3.Teknologi nuklear
penting dalam pembangunan Negara. Bincangkan.
Pembangunan
dalam bidang sains teknologi telah menemukan satu lagi sumber tenaga alternatif
yang mampu memberi kebaikan kepada manusia dalam pelbagai bidang,terutamanya
dalam pembangunan Negara seperti sektor
pertanian,perindustrian dan perubatan.
Tenaga
nuklear boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif.Tenaga nuklear
menggunakan uranium sebagai bahan utama
dalam penghasilan tenaga nuklear.Satu
uranium boleh membekalkan tenaga kepada satu keluarga untuk tempoh 100000 tahun.Contohnya,Malaysia
sedang melaksanakan penyelidikan dan
pembangunan dalam pembinaan loji nuklear.
Selain
daripada itu,
Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital seperti Magnetic
Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan
penyakit berbahaya pada manusia.Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan
Radioisotop nuklear yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit.Hal ini
membantu doktor mengesan penyakit seperti ketumbuhan otak, tiroid, kanser
tulang, kanser buah pinggang,kanser jantung, dan kanser hati.Alat pengimbas CAT
dan laser yang tercanggih juga melibatkan bahan radioaktif untuk membuat
diagnosis penyakit.Conthnya, Kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser dan
radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak.
Tambahan
pula, tenaga nuklear membantu dalam sektor pertanian seperti penghasilan baka
tumbuhan yang baik dan bermutu melalui kaedah pembiakbakaan mutasi
aruhan.Teknologi ini digunakan untuk membasmi serangga perosak.Terdapat juga
serangga yang dimandulkan dengan pancaran sinaran gamma untuk mengurangkan
populasi mereka.Contohnya,kumbang dan belalang dimandulkan
dengan pancaran sinaran gamma.
Sektor
perindustirian juga banyak dibantu oleh tenaga nuklear.Teknologi nuklear
mambantu menguji kualiti barang keluaran perindustrian.Misalnya,radio isotop
digunankan untuk menguji kepadatan tembakau rokok dan komposisi mineral dalam
kepingan logam.Seterusnya,teknologi nuklear digunakan untuk mengesan kebocoran
paip dalam tanah.Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran
kehausan enjin juga dapat dikesan dengan menggunakan teknologi ini.
Kesimpulannya,penggunaan teknologi
nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas
mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan
kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia.
Untuk menghindari risiko, manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana
untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak penerangan dan penjelasan perlu
diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini agar manfaat teknologi
nuklear dapat di nikmati oleh semua.
No comments:
Post a Comment