Monday, December 5, 2011

Cahaya Indah Di Teluk Gorek

Mungkin bukan rezeki aku.Tapi aku akan teruskan usaha agar cita-cita aku ini akan tercapai.insyallah...amin
Rasanya dah lama tak coretkan sesuatu dalam blogku yang satu ini.Okey,perjalanan kehidupan ku yang lalu telah membawaku ke tempat percutian yang paling aku gemari di mersing iaitu Teluk Gorek
Disana aku,keluargaku dan saudara-mara yang turut mengikuti percutian itu......Akhirnya percutianku kali ini aku tidur di dalam khemah berhadapan laut yang mana pada waktu malam air pasang dan ditemani bunyi deruan angin malam dan percikan ombak memecah keheningan malamku....dan tidak dijangka hujan menemani malam ku...pengalaman yang amat menyeronokan..basah khemah yang aku tidur....basah macam mana pun aku teruskan juga membuai mimpi indah....hahahaha....bangun pagi terus sahaja masuk laut tak sempat nak cuci muka dan gosok gigi terjun masuk laut....mula-mula masuk air surut jauh sangat sampai ke tengah (nama pun teluk..apalah aku ini) berjalanlah aku ke satu tempat yang patut aku tuju semasa menginap disana....satu bahagian yang amat tersorok jauh ke tanjung...aku tak tahu apa nama tempat itu tapi pasirnya putih bersinar-sinar,air sungguh kebiruan dan jernih hingga dapat aku melihat dasarnya yang amat indah dan dipenuhi hidupan laut yang cantik tetapi berbahaya seperti ikan pari.......
Selepas penat berenang dikawasan itu aku kembali ke kawasan teluk tersebut....sekembalinya aku air sudah mula pasang(sejam kemudian hujan) apalagi aku sambung aktiviti renang di situ bersama seluruh ahli keluargaku
Okeylah itu saja pengalaman aku disana...malas nak cerita panjang-panjang takut tak habis tulis...
Boleh lah mengendap tempat ini di link yang aku sertakan iaitu
http://sifu-travel.blogspot.com/2011/03/teluk-gorek-chalet-and-camp-site.html
http://www.travelrhapsody.com/malaysia/sang-suria-teluk-gorek.htm

Lilypie Kids Birthday tickers