Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Sejarah Kolam Air Panas Sg Gersik,Muar

Menurut sejarah yang dapat dikesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga.

Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khas dan Negeri Johor amnya.

Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irshad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911. Ketika itu Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 Kilometer ke pendalaman dan kawasan sekitar kolam air panas ini masih lagi hutan belantara.

Pada suatu hari, Haji Abd Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuta pondoknya setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau telah ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya mengelegak dan berasap mengalir ke lembah di sekitarnya.

Setelah itu. Haji Abd Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa membawa kayu yang telah dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abd Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja. Haji Abd Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi ceritta hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak ditemui bila dicari.

Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abd Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan untuk mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu, beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sampai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang.

DARIPADA
PEJABAT DAERAH MUAR
JKKK SG GERSIK


Wednesday, December 26, 2012

7 Hari

 Assalamulaikum kepada anda semua....Tahun Baru 2013 semakin hampir menjelang tiba cikgu-cikgu sekolah sudahpun memulakan tugasan mereka ,Ibu bapa sudah lengkapkan uniform sekolah anak-anak mereka ,buku-buku latihan dan rujukan ,alat tulis ,kasut dan pelbagai lagi kelengkapan untuk menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang tidak lama lagi serta kakitangan-kakitangan awam mahupun swasta sudah siap sedia untuk memulakan tugasan mereka dengan semangat tahun baru 2013 dan pelbagai lagi peringkat dan golongan umur yang berlainan dan perbezaan keadaan tempat kerja mereka......namun itu semua hanyalah pandangan saya yang melihat perkara ini dengan skop yang lebih kecil tapi saya beranggapan semua peringkat umur manusia ,masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri.

Sebelum saya mengundur diri ingin saya berkongsi pengalaman percutian saya selama 7 Hari untuk akhir tahun 2012...
Antara tempat yang saya lawati atau kunjungi ialah

  • Putrajaya
  • Kajang
  • Semenyih
  • Sungai Ramal
  • Subang Jaya
  • Kuala Kangar
  • Taiping
  • Cameron Highland
  • Ipoh 
sebenarnya saya sudah taip hampir kesemua tempat yang saya dan keluarga sudah lawati tapi bukanlah terlalu spesifik hanya untuk pengetahuan anda semua
okey pengalaman di 4 tempat yang pertama dari senarai di atas adalah tempat biasa yang saya dan keluarga kunjungi....lebih tertumpu kepada saudara serta keluarga angkat yang tinggal berdekatan situ.secara keseluruhanya kawasan di atas telah banyak berubah semenjak kali terakhir kami tiba di sana hampir 7 bulan yang lepas.

subang jaya adalah tempat yang kami lawati seterusnya tapi sama seperti aktiviti di atas kami melawat saudara yang tinggal di subang jaya....tempat yang sesak dan penuh dengan pembangunan..*kalau pertama kali tiba di subang Jaya sentiasa rujuk kepada papan tanda untuk tiba di destinasi pilihan anda walaubagaimanapun lagi mudah dan cepat jikalau anda menggunakan GPS (Global Position System) kalau tak silap saya.....untuk elak dari tersesat dan terperangkap berjam-jam lamanya

Kuala Kangsar dan Taiping merupakan tempat yang penuh dengan tempat-tempat menarik antaranya muzim-muzim diraja dan kraftangan terutamanya di Kuala Kangsar (Bandar Diraja). Manakala di taiping saya syorkan anda berjalan kaki mengelilingi bandar taiping terutamanya dikawasan zoo Taiping & Night Safari ,Tasik dan banyak lagi tempat untuk menenangkan fikiran.......

Cameron Highland....adalah salah satu tempat tumpuan untuk musim cuti sekolah atau untuk merehatkan minda walaubagaimanapun buat masa ini saya cadangkan anda mencari tempat percutian lain terutama pada musim cuti sekolah kerana masalah kesesakan lalulintas yang teruk....perjalanan yang memakan masa hanya 10 minit menjadi 1 hingga 3 jam kerana sikap para pemandu yang hanya mementingka diri sendiri sahaja...mereka berhenti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning , jalan utama (tengah-tengah jalan) ada taktik yang paling seronok ialah buka bonet kereta dan letak segi tiga berlampu tapi langsung tak ada orang yang tunggu siap kunci kereta lagi....kenapa saya cerita hal ini.....pasti ada yang tidak percaya tapi yakinlah itulah antara kejadian yang sempat saya saksikan sepanjang 3 hari 2 malam di Cameron Highland.....*pastikan membuat tempah hotel,homestay,chalet,resort dan bilik sewa sebulan atau lebih awal untuk memastikan anda tidak berkesudahan tidur di dalam kereta di cameron highland kerana anda pasti tak ini hal itu berlaku kerana saya dah merasainya sendiri...betapa sejuk dan tak selesa untuk anda  melelapkan mata...(setiap 1 jam adik saya akan bangun kerana kesejukan)
Lawatlah Sungei Palas BOH plantation,Gunung berincang,Ladang strawberi berhampiran Rumah Persekutuan dan banyak lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi

Ipoh.....Sunway City Ipoh (The Lost World Of Tambun).....tempat yang menarik ada hot spring mini zoo monster waterslide dan tempat permainan kering yang pasti mengecutkan jantung anda semua.....

okeylah rasanya cukup untuk entry kali ini..harap-harap anda semua hargai alam semula jadi yang tuhan sediakan untuk manusianya hidup dengan aman dan damai.....manfatkan masa-masa kualiti anda bersama kelurga dengan sebaik-baiknya......bertolak ansur dan saling bermaafan sesama manusia atas kesilapan yang tidak anda sedari atau sebaliknya.....Wassalamuailaikum

Thursday, March 15, 2012

Gunung Tapis



Pemandangan Di Gunung Tapis a.k.a Kawasan Air terjun Pelangi Gunung Tapis




Kira-kira 16 kilometer dari Sungai Lembing Gunung Tapis, terletaknya gunung ke-18 tertinggi di Semenanjung pada 4, 957 kaki. Merupakan cabaran pilihan pengembara untuk mendaki dan menjelajah semasa berada di Pahang, kawasan sekitar terdekat di mana Gunung Tapis adalah sebuah taman sifat yang dijaga rapi dengan kawasan perkhemahan, air panas, cabaran air putih dalam sungai-sungai yang mengalir pantas dan perikanan yang besar, terutamanya bagi pengemar-yang mencari ikan Kelah (mahseer Malaysia).

Walaupun dibandingkan dengan gunung-gunung lain, pengembaraan ke Gunung Tapis tidak menjanjikan suatu yang menyeronokan kepada pendaki berpengalaman, yang terbaik adalah tidak memandang rendah alam semula jadi dan mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Perjalanan ke puncak adalah sangat mencabar dan menaiki bukit menggunakan jalan dari trailhead. Tahap kecergasan yang tinggi amat diperlukan dan Masa meredah akan menjadi agak panjang melalui denai bukau. Dapatkan panduan yang berpengalaman dan sentiasa memaklumkan kepada pegawai di balai polis di Sungai Lembing sebelum anda memulakan pendakian.

Pandangan dari atas adalah agak menakjubkan . Kebanyakan masa anda boleh melihat lautan awan putih yang mengaburi pandangan tanah rendah, dengan sekali-sekala mendedahkan rupa bumi sekitarnya. Pada hari yang cerah, anda boleh melihat Gunung Tahan pada jarak yang jauh. Suhu di puncak boleh menjangkau antara 18 hingga 8 darjah Celsius, bergantung pada masa dan hari. Matahari terbenam dari puncak sangat indah dan dalam perjalanan ke atas anda akan menemui dusun pokok kecil seperti yang digelar oleh pendaki sebagai taman bonsai. Penampilan trek yang terbantut dan pokok renek adalah disebabkan oleh tiupan angin yang tidak henti-henti bertiup melawan lereng bukit.

Tidak lupa juga perjalanan ke kawasan air terjun pelangi gunung tapis juga memerlukan stamina yang tinggi dimana perjalanan ke sana memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam setengah termasuk menaiki 4 wheel kerana jalan yang agak mencabar serta jungle treking ke kawasan air terjun tersebut..... :D

p/s :teks di edit daripada http://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/gunung_tapis.htm untuk maklumat lanjut sila layari laman web tersebut

Monday, September 19, 2011

full song of MTA....


Sempena tahun melawat Malaysia tahun 2007 dan pada masa yang sama merupakan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50

Friday, February 26, 2010

Negeri Terangganu Darul Iman

Permata Pantai Timur

Negeri seluas 12,955 km persegi dengan penduduk seramai lebih satu juta ini bersempadan dengan Kelantan di utara dan Pahang di selatan. Bandar ibu negerinya ialah Kuala Terengganu.

Persisir pantai Terengganu yang menjalar panjang, dari Besut di utara hingga ke Kemaman di selatan, dengan teluk-teluk kecil yang terlindung dan pokok-pokok kelapa yang melambai ditiup angin. Kebanyakan pantainya lebar dan melandai ke laut, dipukul ombal Laut China Selatan yang berbuih putih.

Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah membolehkan pulau-pulau ini diibaratkan sebagai syurga tropika.

Terengganu kaya dengan warisan seni dan budaya yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, seperti yang dapat dilihat daripada gerak tari lemah gemalai dan muziknya yang mengasyikkan.

Selain itu, Terengganu juga terkenal dengan industri kraftangan tradisional seperti membuat songket, batik, perhiasan tembaga dan anyaman pandan yang diwarisi sejak 2,000 tahun dahulu.

Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat berlainan di seluruh Terengganu. Membeli-belah di pasar malam adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. Ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tempata.

Negeri Selangor Darul Ehsan

Penjelajahan Tanpa Akhir

Negeri Selangor terkenal dengan gelaran 'pintu masuk' ke Malaysia, kerana kedudukannya yang strategik di antara jalan-jalan masuk utama. Di selatan Selangor terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang merupakan lapangan terbang utama di Malaysia serta Pelabuhan Klang, pelabuhan yang terkenal di tanah air.

Gerbang Kota Darul Ehsan yang tersergam di laluan Lebuhraya Persekutuan menjadi lambang yang menandakan sempadan negeri ini. Struktur yang bercirikan gaya seni Islam Mughal ini, merupakan mercu tanda yang terulung di Selangor, didirikan untuk memperingati penyerahan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974.

Shah Alam, ibu negeri Selangor terserlah sebagai bandar terancang yang menggabungkan keharmonian alam semula jadi dan kemodenan. Kawasan perumhan serta pusat perdagangan di bandar ini pula di kelilingi pohon-pohon yang menghijau serta sebuah tasik yang indah.

Batu Caves menjadi tumpuan utama rakyat Hindu, terutamanya sewaktu sambutan perayaan keagamaan. Batu Caves terletak 15 kilometer ke utara KL, dan setiap Januari atau Februari, beribu-ribu penganut Hindu datang ke kuil ini untuk menyambut perayaan penuh meriah, Thaipusam.

Pecinta sejarah pasti terpesona dengan pelbagai kisah silam di Selangor. Hayati perkembangan negeri Selangor dari zaman perlombongan bijih timah hinggalah kegemilangan Kesultanan Melayu di negeri ini.

Selangor menampilkan pelbagai tarikan yang pasti menawan hati seperti keunikan budaya, tempat-tempat menarik dan bersejarah serta masakan yang enak dan lazat. Sesungguhnya, Selangor menawarkan penjelajahan tanpa akhir.

Negeri Sarawak

Bumi Kenyalang

Nama ‘Borneo’ adalah suatu yang istimewa, dan kunjungan ke Sarawak menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk para pengunjung. Negeri ini mempunyai banyak taman negara, pantai dan juga kebudayaan kaum serta keramahan yang sukar ditandingi.

Terletak di barat daya pantai Borneo, Bumi Kenyalang mena-alukan kedatangan pengunjung dengan menawarkan kekayaan hutan hujan, sungai-sungai, perladangan lada hitam dan juga kepelbagaian budaya kaumnya.

Sarawak turut berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan di selatan dan Brunei serta Sabah di timur laut.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia, merangkumi keluasan 124, 450 km persegi dan ibu negerinya antara yang menarik di Asia, iaitu Kuching.

Dua pertiga kawasan bumi di sini dilitupi hutan hujan dan populasi penduduknya adalah 1.7 terdiri daripada 23 kumpulan etnik.

Kaum etnik di Sarawak turut bangga dengan kebudayaan mereka, dan mereka turut berjaya mentadbir kerajaan, memperbaiki pendidikan dan media.

Negeri Sabah

Negeri Di Bawah Bayu

Negeri di Bawah Bayu ini terletak di bawah lingkaran laluan taufan dan Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo adalah negeri kedua terbesar di sebelah timur Malaysia dengan keluasan 74,500 km persegi.

Laut China Selatan terletak di barat Sabah manakala Lautan Sulu dan Celebes (Sulawesi) di timur. Negeri yang kaya dengan hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan yang terkenal mempunyai hampir dua juta penduduk terdiri dari 32 kaum pelbagai etnik.

Ibu negerinya, Kota Kinabalu terletak di kawasan rendah di mana kawasan perdagangan dan aktiviti pentadbiran berpusat. Bagaimanapun, untuk merasai keunikan Sabah yang ‘sebenar’ anda perlu menuju ke kawasan luar bandar.

Taman Kinabalu turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar di situ.

Ia juga memberikan cabaran kepada pendaki di sini, yang melalui kawasan hutan yang luas malah, menemui kawasan air panas di kawasan tinggi. Pulau Sipadan di luar pesisiran pantai tenggara Sabah juga salah sebuah daripada lima tempat menyelam teratas dunia.

Ini kerana kawasan perairan di sini kaya dengan hidupan laut yang pelbagai. Malah, saat menyelam anda berpeluang melihat penyu, ikan alu-alu dan jerung putih di Sipadan.

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Putrajaya yang terletak kira-kira 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru dan moden. Ia memaparkan senibina Malaysia yang menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar dan dihiasi dengan taman-taman serta tasik buatan yang menjadi lanskap indah bersesuaian dengan konsepnya sebagai 'Bandar Raya Pintar Dalam Taman'.

Bandar Putrajaya dibahagikan mengikut precint yang mengandungi pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan, pusat perniagaan, kawasan perumahan dan taman rekreasi.

Keseluruhan bangunan pejabat pentadbiran kerajaan di sini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan peralatan yang canggih.

Terdapat juga tasik buatan manusia yang terbesar dan penerapan sistem moden yang terkini menjadikan bandar ini kelihatan unik sepanjang masa. Ia menjadi tempat tumpuan untuk aktiviti sukan air seperti kayak, cruise dan banyak lagi.

Kebanyakan hotel di sini bertaraf 3-5 bintang dan menawarkan bilik-bilik suite yang selesa, dewan seminar, bankuet serta kemudahan rekreasi.

Pulau Pinang

Mutiara Timur

Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.

Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai.

Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar.

Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan. Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Pulau Pinang merupakan destinasi sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah.

Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Cina, Melayu, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik.

Negeri Perlis Indera Kayangan

Permata Kecil di Utara

Bersempadan dengan wilayah Thai di Satun di utara, Kedah di tenggara dan Selat Melaka di pesisiran pantai barat, Perlis masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan yang masih kekal hingga ke hari ini.

Pemandangan indah sawah padi yang terhampar luas serta tompokan bukit-bukit batu kapur dan suasana kampung yang menarik menjadikan sepanjang perjalanan anda ke negeri ini suatu pengalaman yang menawan hati.

Ibu negeri Perlis ialah Kangar, sementara Arau, yang terletak cuma 10km dari Kangar, merupakan bandar Di Raja negeri Perlis.

Perlis terletak di pertengahan laluan lebuhraya serta jalan keretapi yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan bandar Bangkok di utara.

Dari bulan Januari hingga April, cuaca di sini lazimnya panas dan kering, sementara bulan September hingga Disember cuacanya agak lembap dan berhujan. Purata suhu tahunan di sini terletak di antara 21 hingga 32 darjah Celcius.

Negeri Perak Darul Ridzuan

Bandar Bersejarah & Pulau Peranginan Indah

Perak Darul Ridzuan menjanjikan pelbagai pengalaman indah seperti bersantai di pulau dan pantainya yang indah, berkunjung ke tokong dalam gua, meneroka khazanah alam dan menghayati kepelbagaian warisan budaya penduduknya yang berbilang kaum.

Meliputi kawasan seluas 21,000 km. persegi, Perak terletak di antara negeri Kedah di utara dan negeri Selangor di selatan. Banjaran gunung utama di sini mengunjur di sepanjang negeri Perak dan tersergam megah berbanding tanah rata yang terhampar sehingga ke persisiran pantai barat negeri ini.

Negeri Perak juga dikenali sebagai 'Negeri Anggun', oleh sebab suasana serta keindahannya yang bersahaja. Negeri Perak terbahagi kepada sembilan buah daerah.

Setiap daerah mempunyai ciri-ciri keindahan dan sejarah yang tersendiri serta tarikan pelancongan termasuk bangunan bersenibina Anglo-Melayu dan Cina, bangunan kolonial, gua batu kapur, kuil dan tokong, serta pusat peranginan di tanah tinggi seperti yang terdapat di Bukit Larut (Maxwell Hill).

Ibu negeri Perak, bandar Ipoh di penuhi bangunan-bangunan lama peninggalan Inggeris dan terkenal dengan sajian makanan yang sederhana tetapi lazat di gerai-gerai tepi jalan. Malahan, sajian makanan enak di Ipoh menarik ramai pelawat harian dari seluruh Malaysia hingga ada yang sanggup memandu selama tiga jam semata-mata untuk menikmati semangkuk mee lazat yang hanya boleh didapati di sini!

Bahagian pantai barat negeri Perak yang menghadap Selat Melaka mempunyai beberapa buah pulau yang terletak tidak jauh dari tanah besar. Pulau yang terdekat jaraknya dengan tanah besar ialah Pulau Pangkor yang terletak bertentangan dengan pekan Lumut di tanah besar. Gaya kehidupan di Pulau Pangkor yang unik menawarkan pelbagai pengalaman percutian yang indah dan beberapa buah pantai yang menawan untuk para pelawat. Cuba sajian makanan laut di sini, anda pasti tertawan!

Negeri Pahang Darul Makmur

Kaya Dengan Anugerah Alam

Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Malah, hampir 2/3 negeri ini diliputi hutan hujan tebal sekaligus menjadikan ia kawasan hijau dengan hidupan liar dan khazanah alam semula jadi.

Pesisiran pantai Pahang juga adalah kawasan yang menarik berhadapan dengan Laut China Selatan. Pantai Cherating serta Pulau Tioman adalah antara pusat peranginan popular di negeri ini. Terdapat juga aktiviti pantai menarik, aktiviti menyelam serta dapat bersantai di pantai.

Banjaran gunung utama turut memisahkan gunung tersebut di timur dan barat. Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, turut memberikan cabaran lasak kepada para pendaki. Kawasan pergunungan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Genting Highlands, yang terkenal sebagai Bandar Hiburan, serta Bukit Tinggi pusat peranginan ala Perancis, juga adalah tempat percutian yang sangat menarik dan terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.

Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron adalah tempat peranginan yang seronok, anda juga berpeluang mengikuti denai-denai khas untuk melihat burung-burung dan alam semulajadi. Kuantan, ibu negeri Pahang, turut mempunyai gabungan bangunan moden dan industri kotej.

Negeri Sembilan Darul Khusus

Khazanah Warisan Silam

Negeri Sembilan bermula kira-kira 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan, yang bermaksud sembilan negeri, mempunyai banyak perkampungan yang melalui pembangunan perbandaran. Kini semuanya berubah secara perlahan.

Negeri Sembilan turut dikenali kerana mempunyai pengaruh Minangkabau yang kuat, yang masih dapat dilihat dalam senibina dan struktur keluarga di sini.

Orang-orang Minangkabau telah berhijrah merentasi Selat Melaka dari Sumatra berkurun lamanya, dan rumah tradisi mereka masih dapat dilihat mempunyai ciri bucu tajam seakan-akan tanduk tajam kerbau. Beberapa contoh pengaruh senibina ini masih dapat dilihat pada Masjid Negeri dan Bangunan Setiausaha Negeri.

Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.

Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.

Selain kawasan pantai, terdapat juga banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi di negeri ini.

Melaka

Bandaraya Bersejarah

Bandar Melaka mempunyai dua persona yang berbeza, yang lama dan yang baru. Bahagian bandar Melaka yang lama terletak setempat dan agak padat serta mempunyai pelbagai tarikan sejarah dan budaya yang terselit di jalan-jalan sempit yang bersimpang siur di sini.

Kebanyakan peninggalan sejarah zaman silam Melaka boleh dilihat di Dataran Pahlawan serta di sepanjang kawasan perairan sungai Melaka.

Berhadapan dengan Dataran Bandar tersergam Bukit St. Paul, yang merupakan tapak asal Kubu Portugis, iaitu A'Famosa, dan Gereja St. Paul.

Terdapat juga jejak warisan bertanda-arah di sini yang boleh diikuti oleh para pelawat bagi melihat tapak-tapak dan tarikan bersejarah yang terdapat di bandar lama Melaka. Bahagian bandar Melaka yang baru pula terletak di seberang sungai Melaka, dan kebanyakan kawasan ini terbina di kawasan muara Sungai Melaka yang telah ditebus guna. Kawasan ini merupakan kawasan hiburan dan makanan yang sibuk, di mana terletaknya pelbagai kemudahan moden termasuk pusat membeli-belah Mahkota Parade.

Di luar bandar Melaka pula, terdapat beberapa buah pantai yang menarik, padang golf, serta dua buah pulau yang tidak jauh dari tanah besar, di mana terdapatnya pusat peranginan yang indah. Daerah Air Keroh pula terletak amat berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan menawarkan berbagai jenis taman tema rekreasi yang pasti menyeronokkan.

Melaka juga diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO

Langkawi

Sebuah Global Geopark UNESCO

Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.

Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.

Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.

Wilayah Persekutuan Labuan

Pulau Taman Borneo

Terletak di pesisiran pantai Teluk Brunei dan juga Laut China Selatan menjadikan Labuan, pusat kewangan luar pantai antarabangsa yang sangat strategik. Ia juga merupakan satu-satunya pelabuhan laut dalam di Malaysia Timur.

Bandar Labuan adalah tempat utama di pulau ini, yang turut disediakan kemudahan lapangan terbang dan jeti untuk perkhidmatan feri.

Antara tarikan utama ialah status bebas cukai Labuan, kemudahan menyelam serta pusat membeli-belah bebas cukai.

Labuan adalah kawasan Wilayah Persekutuan yang berada di bawah pentadbiran Kuala Lumpur.

Ini bukan saja pusat kewangan luar pantai yang penting, malah pusat pemasangan gas dan petroleum utama yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Labuan juga merupakan pusat pelancongan yang menarik dengan pulau-pulau, pantai serta kemudahan untuk bermain golf, menyelam dan perahu layar.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ibukota Malaysia Yang Mengagumkan

Kuala Lumpur (KL) mempunyai pelbagai kebudayaan serta tradisi yang pasti akan menarik minat anda untuk menetap di sini. Keramahan bandaraya ini akan menawan anda untuk menjejaki keunikan tempat ini, yang mendapat pengaruh pelbagai budaya.

Terdapat orang Cina, Melayu, India Selatan, Malaysia Timur, kumpulan etnik, Thai, Indonesia, Sikh, dan juga warga professional.Setiap masyarakat menawarkan festival, makanan, muzik, seni, dan fesyen tersendiri yang turut mempengaruhi budaya lain.

Kehidupan malam di KL juga sangat menarik, selain terdapat budaya seni dan persembahan yang menggabungkan gaya kontemporari dan tradisional. Terdapat juga aktiviti sukan dengan infrastruktur terkini.

KL sendiri sebuah bandaraya dengan senibina yang terdiri dari rumah agam berusia beratus tahun ke bangunan pencakar langit yang moden. Cubalah juga, makanan yang pelbagai di Kuala Lumpur selain membeli-belah di sini.

KL adalah syurga membeli-belah dan menawarkan pelbagai pilihan untuk semua orang. Di sini, anda berpeluang melihat gabungan budaya, pakaian, dan makanan serta suatu yang unik yang sukar didapati di bahagian lain negara ini.

Pelancong ke Kuala Lumpur juga boleh melihat sendiri keunikan dan keajaiban bandaraya metropolitan KL melalui bas pelancongan dua tingkat. Untuk maklumat lanjut layari laman web: www.myhoponhopoff.com

Negeri Kelantan Darul Naim

Tempat Bermula Budaya Melayu

Salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia, Kelantan Darul Naim bersempadan dengan Thailand di utara, Perak di barat, Terengganu di Tenggara dan Laut China Selatan di timur serta Pahang di selatan.

Oleh kerana negeri ini berkongsi sempadan dengan Thailand, dan pernah satu ketika dulu dijajah negara itu, maka tidak hairanlah pengaruh Thai dilihat dalam makanan setempat, senibina, dan juga komposisi penduduk tempatan.

Ibu negerinya, Kota Bharu adalah tempat terbaik untuk menikmati budaya dan makanan tempatan.

Malah, Kelantan adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik kerana mempunyai pantai cantik, budaya yang kaya, kraf tangan yang unik serta ukiran kayu yang terkenal. Wanita sering memainkan peranan besar dalam ekonomi negeri ini.

Kraf tangan yang mereka hasilkan, seperti perak Kelantan, bakul, kain adalah antara hasil seni yang terbaik di Semenanjung Malaysia dan sering dibeli bukan saja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing.

Warga Kelantan sendiri gemarkan rekaan yang besar, seperti layang-layang, gasing dan juga peralatan muzik, Rebana Ubi.

Negeri Kedah Darul Aman

Jelapang Padi Malaysia

Kedah Darul Aman (nama rasmi negeri Kedah) didakapi negeri Perlis di utara dan Perak di selatan merupakan salah satu negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kedah adalah negeri yang sederhana keluasannya, namun demikian anda tentu tidak dapat menduga jumlah destinasi-destinasi hebat yang terdapat di sini.

Sebuah negeri yang pada keseluruhannya berasaskan industri pertanian, Kedah dipenuhi panorama kawasan pedalaman yang indah yang sentiasa berubah warna mengikut musim tanaman padi pada ketika itu.

Kawasan pedalamannya bertukar menjadi hijau segar tidak lama selepas musim menanam padi bermula apabila benih-benih padi mula tumbuh, dan kemudian bertukar keemasan menjelang musim menuai sebelum akhirnya menjadi warna perang selepas padi dituai.

Kedah banyak menyimpan pelbagai rahsia zaman silam di mana pada satu masa dahulu Kedah merupakan pusat sebuah tamaddun gemilang yang mana bukti-bukti kewujudannya sedang ditemui secara beransur-ansur dengan usaha cari gali kaji purba di tapak-tapak bersejarah di sini.

Alor Setar ialah ibu negeri serta pusat kerajaan dan kesultanan negeri Kedah. Bandar ini juga merupakan pusat perdagangan negeri Kedah.

Pulau Langkawi, destinasi pelancongan yang unggul, meliputi rangkaian 99 gugusan pulau ini amat terkenal dengan pelbagai mitos dan lagenda.

Lilypie Kids Birthday tickers