Monday, March 1, 2010

Rumah Agnes Keith

sandakan

Sekiranya anda bersiar-siar di sepanjang Jalan Istana di Sandakan, Rumah Agnes Keith yang menjadi sebutan ramai semestinya tidak boleh dilepaskan. Dengan halaman rumput yang menghijau dan tembok papan ala kolonialnya, kediaman ini telah dipulihara oleh pihak Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan

Kuarters kerajaan British ini yang dikenali sebagai Newlands, dahulunya telah didiami oleh penulis Amerika yang terkenal iaitu Agnes Newton Keith yang menulis Land Below The Wind pada 1939. Dua buku lain yang menuruti kejayaan buku pertama, bertajuk Three Came Home (1946) dan White Man Returns (1951). Melainkan buku yang kedua, buku Land Below the Wind dan White Man Returns telah ditulis di rumah yang terletak di atas sebuah bukit tempat beliau menikmati pemandangan indah Teluk Sandakan di sebelah hadapan dan Laut Sulu di sebelah belakangnya.

Newlands telah dibina semula sekitar tahun 1946/47 dan merupakan bangunan kayu kekal yang pertama dibina oleh kerajaan selepas Perang Dunia Kedua. Bangunan tersebut dibina di atas tapak asal rumah yang telah musnah semasa perang.

Rumah tersebut menjadi kediaman bagi Agnes dan keluarganya, Henry (yang juga dikenali sebagai Harry) George Keith, yang telah menjawat jawatan Pemulihara Hutan dan anak mereka, George. Apabila keluarga Keiths meninggalkan Sabah pada tahun 1952, rumah tersebut telah diduduki oleh Pemulihara Hutan yang menggantikannya, pegawai-pegawai perhutanan, sukarelawan dan kakitangan yang lain. Meskipun, Keluarga Keith tidak pernah kembali ke Sabah, rumah tersebut tetap dikenali sebagai rumah Agnes Keith oleh para pelawat yang tidak putus-putus datang untuk melihat rumah tersebut.

Hari ini, rumah tersebut telah dipulihara dan ditukar menjadi rumah warisan, yang menyediakan selayang pandang tentang kehidupan semasa Borneo Utara British. Rumah tersebut diberikan kemasan perabot dan antik kolonial ala kolonial. Galeri yang terdapat di tingkat pertama menerangkan kisah wanita hebat ini, buku-bukunya, dan keluarganya. Korelasi garisan masa Keluarga Keith yang bermula pada 1873 sehingga 2004, melakarkan kisah lalu keluarga ini dan kisah masa kini mereka.

“Rumah yang baru ini sangat indah. Penjelajah di seluruh dunia akan datang melihatnya, dengan membawa kamera mereka dan menjerit lihatlah!” (Agnes Keith, White Man Returns, 1951, hlm.87)

Cara ke Sana
Rumah Agnes Keith merupakan sebahagian daripada Jejak Warisan Sandakan. Dari bandar Sandakan, anda hanya perlu berjalan kaki selama 20 minit. Anda juga boleh menaiki teksi.


No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers