Punca-punca serangan sakit jantung dan langkah-langkah mencegah penyakit jantung
Penyakit jantung
merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Serangan sakit jantung datang secara
tiba-tiba tanpa mengikut masa dan tempat. Ditambah sekarang bilangan pesakit
jantung semakin bertambah disebabkan oleh pelbagai punca yang tidak dipandang serius
pada peringkat awal.
Punca pertama ialah
amalan pemakanan. Pengambilan makanan segera yang banyak ,makanan ini
mengandungi banyak lemak tepu dan berkalori tinggi. Lemak akan berkumpul dalam
badan jika pembakaran kalori tidak berlaku. Hal ini menyebabkan kadar kolestrol
dalam badan meningkat lalu menyekat perjalanan darah dan menyukarkan jantung
untuk mengepam darah ke seluruh badan. Seterusnya, menyebabkan saluran darah
tersumbat lalu mengakibatkan serangan sakit jantung. Justeru itu, amalan pemakanan
banyak mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan seseorang.
Selain itu, aktiviti
kecergasan fizikal yang kurang merupakan salah satu punca orang ramai tidak
menumpukan perhatian terhadap penjagaan kesihatan. Mereka tidak memperuntukkan
masa untuk melakukan aktiviti bersenam terutamanya. Hal ini seterusnya
menyebabkan pembakaran kalori oleh badan tidak berlaku ,menyebabkan lemak tepu
yang ada dalam tubuh badan berkumpul dan menyumbang kepada masalah obesiti.
Kebanyakan pesakit obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat serangan
jantung akibat dari gumpalan lemak yang tidak dibakar oleh badan. Oleh itu,
untuk mengelakkan serangan sakit jantung kita hendaklah melakukan aktiviti
kecergasan fizikal yang tidak berat dan sesuai dengan kemampuan tubuh kita
sendiri.
Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa langkah yang wajar diambil untuk mencegah serangan sakit
jantung. Amalkan pemakanan yang seimbang. Memastikan pengambilan makanan
mengikut piramid pemakanan yang dicadang oleh kementerian kesihatan. Selain itu
pastikan waktu makan mengikut jadual, contohnya jangan mengambil makanan pada
selang masa yang hampir iaitu waktu sarapan digabungkan bersama-sama waktu
makan tengah hari. Amalkan gaya pemakanan 5M iaitu mengurangkan pengambilan
gula ,garam dan minyak serta menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan
buah-buahan untuk memastikan badan kita tidak dipenuhi dengan lemak-lemak
tepu yang merbahaya. Ia juga dapat
mengelakan penyumbatan salur darah dalam badan. Justeru itu, pastikan amalan
pemakanan yang seimbang dan sihat dalam ingat kita.
Seterusnya, menambah
aktiviti kecergasan fizikal. Menambah aktivit senaman dalam jadual harian
walaupun sekejap sebagai contoh, melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya
3 kali seminggu selama 30 minit. Aktiviti ini seterusnya,dapat mengeluarkan
peluh dalam badan bermakna jelaslah pembakaran kalori dan lemak telah berlaku
dalam tubuh badan. Aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat serangan
sakit jantung.
Kesimpulannya, orang
ramai haruslah sedar akan bahaya yang timbul akibat penyakit jantung. Ia
memisahkan diri kita sama ada hidup atau mati dalam sekelip mata. Oleh itu,
jika kita mempunyai pengetahuan tentang penyakit jantung, kita dapat
mengurangkan kadar kematian akibat serangan sakit jantung.
No comments:
Post a Comment