Sunday, November 4, 2012

TEKNOLOGI AEROANGKASA




Assalamuailaikum......Hari-hari yang di tunggu semakin menjelang tiba....oleh itu saya nak berkongsi sedikit maklumat mengenai Areoangkasa....saya pasti bila anda mendengar mengenai areoangkasa , anda pasti teringat dengan angkasawan pertama Malaysia Datuk  Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.Justeru itu saya nak memastikan rakan-rakan semua faham apakah yang cuba dilaksanakan oleh kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).....
Baca atrtikel yang saya perolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai..

TEKNOLOGI AEROANGKASA


Penerokaan angkasa lepas sememangnya berperanan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan khususnya bidang perubatan. Justeru, Malaysia tidak terkecuali dalam membangunakn teknologi aeroangkasa dengan menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007. Angkasawan pertama Malaysia telah berlepas ke stesen angkasa antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Okober 2007.Program misi angkasa Melaysia yang dibuat dengan usahasama dengan RSA menelan belanja RM90 juta (AS$25juta). Hal ini  adalah timbal balik atau pakej pembelian bersama-sama 18 jet pejuang Rusia jenis Sukhoi Su-30 MKM.

Tujuan:
1) Angkawasan negara ke sana adalah kerana dengan tujuan ingin melakukan penyelidikan di angkasa lepas berkaitan dengan bidang sains,teknologi dan astronomi. Kesannya, penyelidikan ini sedikit sebanyak dapat saintis negara dalam merumuskan beberapa formula yang boleh diguna pakai demi kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan. Lanjutan daripada itu, keupayaan rakyat Malaysia dalam bidang sains dan inovasi dapat ditingkatkan lagi menerusi program ini.

2) Peningkatan kapasiti dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting. Khusunya, dalam bidang ilmu yang strategik seperti ilmu sains dan teknologi angkasa. Malah untuk bersaing dengan negara-negara maju, masyarakat seharusnya menguasai pelbagai cabang sains dan teknologi yang ada termasuk teknologi angkasa. Kejayaan proggram angkasawan negara merupakan pelaburan awal Malaysia untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Selepas negara mencapai kemerdekaan selama lima dekad program ini seharusnya layak dilaksanakan kerana mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai anjakan minda dalam dalam bidang Penyelidikan Oleh Angkasawan Negara Di ISS
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar telah berjaya melaksanakan tiga penyelidikan di angkasa lepas.

1) Penyelidikan perubatan
a. Penyelidikan dua jenis sel barah iaitu barah hati dan leukemia
b. Penyelidikan dua jenis bakteria iaitu Helicobacter Pylori dan Acnebactor
c. Penyelidikan dua jenis protein yang berbentuk kristal iaitu thermostable lipase dan cold active lipase.

a) Penyeldidikan sel barah atau kanser penting bagi mencari penemuan baru yang memungkinkan rawatan baru dapat ditemui memandangkan penyakit tersebut menjadi ancaman pembunuh keempat atau 40,000 kes setahun. Kajian yang dilakukan ialah mencari impak mikrograviti dan radiasi ke atas mutasi genetik dan ekspresi gen, pertumbuhan tiga dimensi sel dan mekanisme ketahanan ubat-ubatan.

b) Penkristalan Protein. Tujuan penyelidikan ini ialah menggunakan keunikan persekitaran mikrograviti untuk menghasilkan kristal proterin yang bermutu tinggi selain memahami aspek pembentukan kristal dari protein. Keadaan graviti di bumi mempengaruhi pembentukan kristal dan strukturnya dengan kata lain mikrograviti boleh menawarkan persekitaran yang sesuai untuk pengkristalan. Ketiadaan kesan graviti di angkasa lepas akan menghalang sedimentasi dan perolakan yang menggangu pertumbuhan kristal.

c) Bakteria. Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji sama ada tahap kerintangan kedua-dua bakteria ini terhadap antibiotik meningkat ataupun tidak semasa berada di angkasa. Sekiranya kerintangan terhadap antibiotik meningkat, kebarangkalian bakteria tersebut menghasilkan enzim atau protein baru yang dapat merencatkan aktiviti antibiotik tersebut. Enzim atau proterin inilah akan di ekstrak dan dikaji selanjutnya. Satu lagi objektif kajian ialah untuk mengkaji sama ada kedua-dua bakteria ini akan mencapai kepadatan populasi maksimum pada penghujung fasa pertumbuhan semasa di angkasa berbanding di bumi.


Kepentingan bidang Aeroangkasa kepada negara:

1) Meningkatkan imej negara di mata dunia (laras sastera)
Pelancaran MEASAT telah mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dan meyakinkan negara lain bahawa Malaysia adlaah sebuah negara yang berkebolehan dan berjaya.
Kejayaan dalam bidang penerokaan aeroangkasa memberikan imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara. Fenomena ini menunjukkan Malaysia mempunyai teknologi canggih dan mampu melangkah jauh dalam bidang ini setanding dengan negara maju lain. Selaras dengan wawasan 2020, masyarakat yang lebih bermaklumat, saintifik, progresif dan inovatif dan berpandangan jauh. Memacu keupayaan Teknologi maklumat dan komunikasi negara yang merupakan medium penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

2) Menyemarakkan minat generasi muda dalam industri penting ini.
Program angkasawan akan menjadi pemangkin atau 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasaawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains dan teknologi akan bercambah.
Duta angkasawan ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz Khaleed menjadi 'duta angkasa' menjelajah ke sekolah-sekolah untuk memperkenalkan bidang aeroangkasa dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) bagi menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara. Diharapakan ilmu dan teknologi yang dipelajari di sekolah dan universiti berakhir di pasaran menjadi produk menjana pekerjaan yang akan diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi. (laras sastera)

3) Menambah pendapatan negara dan meransang ekonomi. (Laras sastera)
Malaysia dapat menjimatkan kos penyewaan satelit yang berjuta-juta ringgit sebelum ini. Malaysia pada masa itu bergantung kepada satelit negara lain seperti Palapa di Indonesia dan satelit SITE di India. Dengan pelancaran satelit negara seperti MEASAT-3, 85 peratus kapasitinya telah habis dilanggan walaupun tidak sampai tiga tahun ia dilancarkan manakala MEASAT-3a semasa pelancarannya telah pun mempunyai pelanggan. Dengan pengukuhan satelit MEASAT-3, dijangka perolehan syarikat meningkat kepada RM350 juta setahun.
Jumlah yang dijimatkan boleh digunakan bagi tujuan pembangunan lain seperit dalam bidang pertanian, perindustrian dan sebagainya.
Selain itu, kebanyakan peniaga dan pedagang dapat menjalankan perdagangan antarabangsa melalui internet dan emel. urusan perdagangan tidak terhad di satu tempat sahaja dan dapat menjimatkan masa. Secara tidak langsung, mereka dapat menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya merangsang ekonomi negara.

4) Dapat membawa masuk kepakaran atau teknologi asing
Kepakaran dalam dunia aeroangkasa telah membolehkan Malaysia mendapatkan ilmu penyediaan latihan angkasawan,peralatan, pengangkutan dan kejuruteraan aeroangkasa seperti ISS.
Institut Sains Angkasa (ANGKASA) terlibat dalam pembuatan mikrosatelit TIUNGSAT-1 yang dibangunkan melalui program latihan dan pindahan teknologi antara Astronautic Technology (M) Sdn Bhd dan Surrey Satellite Technology United Kingdom.
Penghantaran angkasawan pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz menerusi usahasama dengan Russia dan AS, membolehkan kita mempelajari dan mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara.

5) Dapat meningkatkan ciptaan dan kemajuan sains angkasa lepas.
Pelancaran mikrosatelit buatan Malaysia pertama iaitu RAZAKSAT pada 2008 iaitu dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Astronoutic Technology (M) Sdn Bhd ATSB dengan kerjasama dua hala bersama sebuah syarikat Korea, SaTRec Initiative (SI) Co. Ltd.
Penciptaan produk sistem AWAS- Sistem Amaran Pelanggaran Pesawat Kos rendah. AWAS nbekemampuan membantu juruterbang mengemudi pesawat semasa cuaca buruk.
ANGKASA , Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan produk seperti SPRAT (Space Radiation Analysis Tool) dan simulators SPS-Leo Terselindung. SPRAT merupakan pakej perisian untuk analisis sinaran angkasa berasaskan eksperimen penjelajahan sinaran kosmik atas mikro satelit TIUNGSAT-1
ANGKASA, UKM telah memperkenalakan satu teknik inovatif untuk menggantikan kabel gumpal yang menghubungkan subsistem satelit menggunakan teknologi Bluetooth telah dibangunakan. Sistem ini di kenali sebagai Connectooth CRA (Radio Comm Anthena and Aerospace)

6) Memajukan bidang perubatan
Ujian-ujian perubatan dijalankan di angkasa boleh menghasilkan ubat-ubatan baru bagi mencegah pelbagai penyakit moden. Angkasawan Malaysia, DR Muzhaphar Shukor telah menjalankan ujikaji perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan di makmal terbaik iaitu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) . Pemahaman tentang perkara ini adalah penting untuk misi-misi penjelajahan manusia ke planet-planet lain pada masa hadapan.
Penghasilan enzim/vaksin yang dijalankan di angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.
Perkembangan bidang telekomunikasi membolehkan pembedahan dilakukan tanpa kehadiran doktor pakar dengan menggunakan tele-perubatan/tele-sidang video (pembedahan jarak jauh)

7) Kemajuan dalam bidang telekomunikasi.
Kemajuan sains angkasa lepas meningkatkan ciptaan dan pelancaran satelit komunikasi yang memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, tv,telefon, tele sidang dan data-data komputer dihantar ke setiap pelusuk dunia. Juga berlaku perkembangan teknologi komunikasi seperit satelit, GPRS, dan penunjuk arah dan sebagainya. Maklumat kini dihantar dari permukaan ke satelit sebelum dihantar kembali ke kawasan lain di bumi. Masa yang diambil juga lebih cepat berbanding cara tradisional seperti pos. Kegunaan satelit yang dinamakan wireless system yang sekarang diterapkan dalam telefon selular. -manusia dapat bekomunikasi di mana jua.
8) Kerjasama saintifik di ISS bukan sahaja suatu projek sebuah negara tetapi lebih mewakili pencapaian manusia sejagat
- Melibatkan kerjasama antarabangsa pada tahap tertinggi yang akan membantu kepada penjelajahan manusia seterusnya ke angkasa lepas.
- Sebagai contoh, kerjasama antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Rusia baru-baru ini.

9) Cuaca
- Mengetahui perkara yang bakal berlaku seperti tsunami, keadaan cuaca dan ribut taufan.
- Membantu para pelayar tentang keadaan cuaca

10)Pengesanan Sumber Galian
- Melalui teknologi aeroangkasa sumber-sumber galian seperti petroleum, bijih timah, bijih besi dan gas asli dapat dikesan


LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG INI

1)Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau badan-badan yang lain.
- Melibatkan keperluan untuk memahami bumi itu sendiri.
- Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan rekod tentang kehidupan di aeroangkasa.
- Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan kehidupan ini daripada sudut pandangan sains

2) Teknologi Telekomunikasi semakin berkembang
- Seperti satelit, GPRS, penunjuk arah dan sebagainya.
- Negara akan dapat menjimat pengaliran ke luar negara kerana tidak perlu lagi menyewa saluran satelit asing. Hal ini sekali gus menjaga tahap ekonomi negara.
3) Bidang Pendidikan
- Pengenalan mata pelajaran berkaitan aeroangkasa di sekolah dan kursus aeroangkasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti yang diwujudkan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),UPM 
4) Membawa masuk kepakaran atau teknologi asing
- Kepakaran dalam dunia aeroangkasa telah membolehkan Malaysia mendapatkan ilmu penyediaan latihan angkasawan, peralatan, pengangkutaan dan kejuruteraan aeroangkasa seperti di ISS.
5) Menghantar rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu teknologi aeroangkasa
- Menghantar angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz.
- Menghantar para pelajar untuk mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara seperti Rusia dan Amerika Syarikat. Program Angkasawan akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah

Dua angkasawan ini , Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menjadi 'duta angkasa', menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) dapat menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa
Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.




No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers