Monday, December 5, 2011

Cahaya Indah Di Teluk Gorek

Mungkin bukan rezeki aku.Tapi aku akan teruskan usaha agar cita-cita aku ini akan tercapai.insyallah...amin
Rasanya dah lama tak coretkan sesuatu dalam blogku yang satu ini.Okey,perjalanan kehidupan ku yang lalu telah membawaku ke tempat percutian yang paling aku gemari di mersing iaitu Teluk Gorek
Disana aku,keluargaku dan saudara-mara yang turut mengikuti percutian itu......Akhirnya percutianku kali ini aku tidur di dalam khemah berhadapan laut yang mana pada waktu malam air pasang dan ditemani bunyi deruan angin malam dan percikan ombak memecah keheningan malamku....dan tidak dijangka hujan menemani malam ku...pengalaman yang amat menyeronokan..basah khemah yang aku tidur....basah macam mana pun aku teruskan juga membuai mimpi indah....hahahaha....bangun pagi terus sahaja masuk laut tak sempat nak cuci muka dan gosok gigi terjun masuk laut....mula-mula masuk air surut jauh sangat sampai ke tengah (nama pun teluk..apalah aku ini) berjalanlah aku ke satu tempat yang patut aku tuju semasa menginap disana....satu bahagian yang amat tersorok jauh ke tanjung...aku tak tahu apa nama tempat itu tapi pasirnya putih bersinar-sinar,air sungguh kebiruan dan jernih hingga dapat aku melihat dasarnya yang amat indah dan dipenuhi hidupan laut yang cantik tetapi berbahaya seperti ikan pari.......
Selepas penat berenang dikawasan itu aku kembali ke kawasan teluk tersebut....sekembalinya aku air sudah mula pasang(sejam kemudian hujan) apalagi aku sambung aktiviti renang di situ bersama seluruh ahli keluargaku
Okeylah itu saja pengalaman aku disana...malas nak cerita panjang-panjang takut tak habis tulis...
Boleh lah mengendap tempat ini di link yang aku sertakan iaitu
http://sifu-travel.blogspot.com/2011/03/teluk-gorek-chalet-and-camp-site.html
http://www.travelrhapsody.com/malaysia/sang-suria-teluk-gorek.htm

Sunday, October 30, 2011

kolokium

Pada 21-23/10/11.telah berlangsungnya majlis kolokium peringkat negeri Johor di Wisma Pelajaran Negeri Johor.pada masa yang sama pihak pengajur juga mengadakan seminar dan ceramah motivasi kepada semua peserta kolokium(tingkatan 6) sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang semakin hampir menjelang tiba.Walaupun bukan sebagai seorang pembentang mahupun pelajar tingkatan 6 atas,saya berasa amat bertuah kerana majlis seperti ini telah membuka lembaran baru dalam hidup saya dari segi kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun kehidupan seorang generasi akan datang.Saya pasti ramai yang tertanya-tanya,Apa itu kolokium?kolokium sebenarnya adalah satu aktiviti yang tertumpu kepada satu kajian yang memberi kesan yang positif serta membangunkan negara melalui kajian yang tertumpu kepada aspek sosial masyarakat serta pembangunan modal insan.kajian ini kebiasanya melibatkan pelajar-pelajar pra-universiti(tingkatan 6) dan mempunyai prespektif yang berlainan dari yang lain.

Baiklah cukup untuk pengenalan,antara tajuk kajian yang menarik perhatian saya ialah kesalahan bahasa dalam lirik lagu berbahasa malaysia dari tahun 60-an hingga kini dan kesalahan bahasa pada papan tanda.tajuk ini bertepatan dengan kempen bulan bahasa yang bakal berakhir tidak lama lagi.Selain itu,isu yang disuarakan para pembentang ialah pendidikan seks dalam kalangan pelajar sekolah,sifat anti-oksida yang dipamerkan oleh halia serta pelbagai lagi isu yang timbul dimulut-mulut pelajar pra-universiti dari aspek dalaman serta luaran yang mempengaruhi kehidupan mereka.


Monday, September 19, 2011

full song of MTA....


Sempena tahun melawat Malaysia tahun 2007 dan pada masa yang sama merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50

Langkah mengatasi kekejaman jenayah perang


Gerakan yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia telah dapat mengatasi kesan akibat kekejaman oleh penjenayah perang.Dengan contoh-contoh yang jelas,Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh (NGO) di seluruh dunia untuk mengatasi jenayah perang.
Pendahuluan                                                                                                                                                                      Gerakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia dapat mengatasi kesan-kesan akibat kekejaman oleh penjenayah perang .Walaupun suara mereka kecil tetapi impian dan hasrat mereka untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman penjenayah perang amat besar.

Memberi Bantuan-bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman jenayah perang

>Inisiatif Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (PEACE Malaysia) yang seiring dengan kebangkitan gerakan anti-perang sejagat kini meluaskan keprihatinan rakyat Malaysia dengan membawa 20 kanak-kanak dan wanita Palestin yang menjadi mangsa perang dan kekejaman tentera Israel.
>PEACE Malaysia juga telah mendapat permintaan dari Palestine Autority (PA) untuk turut membantu lebih 100 mangsa jenayah perang tentera Israel yang kini mengalami pelbagai penderitaan dan kekurangan ubat di Jordan.
>Misi pertama  MERCY MALAYSIA ke Kosova.
Semuanya bermula pada tahun 1999, di tengah-tengah perang membara di Kosova di mana beribu-ribu nyawa hilang dan penderitaan adalah meluas.Digerakkan oleh nasib orang awam yang tidak berdosa yang tidak terkira banyaknya, terutama wanita dan kanak-kanak, Dr Jemilah Mahmood, Malaysia obstetrik-pakar sakit puan, cuba untuk menawarkan perkhidmatan beliau secara sukarela.

Menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh penjenayah perang

>Delegasi yang terdiri daripada lapan orang peguam dari Amerika Syarikat yang menganggotai National Laywers Guild (NLG) di Amerika Syarikat, yang datang ke Gaza City untuk melakukan penilaian kesan serangan terkini [Israel] ke atas para penduduk [Gaza], dan untuk memastikan apa juga bentuk, sekiranya ada, perlanggaran undang-undang antarabangsa yang telah dilakukan dan menyiasat samada mana-mana Undang-Undang tempatan Amerika Syarikat telah dicabuli pada masa yang sama.
>pihak-pihak yang menerima kesan secara langsung dengan serangan Israel, termasuk petugas-petugas perubatan, pekerja-pekerja bantuan kemanusiaan dan wakil daripada PBB ditemuramah.
 >Secara khususnya, delegasi ini menyiasat tiga isu: 1) mensasarkan orang awam dan infrastruktur awam; 2) penggunaan senjata yang diharamkan dan 3) sekatan terhadap bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada orang awam.


Penutup
Terdapat pelbagai usaha yang boleh dijalankan untuk menghentikan terus kekejaman jenayah perang samada melalui pertubuhan antarabangsa dan rakyat di seluruh dunia

Sunday, September 4, 2011

Setakat Ini

Hari ini 7 syawal,Bermaksud bermula kembali tugas ku sebagai seorang pelajar.Hari ini aku kembali ke kampus Pra-U bukan sebagai pelajar biasa tetapi sebagai seorang pelajar yang penuh dengan tanggungjawab yang berat untuk membuktikan diriku ini adalah yang terbaik dalam yang terbaik atau (I`m the best among the Best) oleh itu aku perlulah bertindak aktif dalam perkara-perkara yang belum aku capai setakat ini.Walaupun perit laluan yang ku pilih ini moga,keperitan yang aku lalui ini sentiasa menjaddi pendorong semangat utntuk aku terus mencuba lagi,lagi dan lagi tanpa ada rasa putus asa dalam diri ini.....The Greateast Thing In The world Start With A Small Thing where it could change the future.....Amin

Well,Last week i had a barbeque with the rest of my family...we all play mercun dan bunga api but most important thing...i love to help my father and uncle to barbeque meat,lamb,squid,udang,sosej,otok-otak kempas and many more...and before we start the program we had sang Happy Birthday to My Father (Love him So much ;D) anyway,walaupun raya tahun ini kurang meriah(my mom had to work) it still be my first celebaration of 18.............


Friday, August 19, 2011

Bandaraya Bersejarah Melaka dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Bandaraya Bersejarah Melaka dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.
PENDAHULUAN                                                                                                                                                                                                   7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah dinegara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia(TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh PertubuhanPendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Mampu memberi lonjakan ekonomi kepada negara
S-Menarik minat lebih ramai pelancong berkunjung ke kedua-dua negeri berkenaan,
S- Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama.
S- Kesan positif pelancongan terhadap ekonomi
Perkembangan ekonomi membawa pembangunan ekonomi yang pesat kepada sesuatu negara.
C- Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori kebudayaan menarik minat pelancong untuk melawat tempat tersebut.

Mampu memberi peluang  pekerjaan 
S-Terdapat banyak pengusahaan industri desa dan kecil-kecilan yang dijalankan  untuk mempromosi produk kraftangan Bandar Melaka dan Georgetown.
S-Peluang pekerjaan diwujudkan industri hotel, pengangkutan, peruncitan, restorant turut dibangunkan di kawasan pelancongan.
C- Penduduk tempatan boleh menceburi industri tersebut dan berupaya memperbaiki ekonomi keluarga mereka yang miskin.
C-Mengembangkan kebudayaan mereka melalui kraf tangan, ukiran, tarian kepada pelancong dari negara asing.Ramai keluarga dapat mengaut sedikit banyak keuntungan sampingan dari para pelancong asing.

Menarik minat para pengkaji tempatan dan antarabangsa untuk membuat kajian
S- Simbol kegemilangan sejarah Malaysia dan melambangkan produk 500 tahun bagi hubungan perdagangan dan budaya antara Timur dengan Barat.
S-Terdapat banyak tinggalan bahan bersejarah oleh bangsa penjajah
C-Sejarahnya yang melangkaui abad dapat dilihat menerusi tinggalan seperti Kota Cornwallis, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Kuil Sri Maha Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Kongsi Khoo.
C-Zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubutinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam(Melaka).

Meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu
S-Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.
S-Dapat memulihara bangunan bersejarah dan bandar warisan daripada musnah ditelan arus pembangunan.
C- Menggunapakai bangunan bersejarah yang telah dipulihara tanpa perlu membina bangunan baru untuk tujuan industri pelancongan warisan.
C-Bangunan bersejarah ini digunapakai sebagai muzium untuk tatapan generasi hadapan seperti bangunan  Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641)

PENUTUP                                                                                                                                                                                                                            Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Dengan itu,wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila. Mengenali sejarah akan membentuk semangat patriotism.

Wednesday, August 17, 2011

Kaedah & Rawatan Untuk Memulihkan Peyakit Mental

Skizophrenia merupakan penyakit mental ditahap kronik. Nyatakan kaedah dan rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental.
PENDAHULUAN                                                                                                                                                                                        Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan psikologi iaitu rawatan kaunseling dan psikoterapi
1-Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit,aspek pengambilan ubat,konsep tekanan,cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.Serta aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
2-Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah Psikoterapi dinamik,Psikoterapi kognitif dan Psikoanalitik psikoterapi 
3-Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doktor dan pesakit yang memerlukan doktor mengikuti kursus dan latihan tertentu. 
4-Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personaliti dan permasalahan yang hampir serupa. 
5-Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi. 
6-Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Highland Tower.

Terapi Tingkah Laku 
1-Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.
2-Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.
3-Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi sosial mereka biasanya terganggu.
4-Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.
5-Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.

Rawatan Psikotropik
1-Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental.
2- Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
3-Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah.
4- Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan Elektrokonvulsif  
1-Rawatan elektrokonvulsif(ECT) diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius. 
2-Selepas pesakit tak sedar,elektrod ECT diletakkan di 2 bahagian tepi tempural kepala seterusnya arus elektrik akan diberi dan jangka masa seizur(sawan) yang diperlukan untuk rawatan ini selama 20-30 saat
3-Digunakan untuk menghentikan mania atau kemurungan dalam kes-kes seperti jika pesakit dalam keadaan tenat dan tidak boleh menunggu sementara pengambilan ubat memberi kesan,jika ubat tidak berkesan,jika ubat tidak sesuai atau disebabkan penyakit mental tertentu atau kehamilan dan jika terdapat halusinasi.


Kaedah Coffee-Corner
1-Rawatan pesakit skizophrenia kronik dimana mereka diberi latihan kemahiran perniagaan kepada peserta dan meminumkan waktu terluang dirumah.
2-15 Pesakit Psikiatri(Skizophrenia) di Hospital Tunku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan menjadi kumpulan pertam menjalankan program ini.Dimana mereka menjalankan perniagaan di kantin hospital dibawah penyeliaan pegawai perubatan dan pakar terapi pekerjaan.
3-Manakala pesakit psikiatri di Hospital Alor Setar pula menjalankan aktiviti bakeri seperti membakar kek,kuih dan lain-lain.


Rawatan Psikososial               
1-Bertindak bersama-sama dengan ubat-ubatan tertentu untuk membantu meningkatkan kestabilan mood dan memperbaiki fugsi harian pesakit.Yang penting adalah pesakit perlu makan ubatan mengikut aturan yang telah ditetapkan sebelumnya.
2-Jenis-jenis rawatan psikososial terhadap para pesakit termasuklah memberi pendidikan pesakit,terapi interpersonal dan rhythm sosial,terapi kognitif tingkah laku,terapi keluarga,terapi pemulihan cara kerja serta mewujudkan kumpulan sokongan dan jaringan sosial 

Terapi minda Aromaterapi
1-Perubatan Alternatif yang berasaskan alam semula jadi.kaedah rawatan yang holistik yang mengambil kira kesan dare segi minda,jasmani dan kerohanian
2-Prinsip rawatan ini ialah dengan merangsang system imunisasi tubuh secara tak langsung sekaligus mengubahsuai ketahanan diri daripada serangan penyakit termasuk ganguan jiwa
3-Minyak Essensial tidak berminyak,pekat,harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam bertujuan melegakan otot-otok melalui urutan dan emosi(fizikal) dan memudahkan meditasi dan perasaan keriangan
4-Lampe Berger merupakan salah satu aromaterapi).contoh bahan yang digunakan ialah lavender dimana bertujuan melegakan sakit kepala dan migraine(stress) dan ozoalcool bertujuan menghapuskan kandungan kuman dan bau yang tak menyenangkan serta meningkatkan kandungan oksigen.


KESIMPULAN                                                                                                                                                                                                             Terdapat pelbagai rawatan dan kaedah untuk pesakit penyakit mental samada pesakit tahap pertama atau kedua.Tetapi semua rawatan dan kaedah ini tak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan ahli keluarga dan masyrakat.Oleh itu,telitilah jenis-jenis rawatan penyakit mental ini agar kita dapat memahami dan menyelami perasaan pesakit penyakit mental ini.

Jangan Lupa Namaku-Pompa Bensin




Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……

(p/s:cuma dpt minus one je....wait until the pompa bensin dah sedia munculkan diri....hopefuly)
Lilypie Kids Birthday tickers