Sunday, June 26, 2011

KEHIDUPANKU KINI


Perjalanan hidup kita bagaikan sebuah teka-teki yang mana jawapannya kadang-kadang susah untuk dijangka atau difikirkan tapi kenyataannya kita tidak mampu menjawab teka-teki ini kerana aku dan kau,sama-sama tak ada jawapanya.seperti denai di hutan,kalau sudah menjadi kebiasaan,senang atau mudah perjalanan kita tapi cuba anda bayangkan perjalanan hidup kita seperti kita perlu membuat denai yang baru di dalam hutan yang tebal dan luas.Apakah tindakan pertama anda?.Apakah reaksi anda terhadap keadaan sekeliling? dan apakah keputusan yang anda akan lakukan.(jawapannya terpulang kepada diri masing-masing)
Tapi kesimpulanya walaupun serendah dan setinggi mana kita meletakkan matlamat dihadapan kita tetapi ujian,dugaan dan cabaran yang kita tempuh kadang-kadang amat perit dan kadang-kadang amat mengembirakan,terpulang kepada usaha dan kesabaran kita yang akan menentukannya...... 


Saturday, June 25, 2011

Kenangan Di Cameron Highland

salad yang amat menyelerakan..brkali2 beli

whipcream strawberi yang sedap....yummy




Pada 1 jun hingga 3 jun yang lalu keluargaku telah mengambil keputusan untuk menghabiskan masa cuti sekolah di cemaron highland bersama dua buah keluarga yang lain iaitu keluarga makcik ku dan teman rapatnya.
kami mengambil masa hampir 8 jam perjalanan dari kluang ke resort tempat kami menginap.kami telah menyewa resort tersebut unutk percutian selama 3 hari 2 malam.tempat yang kami diami amat selesa hingga memmuatkan kami semua dalam satu rumah.mempunyai 3 buah bilik,2buah bilik air,kelengkapan untuk memasak seperti dapur gas,peti sejuk,microwave,toaster,pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.kami hanya membeli bhan untuk memasak yang mana semuanya segar dari ladang sesuai dengan persekitaran di sana.pada hari pertama kami telah mengambil keputusan untuk melawat ladang strawberi.Disana kami telah mengambil gambar sepuas-puasnya dan merasa salad yang segar dari ladang,strawberi whipcream dan pelbagai jenis makanan yang amat segar.....
bersambung
Lilypie Kids Birthday tickers