Saturday, April 27, 2013

Teknologi Maklumat


Kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat membolehkan manusia menikmati kehidupan yang lebih baik. Huraikan kesan yang diperoleh hasil daripada perkembangannya. Jelaskan pernyataan ini.

Teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.
Kesan baik

Memudahkan urusan pentadbiran kerajaan
ü  Rakyat dapat berurusan dengan kerajaan melalui penggunaan internet
ü  Dapat menyelesaikan segala urusan yang melibatkan agensi kerajaan
ü  Cth, urusan membuat passport dengan Jabatan Imigresen Malaysia
ü  Tidak perlu beratur untuk menyelesaikan sesuatu urusan
ü  Urusan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat
ü  Data dan dokumen dapat di simpan dalam computer
ü  Urusan pentadbiran kerajaan menjadi cekap dan cepat
Memajukan sistem pendidikan
ü  Pendidikan jarak jauh dapat diperluaskan
ü  Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah di kampus utama
ü  Melalui tele-sidang dan internet pelajar dapat mengikuti kuliah secara langsung
ü  Dapat belajar mengikut keperluan masa yang sesuai
ü  Dapat bertukar maklumat dalam kalangan pelajar melalui e-mel
ü  Nota kuliah tidak perlu dihantar melaui pos
ü  Dapat memperoleh nota melalui laman web
ü  Menjimatkan kos pembelajaran
ü  Cth, e-learning
Kesan buruk

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah
ü  Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet.
ü  Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
ü  Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam.
ü  Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan.
ü  Memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini.
ü   Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan.
ü  Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia.
ü  Aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Negara menanggung kos yang tinggi
ü  Perkhidmatan teknologi maklumat mempunyai kos pembinaan dan penyelenggaran yang tinggi
ü  Negara-negara yang mampu menyediakan infrastruktur untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
ü  Sebaliknya negara yang miskin atau sedang membangun tidak menyediakan infrastruktur yang sempurna
ü   Cth, Amerika syarikat terpaksa mengeluarkan perbelajaan hampir AS$60 Juta untuk memastikan teknologi yang diguna pakai sentiasa dihadapan

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers