Keindahan alam ciptaan Allah
Sejak kebelakangan ini,aku melihat orang kini semakin menjauh atau aku yang semakin menjauh.Tekanan yang berlaku dalam hidup sejak beberapa bulan yang lalu mula menunjuk taringnya.
Jiwa dan raga aku kini semakin terseksa.Adakah kerana aku melupainya atau ini ujiannya kepada aku.Manusia bukan patung yang boleh dikawal minda,jiwa dan tindak-tanduknya tapi ciptaan yang sungguh bijak dan tak ternilai harganya.
Kesenangan,kemewahan,kelapangan dan berbagai lagi nikmat mampu hilang dalam sekelip mata jika kita lupa dengan Maha Pencipta.
Kehidupan kini adalah cerminan dimasa lalu dan hadapan,sama ada kita sedar atau tidak qada dan qadak telah ditentukan,terpulang pada tindakan diri kita yang mencorakkan masa depan kita,sama ada perkara baik ataupun buruk atau kita mengulang kembali peristiwa lalu tanpa kita sedari.
Persoalan yang tiada jawapan pada mulanya kini makin terang dan nyata bahawa kita yang berfikir,kita yang menyoal,kita yang menjawab dan kita yang membuat keputusan,pasti tiada kesudahanya melainkan kita yang mengindahkan dan bermimpi tentangnya.
No comments:
Post a Comment