Monday, September 19, 2011

Langkah mengatasi kekejaman jenayah perang


Gerakan yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia telah dapat mengatasi kesan akibat kekejaman oleh penjenayah perang.Dengan contoh-contoh yang jelas,Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh (NGO) di seluruh dunia untuk mengatasi jenayah perang.
Pendahuluan                                                                                                                                                                      Gerakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia dapat mengatasi kesan-kesan akibat kekejaman oleh penjenayah perang .Walaupun suara mereka kecil tetapi impian dan hasrat mereka untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman penjenayah perang amat besar.

Memberi Bantuan-bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman jenayah perang

>Inisiatif Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (PEACE Malaysia) yang seiring dengan kebangkitan gerakan anti-perang sejagat kini meluaskan keprihatinan rakyat Malaysia dengan membawa 20 kanak-kanak dan wanita Palestin yang menjadi mangsa perang dan kekejaman tentera Israel.
>PEACE Malaysia juga telah mendapat permintaan dari Palestine Autority (PA) untuk turut membantu lebih 100 mangsa jenayah perang tentera Israel yang kini mengalami pelbagai penderitaan dan kekurangan ubat di Jordan.
>Misi pertama  MERCY MALAYSIA ke Kosova.
Semuanya bermula pada tahun 1999, di tengah-tengah perang membara di Kosova di mana beribu-ribu nyawa hilang dan penderitaan adalah meluas.Digerakkan oleh nasib orang awam yang tidak berdosa yang tidak terkira banyaknya, terutama wanita dan kanak-kanak, Dr Jemilah Mahmood, Malaysia obstetrik-pakar sakit puan, cuba untuk menawarkan perkhidmatan beliau secara sukarela.

Menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh penjenayah perang

>Delegasi yang terdiri daripada lapan orang peguam dari Amerika Syarikat yang menganggotai National Laywers Guild (NLG) di Amerika Syarikat, yang datang ke Gaza City untuk melakukan penilaian kesan serangan terkini [Israel] ke atas para penduduk [Gaza], dan untuk memastikan apa juga bentuk, sekiranya ada, perlanggaran undang-undang antarabangsa yang telah dilakukan dan menyiasat samada mana-mana Undang-Undang tempatan Amerika Syarikat telah dicabuli pada masa yang sama.
>pihak-pihak yang menerima kesan secara langsung dengan serangan Israel, termasuk petugas-petugas perubatan, pekerja-pekerja bantuan kemanusiaan dan wakil daripada PBB ditemuramah.
 >Secara khususnya, delegasi ini menyiasat tiga isu: 1) mensasarkan orang awam dan infrastruktur awam; 2) penggunaan senjata yang diharamkan dan 3) sekatan terhadap bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada orang awam.


Penutup
Terdapat pelbagai usaha yang boleh dijalankan untuk menghentikan terus kekejaman jenayah perang samada melalui pertubuhan antarabangsa dan rakyat di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers