Punca golongan ini melakukannya serta cadangan kaedah-kaedah
yang berkesan untuk membendung masalah ini.
Jenayah kolar putih merupakan jenayah tanpa kekerasan atau
secara halus. Jenayah ini termasuklah jenayah perdagangan, rasuah dan penyalahgunaan
kuasa. Jenayah kolar putih perlu diberi perhatian
yang serius untuk mengelak kesan jangka panjang yang menggugat negara kita.Terdapat
banyak punca jenayah ini berlaku dan Langkah-langkah yang berkesan juga perlu untuk
membendung masalah ini.
Antara punca
berlakunya jenayah kolar putih ialah nafsu tamak haloba manusia sendiri. Keinginan
manusia yang inginkan kehidupan yang mewah atau status sosial yang tinggi telah menyebabkan
berlakunya jenayah kolar putih.Hal ini juga berkait rapat dengan sikap mereka
sendiri iaitu mementingkan kebendaan atau materialistik. Mereka berusaha melakukan apa jua cara agar
keinginan mereka dipenuhi termasuklah melakukan jenayah kolar putih.
Seterusnya, kelonggaran undang-undang
juga memainkan peranan penting dalam punca golongan ini melakukannya.Banyak pesalah
terlepas kerana tindakan tangkapan yang
lewat. Rakyat tidak diberi pengajaran dan amaran dan kesalahan yang sama akan diulang.
Birokrasi yang ketat serta kelonggaran
prosedur kerja juga merupakan salah satu punca.Hal ini
disebabkan kerana kerajaan mempunyai banyak peringkat,pelanggan perlu mengikut prosedur
yang tertentu supaya dapat berjumpa dengan ketua. Oleh itu, seseorang akan sanggup
bayar lebih supaya dapat berjumpa terus dengan ketua tersebut atau menyelesaikan
sesuatu dokumen.
Terdapat
banyak kaedah yang berkesan untuk membendung masalah ini.Pertamanya ialah penguatkuasaan
undang-undang.Penguatkuasaan undang-undang yang ketat memang dapat mengatasi masalah
ini.Kakitangan kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini harus dikenakan tindakan
tatatertib. Pemimpin politik yang terlibat dalam rasuah juga harus dilucutkan daripada
jawatannya. Akaun bank pesalah dan keluarganya harus dibekukan malah Jika seseorang
disabitkan dengan kesalahan jenayah kolar putih, hukuman penjara dan sebat mandatori
yang berat harus dikenakan. Harta mereka juga patut dirampas bagi tujuan pembangunan negara. Hukuman berat itu bukan
sahaja menjadi pengajaran kepada pesalah, malah menjadi amaran kepada yang lain
agar tidak sesekali melakukannya.
Untuk membendung
masalah ini juga, organisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada salahlaku jenayah
harus dikawal dengan ketat. Sebagai contahnya, bagi agensi kerajaan yang
mungkin terdedah kepada rasuah, pegawai atasan mahupun bawahan perlu dikawal oleh
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM). Harta kakitangan kerajaan seperti kakitangan
JPJ dan anggota polis perlu diisytiharkan. Dalam institusi kewangan pula,segala
kelemahan dalam pengaliran wang yang banyak perlu dikawal. Pegawai bawahan bank
tidak harus diberi kuasa untuk mengeluarkan wang yang banyak. Segala kelonggaran prosedur kerja
yang mungkin boleh menyebabkan jenayah kolar putih harus diketatkan.
Kerjasama
SPRM dan Polis Diraja Malaysia juga memainkan
peranan. Lazimnya, penjenayah kolar putih ini mahir dalam bidang mereka. Peguam
yang mahir dalam undang-undang dan akauntan yang bijak memanipulasikan akaun cenderung
untuk melakukan jenayah kolar putih.Olehitu,penipuan dan penyelewengan mereka amat
halus dan sukar dikesan. Dalam siasatan kes begini,kita memerlukan pakar dalam bidang
yang berkaitan.Pegawai siasatan polis dan SPRM yang pakar dalam perakaunan,ekonomi
dan perundangan harus ditambah.Dengan adanya pegawai penguatkuasa yang mahir inilah
penjenayah kolar putih mudah dikesan dan ditangkap.
Sebagai
kesimpulannya,semua pihak mesti komited dan mengambil tindakan yang tegas untuk
menangani jenayah kolar putih.Dengan itu,dapatlah diwujudkan kerajaan yang
bersih, cekap, dan amanah.
No comments:
Post a Comment