Saturday, February 19, 2011

Suatu Ketika

Lirik Adi Mentor 4 - Suatu Ketika (OST Gemilang)

Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah


Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..


Read more: 
http://www.mylirik.com/2011/01/adi-mentor-4-gemilang-ost-gemilang.html#ixzz1ETviHpOy

Bait-bait lirik ini mengimbau kenangan lama ketika masih di zaman persekolahan…

Hidup tanpa kenangan ibarat putihnya sehelai kertas….ada tapi hilang disebalik cahaya terang itu

Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..

Read more: http://www.mylirik.com/2011/01/adi-mentor-4-gemilang-ost-gemilang.html#ixzz1ETtTb2cw

bait-bait liriknya mengimbau kenangan lalu ketika aku masih dizaman persekolahan...alangkah indahnya kenangan lalu....kenangan itu sebenarnya guru yang paling terror didunia ini..tapi kenangan,jiwa kita akan kosong..bagaikan putihnya sehelai kertas....ada tapi tidak digunakan...

Gaji dah kuar...



masuk hari nie dah hampir 3 minggu aku kerja.... aku dah dapat hampir rm300
best jugak ada duit nie..walaupun sedikit tapi membuatkan kita puas dengan hasil daripada penat lelah kita berkerja....tapi yang paling penting...aku dapat dok rumah pada hujung minggu....
seronok giler....
ary tu aku keluar bandar ngan kengkawan dengan duit aku sendiri tau..x mintak parents aku pun..satu sen pon...seronok...
nie gambar aku gi minum ngan kawan aku kat restoran nasi ayam haji ali....kat kluang...bersebelahan ngan sakan
kitorang semua gi jalan-jalan selepas menjenguk kawan kitaorang yang xcident tu....alhamdullilah dia tak pape....

Menjana Kewangan anda....

The system is like game2 dlm facebook.sebelum kita main kita kene daftar dulukan....
cthnye kalau main farm ville kene daftar dgn farm ville...
kalau main ngan mafia wars kene daftar dgn mafia wars kan...

so sama dgn program kalau nak dpt duit kene la daftar dulu utk join program ni...
Baru dpt duit dgn login facebook anda....sama mcm konsep fb jugak. Sy ade facebook, anda pun ade facebook.
Tapi sy tak nak nampak anda dan anda tak nampak sy selagi kita tak add masing2 kan..

so sama la dlm program ni utk sy dpt duit sy kenelah add orang yg nak buat duit jugak....
So caranya add dgn daftar dlm system infinity downline barula anda layak dapat duit.....
bila tak daftar mcmana nk dapat duit??? Mcmana nk share dgn kawan yang betul2 berminat???

yuran pendaftaraan Rm 100
..then bila dh dftr awk blh jana pndptn tnpa had..
kt cni kta promote sistem..if ade org join sistem ni under awk, awk akn dpt bonus rm 100..

tp awk tak perlu cri org. org akn cri awk..
slps dftr sy akn ajar sume tips2 utk buat org cri awk..
sy akn guide smpai awk dpt duit mcm sy :)

Saya akan bagi tips2 untuk anda online facebook sambil jana pendapatan. ketahuilah rahsia-rahsianya.

jangan takut untuk jadi kaya.
di mana ada kemahuan di situ ada jalan. sudah ramai yg peroleh lebih rm1000 hanya 1 mnggu sahaja!



Friday, February 11, 2011

kecamuk hati

Aku tak mengerti apa yang ku rasa
cinta yang tak pernah begitu hebatnya
aku begitu pening melihat kau
menusuk hatiku
.....
aku tak berapa faham,sesetengah perkara,walaupun aku tak suka....tapi aku harus hadapinya....benci,marah,sakit hati semua benda ada dalam hati aku nie...the worst week ini this month....hari tu aku dapat berita kwn ku accident....sorang tu teruk sangat....dan dengar citer dye nak kene hantar JB...pastu hari yang sama....entahlah...aku malas nak ingat perkara tu lagi...buat hati ku luluh dan macam2 lagi.....aku berharap sangat suatu hari nanti aku dapat pergi jauh dari dia...lagi jauh..lagi sukar untuk aku terseksa macam nie......

aku tahu walau macam mane usaha kita buat.....kalau org tu dah tak suke jangan mimpilah dye akan hargai apa yang kita lakukan....sebab tu lah aku harap....dye nampak apa yang cuba aku lakukan,walaupun tak sesempurna yang diidamkan...tapi dihargai dan diingati dgn tulus ihklas....
mimpi indah kita tak kan selalu berlaku tapi dgn berkat dan usaha doa dan kerja keras kita...insyallah...suatu hari nanti mimpi boleh jadi kenyataan...bukan...

Thursday, February 3, 2011

balik KampuNg

hari nie dah sampai kat kampung....semalam aunty and uncle datang rumah diorang nak jumpa parent saya tapi diorang kerja so smlm hanya ade saya beradik serta aunty,uncle and cousin2 ku di rumah.....sebenarnya saya nak gi lunch tapi tunggu kejap...nak luahkan rasa hati yg terbuku...saya dah sedia nak kuar bandar...tapi takut parent marah...harap dapat kuar bandar lusa nnti...doa2kan saya tau...sambung citer,ayah ku bawa tulang lembu nak bakar and makan ramai2 tulah tadi kena tolong jaga budak(rela tapi rimas...:)...okeylah saya nak gerak uncle saya dah panggil...terpekik terlolong...bye bye...

Wednesday, February 2, 2011

Siapakah Dia

KEPERIBADIANNYA

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

P/S sumber rujukan ini dari http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

selain itu saya tertarik dengan kisah ini setelah mendengar kisah beliau didalam halaqah-akar tradisi ilmu di tv9

Lilypie Kids Birthday tickers