Showing posts with label Pengajian Am. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Am. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Penyediaan Makanan


Penyediaan makanan yang tidak sihat menyebabkan seseorang mendapat keracunan makanan.Nyatakan bagaimana penyediaan makanan yang tidak sihat dan implikasainya kepada tubuh badan seseorang.
Pendahuluan                                                                                                                                      Makanan merupakan salah satu sumber penting dalam kehidupan manusia,Penyediaan makanan yang tidak sihat menyebabkan seseorang mendapat keracunan makanan dan lain-lain penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada maut.  
No.
Isi
Huraian

Cara Penyediaan Makanan Yang Tidak Sihat

1
Pengendali makanan yang tidak prihatin tentang kebersihan
>Menjalankan kerja-kerja pengendalian makanan dengan tangan yang kotor,kuku yang kotor dan panjang,rambut tidak terurus serta tidak memakai pakaian yang sesuai.
>Mereka membiarkan premis makanan atau tempat menjual makanan mereka tidak terurus dan kotor.
> Tidak menutup makanan dengan betul
>memegang,menyentuh makanan semasa mengendalikan atau menjual makanan.
>Merokok dan meludah semasa menyediakan ataau mengendalikan makanan
>Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
>Sewaktu proses memasak,tangan,peralatan memasak seperti papan pemotong serta kain pemmbersih mungkin tercemar dengan bakteria dari bahan mentah
2
Penggunaan Bahan Kimia
>Penggunaan bahan seperti asid borik,logam berat dan racun serangga.
>Penyediaan makanan menggunakan bahan kimia dengan lebih banyak seperti pengawet makanan.
>menggunakan bahan-bahan perasa yang mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya
3
Penyimpanan Makanan
>Penyimpanan makanan di dalam zon berbahaya
>Makanan yang disediakan awal tidak disimpan dengan baik dan dengan cara yang betul
>Pembungkusan yang tidak sempurna
>Penyediaan makanan terlampau lama sebelum makan
>Membiarkan makanan terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi yang menyebabkan bakteria mudah tumbuh dan pemanasan makanan yang tidak mencukupi









Kesan Negatif Penyediaan Makanan Yang Tidak Sihat

1
Keracunan Makanan
>Bakteria Bacillus Cereus yang menyebabkan cirit-birit dan muntah.
>Clostridium Perfingens ialah bakteria yang paling cepat membiak dalam makanan yang disimpan pada suhu bilik atau makanan yang disejukan perlahan-lahan.
>Clostridium Botulinum ialah bakteria yang menghasilkan bahan toksin dalam keadaan tiada O2 seperti makanan berkaleng dan makanan salai.
>Listeria Monocytogens  yang biasannya dalam susu tidak dapat dipasteurkan,produk tenusu,daging mentah,makanan laut dan ikan
2
Tumbesaran terjejas
>menyebabkan pertumbuhan tulang dalam badan terjejas akibat pengambilan makanan yang kurang kalsium,iron dan zink
>Pengambilan bahan kimia yang dimasukkan dalam penyediaan makanan telah menyebabkan nutrient-nutrient penting dalam badan telah dimusnahkan dan membantutkan tumbesaran dalam badan
3
Boleh Membawa Maut
>Penyediaan makanan yang tidak sihat mempunyai banyak bahan yang menyebabkan keracunan makanan dan penyakit berbahaya.
>Keracunan makanan dan penyakit berbahaya yang disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak sihat boleh mengundang maut

Teknologi Maklumat


Kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat membolehkan manusia menikmati kehidupan yang lebih baik. Huraikan kesan yang diperoleh hasil daripada perkembangannya. Jelaskan pernyataan ini.

Teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.
Kesan baik

Memudahkan urusan pentadbiran kerajaan
ü  Rakyat dapat berurusan dengan kerajaan melalui penggunaan internet
ü  Dapat menyelesaikan segala urusan yang melibatkan agensi kerajaan
ü  Cth, urusan membuat passport dengan Jabatan Imigresen Malaysia
ü  Tidak perlu beratur untuk menyelesaikan sesuatu urusan
ü  Urusan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat
ü  Data dan dokumen dapat di simpan dalam computer
ü  Urusan pentadbiran kerajaan menjadi cekap dan cepat
Memajukan sistem pendidikan
ü  Pendidikan jarak jauh dapat diperluaskan
ü  Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah di kampus utama
ü  Melalui tele-sidang dan internet pelajar dapat mengikuti kuliah secara langsung
ü  Dapat belajar mengikut keperluan masa yang sesuai
ü  Dapat bertukar maklumat dalam kalangan pelajar melalui e-mel
ü  Nota kuliah tidak perlu dihantar melaui pos
ü  Dapat memperoleh nota melalui laman web
ü  Menjimatkan kos pembelajaran
ü  Cth, e-learning
Kesan buruk

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah
ü  Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet.
ü  Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
ü  Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam.
ü  Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan.
ü  Memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini.
ü   Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan.
ü  Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia.
ü  Aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Negara menanggung kos yang tinggi
ü  Perkhidmatan teknologi maklumat mempunyai kos pembinaan dan penyelenggaran yang tinggi
ü  Negara-negara yang mampu menyediakan infrastruktur untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
ü  Sebaliknya negara yang miskin atau sedang membangun tidak menyediakan infrastruktur yang sempurna
ü   Cth, Amerika syarikat terpaksa mengeluarkan perbelajaan hampir AS$60 Juta untuk memastikan teknologi yang diguna pakai sentiasa dihadapan

Sunday, February 24, 2013

Makanan Perangsang Otak

Berikut disenaraikan 12 pilihan makanan menguatkan daya ingatan minda


Madu
madu adalah makanan yang berkhasiat dan mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protien,antiseptik serta enzim bagi meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.
manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam atau dicampur bersama-sama minuman lain sebagai pengganti gula
nutrisi semula jadi ini mengandungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium,sulfur,fosforus,zat besi,karbon,magnesium,potassium,kuprum dan belerang untuk kesihatan fizikal dan mental. Malah berkesan merawat penyakit mental dan menghindari kepenatan otak berkerja seperti berfikir,membaca serta merancang


Kacang Merah
kandungan vitamin B1 dalam kacang merah amat diperlukan otak terutama dalam proses sintesis asetilkolina dimana ia mempengaruhi ingatan. Ia juga mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia

Daging Burung Merpati
Daging ini banyak digunakan oleh pengamal bijak pandai islam dan melayu dulu kala. Kekayaan kandungan protein,lemak,kalsium,fosforus dan kalori amat efektif meningkatankan kecerdasan terutamanya bagi kanak-kanak


Telur
Pakar kesihatan mengakui telur makana bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein,mineral,vitamin,kalsium,kuprum,magnesium,fosforus,kalium,sulfur,natrium,klorin,zat besi,air serta bahan aktif tambahan.Bahagian kuning telur pula padat dengan kandungan kolin atau zat membantu perkembangan memori dan daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal serta minda.

                 
Bayam
pengambilan bayam tiga kali sehari mampu mengembalikan dan menanjamkan daya ingatan. Ini kerana daunnya yang hijau gelap tinggi dengan kandungan mineral dan vitamin seperti vitamin E dan K


Susu dan Yogurt
Susu dan Yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang bertukar kepada sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak,neurotransmitter dan enzim kerana makanan dari produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang tinggi.
selain itu ia juga dapat mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semula jadi iaitu keju,lemak dan air yang bagus untuk merangsang pertumbuhan badan serta otak.sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia turut berkhasiat untuk merawat kesihatan umum.


Salmon
Ikan salmon berlemak dikatakan makana berkhasit untuk otak kerana kekayaan lemak omega-3 DHA dan EPA. semua itu penting bagi merangsang pertumbuhan fungsi otak.


Beri
Amalan memakan beri akan mengutakan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti beri hitam,beri biru,strawberi ,rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan nutrisi berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak


Coklat
kelebihan kandungan antioksida di dalam coklat merangsang aliran darah ke otak. secara tidak langsung otak akan lebih berfungsi menerima data.
coklat juga kaya dengan kandungan kafein memberi ketajaman minda.cuba amalkan sekurang-kurangnya 1/3 anus sehari dan lihat hasilnya.


Oat
oat kaya dengan sumber vitamin B dan potassium,Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak.
Bijirin itu juga mengandungi serat agar membantu otk berfungsi dengan baik.oat boleh dimakan bersama-sama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.


Halia
Penggunaan halia dalam masakan atau dimakan mentah amat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut,batuk mahupun gatal-gatal.


Kismis
kismis mengandungi zat besi membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi disalurkan ke otak. kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,lembab atau mengalami kelemahan dalam berfikir. kismis bukan saja boleh dimakan begitu saja, tapi dimasukkan dalam masakan.
Lilypie Kids Birthday tickers