Di tengah-tengah hutan paya bakau Sumawang terletak Pusat Perlindungan Monyet Probosis Teluk Labuk, tempat anda melihat monyet probosis asli Borneo. Pusat Perlindungan milik swasta yang terletak di dalam estet kelapa sawit ini memberi peluang kepada anda untuk melihat haiwan ini secara dekat.
Ciri-ciri haiwan jantannya ialah memiliki hidung besar terjuntai, bentuk kepala kemerah-merahan yang meleper pada sebelah atas, ekor putih dan bertanda, dan perut buncit. Haiwan betinanya pula, lebih kecil dan memiliki hidung yang terlangkup ke atas.
Perjalanan menyusuri sungai boleh diaturkan untuk menyelidik lebih lanjut kehidupan monyet ini atau aktiviti memerhatikan burung, kerana burung enggang dan raja udang juga terdapat di sini. Ambillah peluang untuk membuat lawatan pada sebelah malam bagi menyaksikan babi hutan, tupai terbang, kelip-kelip dan buaya. Kepada anda yang ingin bermalam, di sini tersedia rumah persinggahan dengan 6 bilik dwi inap yang berhawa dingin dan juga asrama.
Cara ke Sana
Perjalanan ke arah Kota Kinabalu yang melalui Jalan Labuk dan membelok di Simpang SPS 3 di kilometer 23 (bersebelahan Consolidated Sabah Farms). Dari sini, taman tersebut sejauh 15 km lagi ke hadapan, melalui jalan berbatu kerikil.
Pusat ini juga menyediakan khidmat pemindahan, lawatan harian dan lawatan semalaman. Anda juga boleh menghubungi pihak pengendali pelancongan tempatan. Rujuk direktori pelancongan untuk keterangan lanjut.
Masa Pemberian Makanan
Pagi 11.30pagi hingga 1.30 tengah hari
Petang 4.30 petang hingga 6.00 petang
No comments:
Post a Comment