Tak tahu nak bermula dari mana.Terasa ingin berkongsi pengalaman sedikit dengan anda semua,lima hari yang lalu mak angkat saya dari kajang telefon ayahku untuk memaklumkan anaknya nak kahwin,okey saya sekeluarga pun bersetuju untuk turut serta dalam majlis yang baik ini,tapi dia cakap majlis diadakan di johor atau lebih tepat lagi di Istana Bukit Serena,terperanjat aku mendengarnya,apa lagi nak tolak pun,peluang datang hanya sekali bukan,jadi dengan semangat kami semua menyediakan semua pakaian dan barang-barang yang sesuai untuk dipakai dan dibawa.
okey hari jumaat kami dah siap-siap untuk bertolak dan sampai di Johor Baharu pada pukul 11.30 malam,pusing-pusing sekitar tempat yang hendak ditujui dan tepat pukul 1 pagi kami sampai di rumah atuk saudaraku di Taman Ungku Tun Aminah dan tumpang tidur disana
keesokan harinya,kami bertolak dari rumah atuk saudaraku awal pagi dan tiba di luar istana (Restoran Singgah Selalu) pada pukul 7.30 pagi dan menunggu rombongan pengantin lelaki(mak angkatku),pada masa yang sama kami bersarapan di restoran tersebut.selesai bersarapan kami bertolak masuk ke istana.
Perasaan pertama ku...Wah cantik dan luasnya kawasan ini,kami berpeluang melihat binatang yang dipelihara oleh tuanku,Sultan Johor.Binatang yang dipeliharanya,tidak silap aku ialah harimau,kuda,dan beruang.sebenarnya banyak juga tapi tak ingatlah.
Tiba di rumah pengantin perempuan.(masa ini masih tak tahu siapa dan apa kaitannya dengan Sultan Johor).
rupa-rupanya dia adalah anak kepada setiausaha sulit Sultan Johor.Wah bertuahnya abang bad(anak mak angkatku).cantik dan bertuah juga aku rasa,dapat melihat sekitar istana yang menjadi kawasan larangan untuk orang awam.
majlis akad nikah abang bad dan kak ellie berlangsung di rumahnya dengan tema yang "simple"putih dan hijau muda,habis majlis ,ada jamuan kecil yang menghidangkan laksa johor sebagai jamuan untuk tetamu.majlis "officially"habis lebih kurang dalam pukul 11 pagi.
petang tu saya dan ditemani adik, mak dan makcik pergi berjalan-jalan di "City Square"tujuannya nak ke kedai buku(Popular dan MPH) nak beli buku pakai baucher RM200 tu,pusing-pusing dalam kedai buku,aku hanya sempat beli kamus dan alat tulis saja,ada lagi baki RM150 untuk aku habiskan di kluang.Pukul 6 petang,cepat-cepat kami balik sebab majlis "dinner"diadakan malam tu pada mula lebih kurang dalam pukul 8.30 malam.Inilah masa yang ditunggu-tunggu,ketibaan Sultan Johor diiringi Keluarga baginda di majlis tersebut.
Gugup agaknya perasaan abang bad dan kak. ellie(terutamanya abang bad) bila ditepuk tawar oleh baginda Sultan Johor dan Isterinya.terdapat satu adat yang menarik yang aku tahu,bila Isteri Sultan Johor memakaikan cucuk sanggul kepada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tandanya,selamat datang ke keluarga yang baru ini.lebih kurang begitu maksudnya,
jamuan makan yang gah...Nasi Minyak(boleh tahan juga..sebab ada daging lembu,kambing dan ayam...yummy) sebagai menu utama dan kek,muffin dan biskut chip coklat sebagai pencuci mulut,majlis juga dihiasi dengan dendangan keroncong dan persembahan zapin tradisional dan moden yang dianggotai oleh kanak-kanak cilik yang pernah mengadakan persembahan di konsert permata negara tahun lepas(2011)
Keesokan harinya kami bermalam di rumah makcik ku di Kampung Nelayan Baru.kami berpeluang menaiki dan merasai kehidupan seorang nelayan dengan botnya,wah cantiknya kawasan tajung tersebut,tapi sayang saya tak membawa kamera untuk merakam "moment"yang indah di sepanjang perjalanan kami semua sekeluarga.kehidupan disana cukup aman dan mudah serta jauh dari kesibukan bandar yang hiruk-piruk.rumah yang kami diami dikeliling dengan pokok kayu bakau,bererti sudah tentu ada sumber airkan,rumah tersebut di bina di atas sungai yang bersambung terus ke lautan.ketam,sotong dan ikan tembakul bermain-main di gigi air.
wah padat sungguh aktiviti kami sekeluarga..Apa-apa pun terima kasih kepada Allah kerana membenarkan kami menjalani kehidupan ini.
nie ynag kami dapat
comelkan..jangan jelous tau...
p/s:ngantuk tapi bersemangat untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan korang semua..muah.. :D

No comments:
Post a Comment