Sunday, October 30, 2011

kolokium

Pada 21-23/10/11.telah berlangsungnya majlis kolokium peringkat negeri Johor di Wisma Pelajaran Negeri Johor.pada masa yang sama pihak pengajur juga mengadakan seminar dan ceramah motivasi kepada semua peserta kolokium(tingkatan 6) sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang semakin hampir menjelang tiba.Walaupun bukan sebagai seorang pembentang mahupun pelajar tingkatan 6 atas,saya berasa amat bertuah kerana majlis seperti ini telah membuka lembaran baru dalam hidup saya dari segi kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun kehidupan seorang generasi akan datang.Saya pasti ramai yang tertanya-tanya,Apa itu kolokium?kolokium sebenarnya adalah satu aktiviti yang tertumpu kepada satu kajian yang memberi kesan yang positif serta membangunkan negara melalui kajian yang tertumpu kepada aspek sosial masyarakat serta pembangunan modal insan.kajian ini kebiasanya melibatkan pelajar-pelajar pra-universiti(tingkatan 6) dan mempunyai prespektif yang berlainan dari yang lain.

Baiklah cukup untuk pengenalan,antara tajuk kajian yang menarik perhatian saya ialah kesalahan bahasa dalam lirik lagu berbahasa malaysia dari tahun 60-an hingga kini dan kesalahan bahasa pada papan tanda.tajuk ini bertepatan dengan kempen bulan bahasa yang bakal berakhir tidak lama lagi.Selain itu,isu yang disuarakan para pembentang ialah pendidikan seks dalam kalangan pelajar sekolah,sifat anti-oksida yang dipamerkan oleh halia serta pelbagai lagi isu yang timbul dimulut-mulut pelajar pra-universiti dari aspek dalaman serta luaran yang mempengaruhi kehidupan mereka.


No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers