Monday, October 28, 2013
LACK OF SLEEP
Sunday, October 27, 2013
Power of word....
what your definition about these word...
keep everything just for you or maybe hold it tie from anyone who tried to steal or took it....
or maybe don`t let your feeling goes away....
just thing carefully on what your planning or doing because every job your done has it own reward....
suddenly i remember one story i heard from tv9...it does has any related with the topic earlier but somehow it came across my mind just know...
there is a story about a man, who has killed 99 men in entire of his live. One day his decides to repeat on his sin. so, he find an old wise man and ask if he repeat, all the sin his made is forgive or not.....the man said no, then the man killed the old wise man. so, he continued searching for other old wise man and he found it...he ask the same question but the answer given was difference....the old wise man said "you must went to the good or nice country on the other sides of world then you will be forgive". then he continue his journey to the country and suddenly he passed away.
what do you think,is the man forgives or not....or maybe did he actually repeat.....????
the story does not end here...his body was being ague between the angel and the devil....both of them agree that he deserves to be bring on heaven and hell...but there is an order to measure the distance he travel in the quest to get forgiveness. if the distance near to the nice country, he will be in the heaven and vice versa....so, the measured reveal that his distance to the nice country is about an inchi....the man is place on the heaven and be forgive for his sin......
i`m sorry if the story is simple and does not has any connection with the early part of my post but basically in this story i would like to the power of word can change anything depend on the word meaning...if you say a good word it result good but if you say bad word it result bad....just think wisely before you doing anything...
Sunday, January 6, 2013
Tahun Baru
Tahun 2012, saya akhiri dengan memulakan kelas memandu saya (KPP) dan membuat keputusan untuk bekerja di tempat yang sama pada 2 tahun yang lepas...jikalau anda ingin tahu sila baca entry-entry saya yang lepas...
Saya mulakan tugas saya di tempat kerja pada hari pertama persekolahan sesi tahun 2013 bermula 2/1/2013 iaitu hari Rabu yang lepas...tidak banyak yang berubah tapi kerja saya makin bertambah disebabkan Bos saya telah mengaji pekerja baru yang masih belum mahir dalam selok-belok berkaitan.....Tanggapan pertama saya semasa saya mulakan tugas saya "English Stail" tapi itu semua tidak merubah apa jua yang biasa
Sebenarnya saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua tapi saya berasa lebih baik biar saya dan orang di sekeliling saya sahaja yang tahu walaupun mengetahui perkara seperti seharusnya di kongsi dengan anda semua sebagai iktibar dan pesanan agar kita jangan lupa akan siapa diri kita yang sebenarnya.....
Wednesday, December 26, 2012
7 Hari
Sebelum saya mengundur diri ingin saya berkongsi pengalaman percutian saya selama 7 Hari untuk akhir tahun 2012...
Antara tempat yang saya lawati atau kunjungi ialah
- Putrajaya
- Kajang
- Semenyih
- Sungai Ramal
- Subang Jaya
- Kuala Kangar
- Taiping
- Cameron Highland
- Ipoh
Saturday, August 18, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sunday, July 29, 2012
Peranan Sekolah Bestari
Kolokium
1) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen di luar 2) Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
3) Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan mereka mengikuti kelas tuisyen.
p/s: klik untuk melihat slide show
Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap Faktor yang mendorong Pelajar Ke Pusat Tuisyen
Mengembangkan industri kraftangan
Sunday, June 3, 2012
Pengalaman hidup
okey....semenjak saya belajar di pre-u stk saya dan rakan selalu balik naik bas (bas tambang), maknanya perjalanan kami ke terminal pengangkutan awam di bandar kluang penuh dengan kejadian yang pelik-pelik...boleh saya katakan perjalanan kami memakan masa lebih kurang 20 minit, itupun kalau tak menyinggah ke mana-mana tapi kalau menyinggah makan masa hampir 35 minit bergantung kepada tempat dan tujuan kami menyinggah..maknanya kami merendah bandar kluang tidak kira hujan atau panas terik semata-mata kami ingin tiba dengan cepat agar tak tertinggal bas yang biasa kami naiki.....okey cerita yang saya nak kongsi ini bukan perjalanan dari sekolah ke terminal pengangkutan awam tapi pengalaman saya menaiki bas awam, walaupun sepanjang perjalanan kami pelbagai kejadian telah berlaku seperti kejadian ragut berhampiran fountain kluang, dikejar anjing masa dan tak kurang juga kami berjalan dalam basah kuyup untuk tiba ke tempat yang dituju....haaaa... itu dugaan dan pengalaman yang kami harus tempuhi seronok yang amat kerana itulah pengalaman yang tak kan kami lupakan dan kami akan semat di dada supaya ingat pengorbanan yang kami harus tempuhi dan lalui...(pengalaman mengajar kita menjadi lebih berani dan berfikir lebih kritis bak kata pepatah guru terbaik dalam hidup ialah pengalaman....)
baiklah tutup kisah pengembaraan kami.....saya akan sambung dengan cerita saya menggunakan dan menaiki bas awam......saya tak nak menyatakan tarikh dan hari kejadian tersebut tapi berlaku dalam tahun yang sama...okey kejadian yang pertama saya semasa saya menaiki bas ialah dimana........kisah sambung nanti okey.....
Saturday, April 7, 2012
pengalaman baru....
mula-mula saya sangka saya tidak perlu bergantung kepada sesiapa mahupun orang yang saya kenali tapi selepas berlaku satu peristiwa yang agak sedih tapi kelakar bila di fikirkan semula menyebabkan saya mengaku bahawa hidup bersendirian tidak membawa makna mahupun membantu kita kala kita dihimpit masalah dan tekanan yang tak mampu dihadapi malah membuat kita semakin curiga dan berasa terancam walaupun berada di tempat yang biasa kita lalui...hurmmmm patutlah Allah memciptakan Hawa untuk Adam kerana hidup sendirian tanpa teman sebenarnya menyebabkan fikiran dan perbuatan yang dilakukan seperti perlakuan orang tidak sihat .....
oleh itu sentiasa hargai dan sentiasa mencari dan menambah teman baru dalam hidup ini walaupun kita tidak mengetahui berapa lama kita akan hidup di dunia ini......terima kasih ya Allah kerana telah melengkapi dan memberi rahmat yang tidak terkira ini kepada saya.............syukur Alhamdulilah
Thank You Allah.... :-)
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Thursday, March 15, 2012
Teka Teki
- Tingkap apa yang tidak boleh dibuka ?
- Negara apa yang selalu kena banjir dan hujan ?
- Dari no 1 hingga 100, berapakah bilangan sembilan ?
- Banyak-banyak air, air apa yang berani ?
- Apakah benda yang semakin dipotong pun tetap panjang ?
- Pokok apakah apabila manusia nampak, dia terus cabut lari ?
- Orang yang beli tahu, orang yang tahu tak pakai, orang yang pakai tak tahu, apakah bendanya ?
- Ibunya satu, tapi anaknya beribu ?
- Kalau binatang buas naik komuter, manusia naik apa ?
- Soalan matematik : 2 apek tolak 1 nyonya, jadi apa ?
- Negara apa yang selalu kelaparan ?
- Pokok apa yang ada papan ?
- Kereta apa yang naik pokok ?
- Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok, apakah bendanya ?
- Bunga apa yang bergerak atas jalan raya ?
- Mata apakah yang boleh di simpan dalam kotak ?
Monday, February 6, 2012
Sekali Seumur Hidup
okey hari jumaat kami dah siap-siap untuk bertolak dan sampai di Johor Baharu pada pukul 11.30 malam,pusing-pusing sekitar tempat yang hendak ditujui dan tepat pukul 1 pagi kami sampai di rumah atuk saudaraku di Taman Ungku Tun Aminah dan tumpang tidur disana
keesokan harinya,kami bertolak dari rumah atuk saudaraku awal pagi dan tiba di luar istana (Restoran Singgah Selalu) pada pukul 7.30 pagi dan menunggu rombongan pengantin lelaki(mak angkatku),pada masa yang sama kami bersarapan di restoran tersebut.selesai bersarapan kami bertolak masuk ke istana.
Perasaan pertama ku...Wah cantik dan luasnya kawasan ini,kami berpeluang melihat binatang yang dipelihara oleh tuanku,Sultan Johor.Binatang yang dipeliharanya,tidak silap aku ialah harimau,kuda,dan beruang.sebenarnya banyak juga tapi tak ingatlah.
Tiba di rumah pengantin perempuan.(masa ini masih tak tahu siapa dan apa kaitannya dengan Sultan Johor).
rupa-rupanya dia adalah anak kepada setiausaha sulit Sultan Johor.Wah bertuahnya abang bad(anak mak angkatku).cantik dan bertuah juga aku rasa,dapat melihat sekitar istana yang menjadi kawasan larangan untuk orang awam.
majlis akad nikah abang bad dan kak ellie berlangsung di rumahnya dengan tema yang "simple"putih dan hijau muda,habis majlis ,ada jamuan kecil yang menghidangkan laksa johor sebagai jamuan untuk tetamu.majlis "officially"habis lebih kurang dalam pukul 11 pagi.
petang tu saya dan ditemani adik, mak dan makcik pergi berjalan-jalan di "City Square"tujuannya nak ke kedai buku(Popular dan MPH) nak beli buku pakai baucher RM200 tu,pusing-pusing dalam kedai buku,aku hanya sempat beli kamus dan alat tulis saja,ada lagi baki RM150 untuk aku habiskan di kluang.Pukul 6 petang,cepat-cepat kami balik sebab majlis "dinner"diadakan malam tu pada mula lebih kurang dalam pukul 8.30 malam.Inilah masa yang ditunggu-tunggu,ketibaan Sultan Johor diiringi Keluarga baginda di majlis tersebut.
Gugup agaknya perasaan abang bad dan kak. ellie(terutamanya abang bad) bila ditepuk tawar oleh baginda Sultan Johor dan Isterinya.terdapat satu adat yang menarik yang aku tahu,bila Isteri Sultan Johor memakaikan cucuk sanggul kepada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tandanya,selamat datang ke keluarga yang baru ini.lebih kurang begitu maksudnya,
jamuan makan yang gah...Nasi Minyak(boleh tahan juga..sebab ada daging lembu,kambing dan ayam...yummy) sebagai menu utama dan kek,muffin dan biskut chip coklat sebagai pencuci mulut,majlis juga dihiasi dengan dendangan keroncong dan persembahan zapin tradisional dan moden yang dianggotai oleh kanak-kanak cilik yang pernah mengadakan persembahan di konsert permata negara tahun lepas(2011)
Keesokan harinya kami bermalam di rumah makcik ku di Kampung Nelayan Baru.kami berpeluang menaiki dan merasai kehidupan seorang nelayan dengan botnya,wah cantiknya kawasan tajung tersebut,tapi sayang saya tak membawa kamera untuk merakam "moment"yang indah di sepanjang perjalanan kami semua sekeluarga.kehidupan disana cukup aman dan mudah serta jauh dari kesibukan bandar yang hiruk-piruk.rumah yang kami diami dikeliling dengan pokok kayu bakau,bererti sudah tentu ada sumber airkan,rumah tersebut di bina di atas sungai yang bersambung terus ke lautan.ketam,sotong dan ikan tembakul bermain-main di gigi air.
wah padat sungguh aktiviti kami sekeluarga..Apa-apa pun terima kasih kepada Allah kerana membenarkan kami menjalani kehidupan ini.
nie ynag kami dapat
comelkan..jangan jelous tau...
p/s:ngantuk tapi bersemangat untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan korang semua..muah.. :D
Monday, January 23, 2012
Bertuahnya Aku
malam sambutan tahun baru, saya pulang ke kampung saya di Ayer Hitam Johor.pengalaman yang jarang saya dapat iaitu persembahan Atau apa-apa jua yang sesuai dipanggil oleh anda setelah membaca coretan ini
pertunjukkan Bunga Api yang meriah sebaik sahaja jam menunjuk jam 12 tengah malam bermakna tibanya tahun baru bagi penganut budhha.dentuman mercun dan bunga api berterusan hampir 1 jam yang mana cukup menarik saya saksikan.Apa yang saya dengar mercun dan bunga api yang dipasang pada malam tahun baru cina ini bertujuan menghalau hantu dan juga benda-benda jahat menghampiri rumah mereka.malam yang sunyi pada kebiasannya menjadi riuh rendah serta terang benderang di hiasi dengan percikan warna warni bunga api di udara menyebabkan aku dan keluarga hampir terleka menyaksikannya walaupun hanya di tepi jalan.Boleh dikatakan hampir setiap rumah penganut budhha di ayer hitam turut serta dalam acara ini yang hanya berlaku setahun sekali, tambahan pula tahun ini merupakan tahun Naga Air yang dipercayai membawa tuah kepada semua orang.Apa-apa pun tradisi ini harus di terusakan oleh generasi akan datang penganut budhha agar tidak ditelan zaman dan menjadi satu sejarah dalam sejarah yang harus diingati buat selama-lamanya
Walaupun saya bukan penganut budhha,saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini dimana rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan yang unik.Jujur saya katakan hidup ini harus dihargai walau dengan apa cara sekalipun.kita kena hargai pengorbanan nenek moyang kita untuk melihat semua kaum bersatu padu di bawah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia serta masih lagi menghormati pegangan yang diamalkan setiap orang.
Sunday, September 4, 2011
Setakat Ini
Well,Last week i had a barbeque with the rest of my family...we all play mercun dan bunga api but most important thing...i love to help my father and uncle to barbeque meat,lamb,squid,udang,sosej,otok-otak kempas and many more...and before we start the program we had sang Happy Birthday to My Father (Love him So much ;D) anyway,walaupun raya tahun ini kurang meriah(my mom had to work) it still be my first celebaration of 18.............
Saturday, February 19, 2011
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah
Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..
Read more: http://www.mylirik.com/2011/01/adi-mentor-4-gemilang-ost-gemilang.html#ixzz1ETtTb2cw
Menjana Kewangan anda....
cthnye kalau main farm ville kene daftar dgn farm ville...
kalau main ngan mafia wars kene daftar dgn mafia wars kan...
so sama dgn program kalau nak dpt duit kene la daftar dulu utk join program ni...
Baru dpt duit dgn login facebook anda....sama mcm konsep fb jugak. Sy ade facebook, anda pun ade facebook.
Tapi sy tak nak nampak anda dan anda tak nampak sy selagi kita tak add masing2 kan..
so sama la dlm program ni utk sy dpt duit sy kenelah add orang yg nak buat duit jugak....
So caranya add dgn daftar dlm system infinity downline barula anda layak dapat duit.....
bila tak daftar mcmana nk dapat duit??? Mcmana nk share dgn kawan yang betul2 berminat???
yuran pendaftaraan Rm 100..then bila dh dftr awk blh jana pndptn tnpa had..
kt cni kta promote sistem..if ade org join sistem ni under awk, awk akn dpt bonus rm 100..
tp awk tak perlu cri org. org akn cri awk..
slps dftr sy akn ajar sume tips2 utk buat org cri awk..
sy akn guide smpai awk dpt duit mcm sy :)
Saya akan bagi tips2 untuk anda online facebook sambil jana pendapatan. ketahuilah rahsia-rahsianya.
jangan takut untuk jadi kaya. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. sudah ramai yg peroleh lebih rm1000 hanya 1 mnggu sahaja!
Wednesday, February 2, 2011
Siapakah Dia
KEPERIBADIANNYA
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
P/S sumber rujukan ini dari http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/
selain itu saya tertarik dengan kisah ini setelah mendengar kisah beliau didalam halaqah-akar tradisi ilmu di tv9

