakan operasi sebagai sebuah jabatan penuh pada 1 Oktober 1967. Pada tahun 1982, Akta Pencegahan telah diluluskan oleh Parlimen untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan BPR sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah. Pada tahun 2008, BPR telah diberikan peranan yang lebih penting dengan tugas penguatkuasaan yang luas menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Punca Berlaku Rasuah

1. Gara-gara ingin hidup mewah

Manusia tamak yang sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal dan haram
Cara hidup hidup mewah untuk pengekalan status
Menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya

2. Kurang penghayatan nilai-nilai murni

Kedangkalan ilmu-ilmu keagamaaan
Hilangnya akhlak yang baik

3. Kurang pemantauan

Kurang penyeliaan oleh pegawai atasan
Kurang komitmen untuk mengernal pasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya rasuah

4. Masalah sistem birokrasi

Struktur birokrasi yang terlalu ketat
Banyak  yang sanggup membayar lebih untuk memudahkan dan melicinkan urusan dengan pihak yang berautoriti

5. Kelewatan tindakan undang-undang

Kelewatan pihak berkuasa seperti polis, penguasa mahkamah membicarakan kes rasuah, ambil masa bertahun-tahun
Menjatuhkan hukuman ke atas lambat ke atas pesalah mengakibatkan pesalah lain tidak serik
Tidak dapat menjadikannya sebagai pengajaran

Kesan Perbuatan Rasuah

1. Melemahkan pentadbiran negara

Terdapat kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dikatakan sering menerima rasuah.
Pembangunan negara gagal berada atas landasan yang betul
Kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan terancam
Berlaku pembaziran wang rakyat
Pelabur asing akan menjauhi diri daripada Malaysia
Menyebabkan peningkatan kos pengeluaran

2. Kepercayaan kepada kepimpinan negara tergugat

Rakyat sukar mempercayai kepemimpinan Negara
Sebagai contoh, kontraktor yang menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak projek pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan
Meluaskan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat
Kontaktor yang kaya bertambah kaya
Pembangunan negara dan kebajikan rakyat akan terjejas

3. Pertambahan gejala sosial

Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan keharmonian sosial
Jika pegawai jabatan imigresen menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang bahaya
Kemasukan pendatang tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah
Rakyat tempatan akan terdedah kepada jenayah curi, diragut dan dibunuh
Kemasukan pendatang tanpa prosedur yang betul akan menyebabkan menularnya penyakit berbahaya yang berasal dari negara lain
Misalanya, seorang doktor, jika disogok untuk meluluskan kesihatan warga asing, pembawa penyakit berbahaya akan memasuki negara
Kesihatan dan kebajikan rakyat akan terancam.
Keamanan dan keharmonian sosial akan terjejas jika amalan rasuah berleluasa  


Langkah Mengatasi Rasuah

1. Mengetatkan lagi undang-undang

Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang memberi atau menerima rasuah
Hukuman penjara mandatory dan sebat
Sekiranya terbukti harta diperoleh daripada kegiatan rasuah mesti disita
Tindakan undang-undang harus melahirkan perasaan takut

2. Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

Menjalankan siasatan yang lebih rapi terhadap pegawai yang didapati melakukan kegiatan rasuah
Tindakan yang pantas dan cepat untuk mendapatkan bukti
Melantik pegawai yang berintegriti dan berkredibiliti untuk mengisi jawatan dalam suruhanjaya ini
Suruhanjaya ini bebas daripada pengaruh politik

3. Kerjasama masyarakat

Masyarakat merupakan badan pemantau yang paling efektif
Harus berani memberikan maklumat sekiranya terdapat bukti berlakunya rasuah
Identity pemberi maklumat mesti dirahsiakan
Menawarkan ganjaran kepada maklumat yang benar

4. Sikap peribadi individu

Rasuah merupakan satu penyakit berjangkit moral
Individu itu perlu mengekalkan watak yang bersih daripada sikap negatif
Tidak mudah dirasuah
Mempunyai pendirian yang teguh dan berpegang teguh pada ajaran agama atau nilai-nilai moral
Menjalankan kerja mengikut ketetapan dan peraturan

Langkah Mengatasi Jenayah Kolar Putih   

1. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat

Dalam perkhidmatan awam tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mereka yang terlibat tetapi tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan di mahkamah.
Hukuman penjara dan sebat mandatory mesti dilaksanakan
Harta didapati secara haram perlu disita dan dirampas
Hukuman berat menjadi pengajaran kepada pesalah malah menjadi amaran kepada yang lain

2. Penyeliaan dan kawalan ketat terhadap urusan institusi

Agensi kerajaan yang mungkin terdedah kepada gejala rasuah atau penyelewengan, penyeliaan oleh pegawai atasan atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Institusi kewangan pula, segala kelemahan dalam transaksi kewangan perlu dikenal pasti dan di atasi
Segala kelonggaran prosedur kerja yang mungkin terdedah kepada jenayah harus dikemaskinikan
Misalnya kawalan ketat dapat mencegah pegawai bank daripada melesapkan wang bank

3. Peluasan kuasa badan pencegah jenayah kolar putih

Pembesaran organisasi Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja dan SPRM
Penjenayah yang merupakan professional dalam bidang mereka
Penipuan dan penyelewengan amat halus dan sukar dikesan
Pakar dalam siasatan dalam bidang-bidang khusus harus ditambah untuk mencegah jenayah kolar putih ini
Bilangan pegawai SPRM dan polis yang pakar dalam bidang undang-undang dan perakaunan perlu ditambah

4. Didikan agama dan moral

Merupakan ubat mujarab, iman yang kukuh akan melindungi kita daripada  melakukan kemungkaran
Nilai kejujuran dan amanah akan berakar umbi dalam diri
Keutuhan keimanan seseorang dapat menentang nafsu haloba ingin cepat kaya dan pilih kasih
Takut kepada pengadilan Tuhan di akhirat akan menyedarkan bahawa kekayaan duniawi hanya sementara

5. Kesedaran kesan buruk

Keinsafan diri melalui kempen kesedaran, jenayah ini merugikan semua pihak termasuk diri sendiri.
Natijahnya akan menjauhi diri seseorang itu melakukan dan menjauhi perbuatan terkutuk
Ketua jabatan akan bertindak tegas terhadap pegawai yang melakukan penyelewengan dalam tugas tanpa pilih kasih
Pelaksanaan integriti dalam pekerjaan
Nasihat dan teguran SPRM dan kerjasama sepenuhnya apabila diminta


Langkah dan tindakan pihak kerajaan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi serta membanteras rasuah sehingga ke akar umbi amat dialu-alukan. Tindakan itu memerlukan kesunguhan dan komitmen daripada semua pihak.

p/s: ini adalah maklumat yang dapat kongsikan bersama-sama anda semua......ini kerana saya melihat jenayah kolar putih merupakan post yang paling popular  oleh itu saya kongsi kesemua maklumat yang saya perolehi......harap dapat digunakkan dengan sebaik-baiknya.....

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers