Wednesday, December 26, 2012

7 Hari

 Assalamulaikum kepada anda semua....Tahun Baru 2013 semakin hampir menjelang tiba cikgu-cikgu sekolah sudahpun memulakan tugasan mereka ,Ibu bapa sudah lengkapkan uniform sekolah anak-anak mereka ,buku-buku latihan dan rujukan ,alat tulis ,kasut dan pelbagai lagi kelengkapan untuk menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang tidak lama lagi serta kakitangan-kakitangan awam mahupun swasta sudah siap sedia untuk memulakan tugasan mereka dengan semangat tahun baru 2013 dan pelbagai lagi peringkat dan golongan umur yang berlainan dan perbezaan keadaan tempat kerja mereka......namun itu semua hanyalah pandangan saya yang melihat perkara ini dengan skop yang lebih kecil tapi saya beranggapan semua peringkat umur manusia ,masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri.

Sebelum saya mengundur diri ingin saya berkongsi pengalaman percutian saya selama 7 Hari untuk akhir tahun 2012...
Antara tempat yang saya lawati atau kunjungi ialah

  • Putrajaya
  • Kajang
  • Semenyih
  • Sungai Ramal
  • Subang Jaya
  • Kuala Kangar
  • Taiping
  • Cameron Highland
  • Ipoh 
sebenarnya saya sudah taip hampir kesemua tempat yang saya dan keluarga sudah lawati tapi bukanlah terlalu spesifik hanya untuk pengetahuan anda semua
okey pengalaman di 4 tempat yang pertama dari senarai di atas adalah tempat biasa yang saya dan keluarga kunjungi....lebih tertumpu kepada saudara serta keluarga angkat yang tinggal berdekatan situ.secara keseluruhanya kawasan di atas telah banyak berubah semenjak kali terakhir kami tiba di sana hampir 7 bulan yang lepas.

subang jaya adalah tempat yang kami lawati seterusnya tapi sama seperti aktiviti di atas kami melawat saudara yang tinggal di subang jaya....tempat yang sesak dan penuh dengan pembangunan..*kalau pertama kali tiba di subang Jaya sentiasa rujuk kepada papan tanda untuk tiba di destinasi pilihan anda walaubagaimanapun lagi mudah dan cepat jikalau anda menggunakan GPS (Global Position System) kalau tak silap saya.....untuk elak dari tersesat dan terperangkap berjam-jam lamanya

Kuala Kangsar dan Taiping merupakan tempat yang penuh dengan tempat-tempat menarik antaranya muzim-muzim diraja dan kraftangan terutamanya di Kuala Kangsar (Bandar Diraja). Manakala di taiping saya syorkan anda berjalan kaki mengelilingi bandar taiping terutamanya dikawasan zoo Taiping & Night Safari ,Tasik dan banyak lagi tempat untuk menenangkan fikiran.......

Cameron Highland....adalah salah satu tempat tumpuan untuk musim cuti sekolah atau untuk merehatkan minda walaubagaimanapun buat masa ini saya cadangkan anda mencari tempat percutian lain terutama pada musim cuti sekolah kerana masalah kesesakan lalulintas yang teruk....perjalanan yang memakan masa hanya 10 minit menjadi 1 hingga 3 jam kerana sikap para pemandu yang hanya mementingka diri sendiri sahaja...mereka berhenti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning , jalan utama (tengah-tengah jalan) ada taktik yang paling seronok ialah buka bonet kereta dan letak segi tiga berlampu tapi langsung tak ada orang yang tunggu siap kunci kereta lagi....kenapa saya cerita hal ini.....pasti ada yang tidak percaya tapi yakinlah itulah antara kejadian yang sempat saya saksikan sepanjang 3 hari 2 malam di Cameron Highland.....*pastikan membuat tempah hotel,homestay,chalet,resort dan bilik sewa sebulan atau lebih awal untuk memastikan anda tidak berkesudahan tidur di dalam kereta di cameron highland kerana anda pasti tak ini hal itu berlaku kerana saya dah merasainya sendiri...betapa sejuk dan tak selesa untuk anda  melelapkan mata...(setiap 1 jam adik saya akan bangun kerana kesejukan)
Lawatlah Sungei Palas BOH plantation,Gunung berincang,Ladang strawberi berhampiran Rumah Persekutuan dan banyak lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi

Ipoh.....Sunway City Ipoh (The Lost World Of Tambun).....tempat yang menarik ada hot spring mini zoo monster waterslide dan tempat permainan kering yang pasti mengecutkan jantung anda semua.....

okeylah rasanya cukup untuk entry kali ini..harap-harap anda semua hargai alam semula jadi yang tuhan sediakan untuk manusianya hidup dengan aman dan damai.....manfatkan masa-masa kualiti anda bersama kelurga dengan sebaik-baiknya......bertolak ansur dan saling bermaafan sesama manusia atas kesilapan yang tidak anda sedari atau sebaliknya.....Wassalamuailaikum

Sunday, November 4, 2012

JENAYAH KOLAR PUTIH




Definisi  : Jenayah halus tanpa kekerasan yang dilakukan oleh golongan professional dan pendidikan tinggi. Termasuklah jenayah perdagangan, kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang lazimnya membabitkan jumlah wang yang banyak. Pembabitan golongan ini dalam jenayah kolar putih amat berbahaya dan perlu diberi perhatian berat oleh masyarakat.

Contoh jenayah kolar putih:
1) Rasuah
2) penyelewengan 
     - kuasa
     - harta benda

Rasuah

Rasuah semakin berleluasa, sehingga membimbangkan orang awam apabila masyarakat Malaysia sudah menganggap bahawa amalan rasuah bukan lagi satu kesalahan tetapi merupakan amalan biasa dalam rutin kehidupan. Sekiranya gejala rasuah berleluasa, negara Malaysia akan menerima tamparan yang hebat.

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

Dalam kamus Concies Law Dictionary, P.G. Osborne memberikan definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “ giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward”.

Bagi membendung jenayah rasuah daripada berterusan menguasai sektor awam, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang memulakan operasi sebagai sebuah jabatan penuh pada 1 Oktober 1967. Pada tahun 1982, Akta Pencegahan telah diluluskan oleh Parlimen untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan BPR sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah. Pada tahun 2008, BPR telah diberikan peranan yang lebih penting dengan tugas penguatkuasaan yang luas menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Punca Berlaku Rasuah

1. Gara-gara ingin hidup mewah

Manusia tamak yang sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal dan haram
Cara hidup hidup mewah untuk pengekalan status
Menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya

2. Kurang penghayatan nilai-nilai murni

Kedangkalan ilmu-ilmu keagamaaan
Hilangnya akhlak yang baik

3. Kurang pemantauan

Kurang penyeliaan oleh pegawai atasan
Kurang komitmen untuk mengernal pasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya rasuah

4. Masalah sistem birokrasi

Struktur birokrasi yang terlalu ketat
Banyak  yang sanggup membayar lebih untuk memudahkan dan melicinkan urusan dengan pihak yang berautoriti

5. Kelewatan tindakan undang-undang

Kelewatan pihak berkuasa seperti polis, penguasa mahkamah membicarakan kes rasuah, ambil masa bertahun-tahun
Menjatuhkan hukuman ke atas lambat ke atas pesalah mengakibatkan pesalah lain tidak serik
Tidak dapat menjadikannya sebagai pengajaran

Kesan Perbuatan Rasuah

1. Melemahkan pentadbiran negara

Terdapat kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dikatakan sering menerima rasuah.
Pembangunan negara gagal berada atas landasan yang betul
Kegagalan sesuatu projek yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian akibat sogokan menyebabkan keselamatan rakyat akan terancam
Berlaku pembaziran wang rakyat
Pelabur asing akan menjauhi diri daripada Malaysia
Menyebabkan peningkatan kos pengeluaran

2. Kepercayaan kepada kepimpinan negara tergugat

Rakyat sukar mempercayai kepemimpinan Negara
Sebagai contoh, kontraktor yang menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak projek pembangunan, peluang dan hak kontraktor lain dinafikan
Meluaskan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat
Kontaktor yang kaya bertambah kaya
Pembangunan negara dan kebajikan rakyat akan terjejas

3. Pertambahan gejala sosial

Gejala sosial akan menjahanamkan keamanan dan keharmonian sosial
Jika pegawai jabatan imigresen menerima rasuah, kadar jenayah akan mencapai aras yang bahaya
Kemasukan pendatang tanpa izin berleluasa akan meningkatkan kadar jenayah
Rakyat tempatan akan terdedah kepada jenayah curi, diragut dan dibunuh
Kemasukan pendatang tanpa prosedur yang betul akan menyebabkan menularnya penyakit berbahaya yang berasal dari negara lain
Misalanya, seorang doktor, jika disogok untuk meluluskan kesihatan warga asing, pembawa penyakit berbahaya akan memasuki negara
Kesihatan dan kebajikan rakyat akan terancam.
Keamanan dan keharmonian sosial akan terjejas jika amalan rasuah berleluasa  


Langkah Mengatasi Rasuah

1. Mengetatkan lagi undang-undang

Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang memberi atau menerima rasuah
Hukuman penjara mandatory dan sebat
Sekiranya terbukti harta diperoleh daripada kegiatan rasuah mesti disita
Tindakan undang-undang harus melahirkan perasaan takut

2. Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

Menjalankan siasatan yang lebih rapi terhadap pegawai yang didapati melakukan kegiatan rasuah
Tindakan yang pantas dan cepat untuk mendapatkan bukti
Melantik pegawai yang berintegriti dan berkredibiliti untuk mengisi jawatan dalam suruhanjaya ini
Suruhanjaya ini bebas daripada pengaruh politik

3. Kerjasama masyarakat

Masyarakat merupakan badan pemantau yang paling efektif
Harus berani memberikan maklumat sekiranya terdapat bukti berlakunya rasuah
Identity pemberi maklumat mesti dirahsiakan
Menawarkan ganjaran kepada maklumat yang benar

4. Sikap peribadi individu

Rasuah merupakan satu penyakit berjangkit moral
Individu itu perlu mengekalkan watak yang bersih daripada sikap negatif
Tidak mudah dirasuah
Mempunyai pendirian yang teguh dan berpegang teguh pada ajaran agama atau nilai-nilai moral
Menjalankan kerja mengikut ketetapan dan peraturan

Langkah Mengatasi Jenayah Kolar Putih   

1. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat

Dalam perkhidmatan awam tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mereka yang terlibat tetapi tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan di mahkamah.
Hukuman penjara dan sebat mandatory mesti dilaksanakan
Harta didapati secara haram perlu disita dan dirampas
Hukuman berat menjadi pengajaran kepada pesalah malah menjadi amaran kepada yang lain

2. Penyeliaan dan kawalan ketat terhadap urusan institusi

Agensi kerajaan yang mungkin terdedah kepada gejala rasuah atau penyelewengan, penyeliaan oleh pegawai atasan atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Institusi kewangan pula, segala kelemahan dalam transaksi kewangan perlu dikenal pasti dan di atasi
Segala kelonggaran prosedur kerja yang mungkin terdedah kepada jenayah harus dikemaskinikan
Misalnya kawalan ketat dapat mencegah pegawai bank daripada melesapkan wang bank

3. Peluasan kuasa badan pencegah jenayah kolar putih

Pembesaran organisasi Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja dan SPRM
Penjenayah yang merupakan professional dalam bidang mereka
Penipuan dan penyelewengan amat halus dan sukar dikesan
Pakar dalam siasatan dalam bidang-bidang khusus harus ditambah untuk mencegah jenayah kolar putih ini
Bilangan pegawai SPRM dan polis yang pakar dalam bidang undang-undang dan perakaunan perlu ditambah

4. Didikan agama dan moral

Merupakan ubat mujarab, iman yang kukuh akan melindungi kita daripada  melakukan kemungkaran
Nilai kejujuran dan amanah akan berakar umbi dalam diri
Keutuhan keimanan seseorang dapat menentang nafsu haloba ingin cepat kaya dan pilih kasih
Takut kepada pengadilan Tuhan di akhirat akan menyedarkan bahawa kekayaan duniawi hanya sementara

5. Kesedaran kesan buruk

Keinsafan diri melalui kempen kesedaran, jenayah ini merugikan semua pihak termasuk diri sendiri.
Natijahnya akan menjauhi diri seseorang itu melakukan dan menjauhi perbuatan terkutuk
Ketua jabatan akan bertindak tegas terhadap pegawai yang melakukan penyelewengan dalam tugas tanpa pilih kasih
Pelaksanaan integriti dalam pekerjaan
Nasihat dan teguran SPRM dan kerjasama sepenuhnya apabila diminta


Langkah dan tindakan pihak kerajaan dan kerjasama masyarakat untuk memerangi serta membanteras rasuah sehingga ke akar umbi amat dialu-alukan. Tindakan itu memerlukan kesunguhan dan komitmen daripada semua pihak.

p/s: ini adalah maklumat yang dapat kongsikan bersama-sama anda semua......ini kerana saya melihat jenayah kolar putih merupakan post yang paling popular  oleh itu saya kongsi kesemua maklumat yang saya perolehi......harap dapat digunakkan dengan sebaik-baiknya.....

TEKNOLOGI AEROANGKASA




Assalamuailaikum......Hari-hari yang di tunggu semakin menjelang tiba....oleh itu saya nak berkongsi sedikit maklumat mengenai Areoangkasa....saya pasti bila anda mendengar mengenai areoangkasa , anda pasti teringat dengan angkasawan pertama Malaysia Datuk  Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.Justeru itu saya nak memastikan rakan-rakan semua faham apakah yang cuba dilaksanakan oleh kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).....
Baca atrtikel yang saya perolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai..

TEKNOLOGI AEROANGKASA


Penerokaan angkasa lepas sememangnya berperanan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan khususnya bidang perubatan. Justeru, Malaysia tidak terkecuali dalam membangunakn teknologi aeroangkasa dengan menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007. Angkasawan pertama Malaysia telah berlepas ke stesen angkasa antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Okober 2007.Program misi angkasa Melaysia yang dibuat dengan usahasama dengan RSA menelan belanja RM90 juta (AS$25juta). Hal ini  adalah timbal balik atau pakej pembelian bersama-sama 18 jet pejuang Rusia jenis Sukhoi Su-30 MKM.

Tujuan:
1) Angkawasan negara ke sana adalah kerana dengan tujuan ingin melakukan penyelidikan di angkasa lepas berkaitan dengan bidang sains,teknologi dan astronomi. Kesannya, penyelidikan ini sedikit sebanyak dapat saintis negara dalam merumuskan beberapa formula yang boleh diguna pakai demi kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan. Lanjutan daripada itu, keupayaan rakyat Malaysia dalam bidang sains dan inovasi dapat ditingkatkan lagi menerusi program ini.

2) Peningkatan kapasiti dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting. Khusunya, dalam bidang ilmu yang strategik seperti ilmu sains dan teknologi angkasa. Malah untuk bersaing dengan negara-negara maju, masyarakat seharusnya menguasai pelbagai cabang sains dan teknologi yang ada termasuk teknologi angkasa. Kejayaan proggram angkasawan negara merupakan pelaburan awal Malaysia untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Selepas negara mencapai kemerdekaan selama lima dekad program ini seharusnya layak dilaksanakan kerana mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai anjakan minda dalam dalam bidang Penyelidikan Oleh Angkasawan Negara Di ISS
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar telah berjaya melaksanakan tiga penyelidikan di angkasa lepas.

1) Penyelidikan perubatan
a. Penyelidikan dua jenis sel barah iaitu barah hati dan leukemia
b. Penyelidikan dua jenis bakteria iaitu Helicobacter Pylori dan Acnebactor
c. Penyelidikan dua jenis protein yang berbentuk kristal iaitu thermostable lipase dan cold active lipase.

a) Penyeldidikan sel barah atau kanser penting bagi mencari penemuan baru yang memungkinkan rawatan baru dapat ditemui memandangkan penyakit tersebut menjadi ancaman pembunuh keempat atau 40,000 kes setahun. Kajian yang dilakukan ialah mencari impak mikrograviti dan radiasi ke atas mutasi genetik dan ekspresi gen, pertumbuhan tiga dimensi sel dan mekanisme ketahanan ubat-ubatan.

b) Penkristalan Protein. Tujuan penyelidikan ini ialah menggunakan keunikan persekitaran mikrograviti untuk menghasilkan kristal proterin yang bermutu tinggi selain memahami aspek pembentukan kristal dari protein. Keadaan graviti di bumi mempengaruhi pembentukan kristal dan strukturnya dengan kata lain mikrograviti boleh menawarkan persekitaran yang sesuai untuk pengkristalan. Ketiadaan kesan graviti di angkasa lepas akan menghalang sedimentasi dan perolakan yang menggangu pertumbuhan kristal.

c) Bakteria. Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji sama ada tahap kerintangan kedua-dua bakteria ini terhadap antibiotik meningkat ataupun tidak semasa berada di angkasa. Sekiranya kerintangan terhadap antibiotik meningkat, kebarangkalian bakteria tersebut menghasilkan enzim atau protein baru yang dapat merencatkan aktiviti antibiotik tersebut. Enzim atau proterin inilah akan di ekstrak dan dikaji selanjutnya. Satu lagi objektif kajian ialah untuk mengkaji sama ada kedua-dua bakteria ini akan mencapai kepadatan populasi maksimum pada penghujung fasa pertumbuhan semasa di angkasa berbanding di bumi.


Kepentingan bidang Aeroangkasa kepada negara:

1) Meningkatkan imej negara di mata dunia (laras sastera)
Pelancaran MEASAT telah mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dan meyakinkan negara lain bahawa Malaysia adlaah sebuah negara yang berkebolehan dan berjaya.
Kejayaan dalam bidang penerokaan aeroangkasa memberikan imej baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara. Fenomena ini menunjukkan Malaysia mempunyai teknologi canggih dan mampu melangkah jauh dalam bidang ini setanding dengan negara maju lain. Selaras dengan wawasan 2020, masyarakat yang lebih bermaklumat, saintifik, progresif dan inovatif dan berpandangan jauh. Memacu keupayaan Teknologi maklumat dan komunikasi negara yang merupakan medium penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

2) Menyemarakkan minat generasi muda dalam industri penting ini.
Program angkasawan akan menjadi pemangkin atau 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasaawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains dan teknologi akan bercambah.
Duta angkasawan ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz Khaleed menjadi 'duta angkasa' menjelajah ke sekolah-sekolah untuk memperkenalkan bidang aeroangkasa dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) bagi menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara. Diharapakan ilmu dan teknologi yang dipelajari di sekolah dan universiti berakhir di pasaran menjadi produk menjana pekerjaan yang akan diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi. (laras sastera)

3) Menambah pendapatan negara dan meransang ekonomi. (Laras sastera)
Malaysia dapat menjimatkan kos penyewaan satelit yang berjuta-juta ringgit sebelum ini. Malaysia pada masa itu bergantung kepada satelit negara lain seperti Palapa di Indonesia dan satelit SITE di India. Dengan pelancaran satelit negara seperti MEASAT-3, 85 peratus kapasitinya telah habis dilanggan walaupun tidak sampai tiga tahun ia dilancarkan manakala MEASAT-3a semasa pelancarannya telah pun mempunyai pelanggan. Dengan pengukuhan satelit MEASAT-3, dijangka perolehan syarikat meningkat kepada RM350 juta setahun.
Jumlah yang dijimatkan boleh digunakan bagi tujuan pembangunan lain seperit dalam bidang pertanian, perindustrian dan sebagainya.
Selain itu, kebanyakan peniaga dan pedagang dapat menjalankan perdagangan antarabangsa melalui internet dan emel. urusan perdagangan tidak terhad di satu tempat sahaja dan dapat menjimatkan masa. Secara tidak langsung, mereka dapat menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya merangsang ekonomi negara.

4) Dapat membawa masuk kepakaran atau teknologi asing
Kepakaran dalam dunia aeroangkasa telah membolehkan Malaysia mendapatkan ilmu penyediaan latihan angkasawan,peralatan, pengangkutan dan kejuruteraan aeroangkasa seperti ISS.
Institut Sains Angkasa (ANGKASA) terlibat dalam pembuatan mikrosatelit TIUNGSAT-1 yang dibangunkan melalui program latihan dan pindahan teknologi antara Astronautic Technology (M) Sdn Bhd dan Surrey Satellite Technology United Kingdom.
Penghantaran angkasawan pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz menerusi usahasama dengan Russia dan AS, membolehkan kita mempelajari dan mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara.

5) Dapat meningkatkan ciptaan dan kemajuan sains angkasa lepas.
Pelancaran mikrosatelit buatan Malaysia pertama iaitu RAZAKSAT pada 2008 iaitu dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Astronoutic Technology (M) Sdn Bhd ATSB dengan kerjasama dua hala bersama sebuah syarikat Korea, SaTRec Initiative (SI) Co. Ltd.
Penciptaan produk sistem AWAS- Sistem Amaran Pelanggaran Pesawat Kos rendah. AWAS nbekemampuan membantu juruterbang mengemudi pesawat semasa cuaca buruk.
ANGKASA , Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan produk seperti SPRAT (Space Radiation Analysis Tool) dan simulators SPS-Leo Terselindung. SPRAT merupakan pakej perisian untuk analisis sinaran angkasa berasaskan eksperimen penjelajahan sinaran kosmik atas mikro satelit TIUNGSAT-1
ANGKASA, UKM telah memperkenalakan satu teknik inovatif untuk menggantikan kabel gumpal yang menghubungkan subsistem satelit menggunakan teknologi Bluetooth telah dibangunakan. Sistem ini di kenali sebagai Connectooth CRA (Radio Comm Anthena and Aerospace)

6) Memajukan bidang perubatan
Ujian-ujian perubatan dijalankan di angkasa boleh menghasilkan ubat-ubatan baru bagi mencegah pelbagai penyakit moden. Angkasawan Malaysia, DR Muzhaphar Shukor telah menjalankan ujikaji perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan di makmal terbaik iaitu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) . Pemahaman tentang perkara ini adalah penting untuk misi-misi penjelajahan manusia ke planet-planet lain pada masa hadapan.
Penghasilan enzim/vaksin yang dijalankan di angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.
Perkembangan bidang telekomunikasi membolehkan pembedahan dilakukan tanpa kehadiran doktor pakar dengan menggunakan tele-perubatan/tele-sidang video (pembedahan jarak jauh)

7) Kemajuan dalam bidang telekomunikasi.
Kemajuan sains angkasa lepas meningkatkan ciptaan dan pelancaran satelit komunikasi yang memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, tv,telefon, tele sidang dan data-data komputer dihantar ke setiap pelusuk dunia. Juga berlaku perkembangan teknologi komunikasi seperit satelit, GPRS, dan penunjuk arah dan sebagainya. Maklumat kini dihantar dari permukaan ke satelit sebelum dihantar kembali ke kawasan lain di bumi. Masa yang diambil juga lebih cepat berbanding cara tradisional seperti pos. Kegunaan satelit yang dinamakan wireless system yang sekarang diterapkan dalam telefon selular. -manusia dapat bekomunikasi di mana jua.
8) Kerjasama saintifik di ISS bukan sahaja suatu projek sebuah negara tetapi lebih mewakili pencapaian manusia sejagat
- Melibatkan kerjasama antarabangsa pada tahap tertinggi yang akan membantu kepada penjelajahan manusia seterusnya ke angkasa lepas.
- Sebagai contoh, kerjasama antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Rusia baru-baru ini.

9) Cuaca
- Mengetahui perkara yang bakal berlaku seperti tsunami, keadaan cuaca dan ribut taufan.
- Membantu para pelayar tentang keadaan cuaca

10)Pengesanan Sumber Galian
- Melalui teknologi aeroangkasa sumber-sumber galian seperti petroleum, bijih timah, bijih besi dan gas asli dapat dikesan


LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG INI

1)Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau badan-badan yang lain.
- Melibatkan keperluan untuk memahami bumi itu sendiri.
- Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan rekod tentang kehidupan di aeroangkasa.
- Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan kehidupan ini daripada sudut pandangan sains

2) Teknologi Telekomunikasi semakin berkembang
- Seperti satelit, GPRS, penunjuk arah dan sebagainya.
- Negara akan dapat menjimat pengaliran ke luar negara kerana tidak perlu lagi menyewa saluran satelit asing. Hal ini sekali gus menjaga tahap ekonomi negara.
3) Bidang Pendidikan
- Pengenalan mata pelajaran berkaitan aeroangkasa di sekolah dan kursus aeroangkasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti yang diwujudkan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),UPM 
4) Membawa masuk kepakaran atau teknologi asing
- Kepakaran dalam dunia aeroangkasa telah membolehkan Malaysia mendapatkan ilmu penyediaan latihan angkasawan, peralatan, pengangkutaan dan kejuruteraan aeroangkasa seperti di ISS.
5) Menghantar rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu teknologi aeroangkasa
- Menghantar angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz.
- Menghantar para pelajar untuk mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara seperti Rusia dan Amerika Syarikat. Program Angkasawan akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah

Dua angkasawan ini , Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menjadi 'duta angkasa', menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) dapat menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa
Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.




Monday, October 22, 2012

Insomnia



Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.


Gejala-gejala

  • Kesukaran untuk tidur.
  • Tidur yang putus-putus atau resah.
  • Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
  • Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
  • Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-punca
  • Tekanan dan kerisauan
  • Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
  • Persekitaran baru – cth : Berpindah ke rumah baru.
  • Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh     penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
  • Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
  • Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
  • Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
  • Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
  • Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
  • Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
  • Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
  • Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
  • sebaliknya, ambil minuman bersusu.
  • Bersenam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
  • Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
  • Baca sebuah buku yang membosankan.
  • Dengar muzik yang lembut.
  • Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
  • mengganggu aktiviti harian anda.
  • Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
  • Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
  • Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
  • Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.
  • Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.
  • Hidup dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayaan untuk tidur.
Sumber : e-farmasi















Satu lagi penyakit ganguan tidur tapi malang saya hanya mempunyai artikel berbahsa inggeris....saya akan berusaha mencari dan mengedit artikel tersebut ke dalam bahasa melayu
Fatal familial insomnia (FFI) is a very rare autosomal dominant inherited prion disease of the brain. It is almost always caused by a mutation to the protein PrPC, but can also develop spontaneously in patients with a non-inherited mutation variant called sporadic Fatal Insomnia (sFI). FFI has no known cure and involves progressively worsening insomnia, which leads to hallucinations, delirium, and confusional states like that of dementia. The average survival span for patients diagnosed with FFI after the onset of symptoms is 18 months.
The mutated protein, called PrPSc, has been found in just 40 families worldwide, affecting about 100 people; if only one parent has the gene, the offspring have a 50% chance of inheriting it and developing the disease. The first recorded victim was an Italian man, deceased in Venice in the year 1765.
The age of onset is variable, ranging from 18 to 60, with an average of 50. However the disease tends to prominently occur in later years, primarily following giving birth. The disease can be detected prior to onset by genetic testing. Death usually occurs between 7 and 36 months from onset. The presentation of the disease varies considerably from person to person, even among patients from within the same family.
The disease has four stages, taking 7 to 18 months to run its course:
The patient suffers increasing insomnia, resulting in panic attacks, paranoia, and phobias. This stage lasts for about four months.
Hallucinations and panic attacks become noticeable, continuing for about five months.
Complete inability to sleep is followed by rapid loss of weight. This lasts for about three months.
Dementia, during which the patient becomes unresponsive or mute over the course of six months. This is the final progression of the disease, after which death follows.
Other symptoms include profuse sweating, pinpoint pupils, the sudden entrance into menopause for women and impotence for men, neck stiffness, and elevation of blood pressure and heart rate. Constipation is common as well.


In late 1983, Italian Neurologist/Sleep expert Dr Ignazio Roiter received a patient at the University of Bologna hospital's sleep institute. The man, known only as Silvano, decided in a rare moment of consciousness to be recorded for future studies and to have his brain harvested for research in hopes of finding a cure for future victims. As of 2012, no cure or treatment has yet been found for FFI. Gene therapy has been thus far unsuccessful. While it is not currently possible to reverse the underlying illness, there is some evidence that treatments that focus solely upon the symptoms may improve quality of life.
It has been proven that sleeping pills and barbiturates are unhelpful; on the contrary, in 74% of cases they have been shown to worsen the clinical manifestations and hasten the course of the disease.
One of the most notable cases is that of Michael Corke, a music teacher from Chicago, Illinois. He began to have trouble sleeping almost immediately after his 40th birthday in 1991; following these first signs of insomnia, his health and state of mind quickly deteriorated as his condition worsened. Eventually, sleep became completely unattainable, and he was soon admitted to the state hospital. Medical professionals, at first unsure of the nature of his illness, initially diagnosed multiple sclerosis; in a bid to provide temporary relief in the later stages of the disease, physicians induced a coma with the use of sedatives, to no avail as his brain still failed to shut down completely. Corke died in 1992 a month before his 41st birthday, by which time he had been completely sleep-deprived for six months.
One patient was able to exceed the average survival time by nearly one year with various strategies, including vitamin therapy and meditation, using different stimulants and narcoleptics and even complete sensory deprivation in an attempt to induce sleep at night and increase alertness during the day. He managed to write a book and drive hundreds of miles in this time but nonetheless, over the course of his trials, the patient succumbed to the classic four-stage progression of the illness.
In the late 2000s, a mouse model was made for FFI. These mice expressed a humanized version of the PrP protein that also contains the D178N FFI mutation. These mice appear to have progressively fewer and shorter periods of uninterrupted sleep, damage in the thalamus, and early deaths, similar to humans with FFI.

diharapkan anda semua dapat menghebahkan penyakit ini walaupun sehingga 2005 hanya 29 kes sahaja yang dilaporkan di seluruh dunia....secara ringkasnya, penyakit ini merupakan penyakit berkaitan gene dan sehingga sekarang masih belum ada penawar untuk mearawat pesakit ini....Pada dasarnya penyakit ini lebih kuat diwarisi oleh generasi yang terlibat tapi kita sebagai manusia hendaklah bersyukur kerana kita semua tiada maslah untuk tidur tapi bagi peaskit ini FFI  mereka menemui ajal kerana mereka tidak cukup tidur......fikir-fikirlah.....



skema pengajian am 2012

Kepada Rakan-rakan Pre-universitiy di Malaysia
saya ingin berkongsikan kepada anda semua kompilasi lengkap skema Jawapan percubaan Negeri di seluruh Malaysia bagi mata pelajaran Pengajian Am kertas 2......tertumpu kepada karangan laras sastera dan sains sahaja
Diharapkan rakan-rakan pelajar dapat memanfaatkannya dan digunakan skema ini dengan sehemah-hemahnya..
Disni saya Link PDF fail jikalau anda ingin mendownloadnya dipersilakan......
Tujuannya hanyalah semata-mata ingin berkongsi.....
saya doakan anda semua berjaya dalam peperiksaan yang hampir tiba ini......... wasalam.....

Tanya Sama Itu Hud-Hud

Lama sudah ku tinggalkan blog kesayangan aku ini....bukan merajuk tapi ada tugas yang lebih penting....penentu masa depan .....
disini saya nak berkongsi satu artikel daripada satu forum di sini . Amat menarik bagi sesiapa yang meminati kesusasteraan melayu lama....

"Meski lagu ini berentak  rancak, ia berjaya membuatkan saya mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita  tengok lirik lagu tersebut:


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikut isunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah(lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap  ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Si muraq. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh klik sini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara  melihat dari mata burung, with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini


Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari


Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!

Hm,amacam? ada rasa gementar tak? Semoga kita juga berjaya temui hakikat kehidupan. Berjaya mengenal Pencipta sekaligus mengenali diri sendiri.InsyaAllah."


teks asal berasal dari sini....Jangan Lupa Klik 
Saya bukanlah penulis asal artikel ini tapi berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang membaca blog ini.....

Wednesday, September 19, 2012

Psikik

Salam semua pembaca.....saya sekarang sedang melayan satu drama yang ditayang di TV1.....Psikik menarik apabila mendengar perkataan ini walaupun bukan semua orang mempercayai atau mengetahui wujudnya golongan psikik ini bukan mengiyakan, bukan juga menidakkan perkara-perkara ini cuma mengajak kita berfikir inilah Kuasa Tuhan yang Maha Esa mungkin ada golongan ini cuma tidak tahu kebenaran itu direka atau diteka semata-mata ......okeylah macam dah banyak melalut terus kepada perkara pokok yang ingin saya sampaikan mengenai drama psikik ini.....drama ini mengisahkan seorang gadis bernama sukma atau nama sebenarnya shima(miera liyana) yang mempunyai kuasa psikik dan baru sedar daripada koma (10 tahun). sukma mempunyai seorang abang tiri iaitu hakimi dan mereka berdua dijaga oleh pak azam (tak silap saya pekerja kepada bapa sukma dan hakimi).....Sukma sekarang membantu abangnya yang juga seorang anggota polis menyiasat kes-kes pembunuhan dan berat dengan menggunakkan kuasa psikik yang dimiliki pada masa yang sama mempunyai seorang tutor untuk mengajar sukma iaitu cikgu irfan
                                               
cerita ini agak menarik kerana jarang dikupas oleh pengarah dan penulis skrip di malaysia..walaupun penceritaan agak lambat tapi terus-berterusan memperkenalkan sedikit demi sedikit aktiviti paranormal

okeylah kalau anda nak tonton drama psikik ini....drama ini ditayang di (TV1 Hari Jumaat Jam 2.00 petang) 
p/s: kalau tertinggal drama ini boleh anda menonton secara online di http://www.rtm.gov.my



Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......

Saya memohon maaf kepada semua yang pernah membaca blog ini andai tulisan ini menguris hati dan perasaan anda semua....selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, July 29, 2012

Peranan Sekolah Bestari


Tajuk pidato ialah peranan sekolah bestari dalam pembangunan Negara
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian
                Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
                Penubuhan sekolah bestari oleh pihak kerajaan telah meningkatkan kualiti pendidikan Negara dimana pelajar mendapat daripada pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia menerusi computer.selain itu, sekolah  juga boleh mendapat pelbagai maklumat di dunia melalui internet, siding video, e-mel menerusi rangkaian telekomunikasi yang semakin luas.Apabila kualiti pendidikan meningkat proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) supaya lebih berkesn dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar.
                Selain itu, dapat mencungkil bakat pelajar. Sekolah bestari yang diwujudkan telah memberi peluang kepada pelajar cerdas untuk belajar mengikut kemampuan mereka. Apabila mereka telah bersedia pelajar yang pintar ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi secara bebas dalam usia muda. Hal ini dapat melahirkan ramai golongan cendekiawan muda yang mampu menggantikan golongan cendekiawan yang lama dan seterusnya membantu dalam pembangunan Negara supaya mampu bersaingan dengan Negara-negara maju yang lain.
Saudara-saudari sekalian
                Penubuhan sekolah ini menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di rantau asia tenggara dan seterusnya menjadi yang terbaik di dunia. Hal ini disebabkan kos pendidikan di Malaysia yang lebih murah dan pelajar dapat menjimatkan wang daripada mengalir ke luar Negara sebagai tukaran asing. Di samping itu, ramai pelajar dari rantau asia berpeluang melanjutkan pelajaran di Malaysia berbanding daripada tempat-tempat lain yang merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang-bilang bangsa dan agama.
                Selepas dikenali  sebagai pusat pendidikan yang cemerlang ia mampu menyediakan peluang pendidikan  diperingkat university dimana pelajar mempunyai peluang untuk mengikuti pengajaran university luar Negara tanpa perlu meninggalkan tanah air Malaysia. Apabila pelajar-pelajar telah mencapai target mereka ,program kuliah yang diguna pakai boleh digunakan secara berulang-ulang memungkinkan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan.
                Hujah yang terakhir ialah mampu menyediakan sumber manusia yang cukup dan berkualiti dimana semakin baik kualiti pendidikan Negara semakin ramai tenaga pakar dan mahir yang dihasilkan. Tambahan pula,pelajar celik computer dapat dihasilkan secara asasanya melalui sekolah bestari kerana mereka mampu untuk menghadapi ledekan teknologi maklumat dan bakal memenuhi keperluan koridoraya Multimedia (MSC)
                Kesimpulanya penubuhan sekolah bestari merupakan persediaan kerajaan untuk menghadapi era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin mencabar seterusnya mencapai misi dan wawasan 2020 yang dirancang Negara  

Kolokium


1.0 PENGENALAN
          Perkembangan pusat tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya sudah bermula sejak awal zaman merdeka, tetapi pertumbahannya semakin pesat sejak tahun 1980-an.  Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk pelajar-pelajar yang belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam atas.  Sehingga kini, kebanyakan pengusaha pusat tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada guru-guru sekolah kerajaan.  Pusat tuisyen ini adalah tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996.  Menurut Abdullah Othman (198), sebelum didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
          Falsafah pendidikan Negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan.  Tujuan Falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan Negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Dalam konteks pelaksanaannya, sistem pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh.  Kebanyakan pelajar berpencapaian rendah didapati mempunyai beberapa kelemahan diri seperti kadar keresahan yang tinggi, sentiasa bertindak secara defensif di hadapan pihak yang berkuasa, merasakan diri mereka diabaikan dan tidak mempunyai matlamat yang realistik.  Dalam hal ini, cabaran seorang guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar- pelajar pencapaian rendah ini

2.0 Pernyataan Masalah
          Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.  Adakah kerana pengajaran di sekolah yang lebih berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai menyebabkan pengajaran tuisyen menjadi popular?  Tidak hairanlah maka pengajaran juga tertumpu kepada kaedah yang sesuai untuk mereka.  Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana kaedah tuisyen dikatakan adalah satu cara yang cepat dan boleh menyampaikan maklumat dengan banyak.  Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran yuran yang tinggi.  Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat.  Selain itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor utama ramai pelajar mengikuti kelas tuisyen.
3.0 Objektif Kajian:
Objektif Kajian secara umumnya adalah:
1)  Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen di luar                                                                                                                                                           2)  Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
3)  Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan mereka mengikuti kelas tuisyen.
4.0 Kepentingan Kajian:
i.                   Dapat mendatangkan manfaat kepada pendidik-pendidik.
ii.                 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar sekolah mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen.
iii.              Mengenalpasti keperluan pelajar dalam pembelajaran.
iv.              Membantu mengurangkan paksaan serta tekanan pelajar.
5.0 DEFINISI KONSEP
Sebelum menyorot lebih mendalam tentang tajuk, terlebih dahulu kami ingin memberikan definisi tentang beberapa konsep ;
Persepsi                                                                                                                                
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 1025), persepsi merupakan                                        gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan                                 (menerusi pancaindera) atau tanggapan .
Pensyarah                                                                                                                             
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1065), pensyarah ialah orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah atau guru di universiti, orang yang memberikan kuliah.
Pelajar                                                                                                                              
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1035), pelajar bermaksud orang yang sedang belajar, mengkaji, menyelidik, murid sekolah, pelajar maktab atau universiti.
Faktor
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002 ; 348) ,bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
Mendorong
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 712) bermaksud memberangsangkan , mempengaruhi dan menyebabkan (jadi sesuatu).


Tuisyen
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005 : 1723) merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran atau subjek tertentu. Kesimpulanya Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap faktor yang mendorong pelajar menghadiri Kelas Tuisyen dapat ditakrifkan sebagai pandangan pensyarah dan pelajar terhadap sebab yang mempengaruhi pelajar menghadiri kelas bimbingan tambahan .
6.0 METODOLOGI
6.1 Pemilihan Sampel :
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.  Kategori pelajar ini dipilih dengan anggapan :
1)Mereka boleh memahami dan menjawab soal selidik yang diberikan dengan baik.
2)Mengikut kelas tuisyen telah menjadi satu ‘budaya’ dalam kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam Malaysia.
Jumlah pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Kluang yang mengikuti kelas tuisyen adalah sebanyak 104 orang.  Penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang pelajar.  Jumlah guru yang mengajar Pra-U adalah sebanyak 32 orang manakala penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang guru.
6.2 Instrumen Kajian
          Kajian yang dijalankan suatu kajian penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang dibuat secara kajian kes.  Deskriptif adalah penulisan untuk menerangkan satu keadaan atau situasi secara bersistem dan fakta dengan tepat.  Oleh itu, penggunaan soal selidik adalah satu kaedah yang  paling sesuai dalam pengumpulan data kerana kaedah analisis datanya mudah dilakukan berbanding dengan kaedah pemerhatian langsung yang memerlukan kemahiran terlatih serta masa yang lama.
6.3 Skop dan Batasan Kajian:
i.                   Hanya tertumpu kepada pelajar Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
ii.                 Responden merupakan pelajar aliran Sains Tulen (Fizik dan Biologi)
iii.              Tertumpu kepada pensyarah Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
iv.              Pelajar aliran sastera dikecualikan daripada kajian
7.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian lepas yang berkait tentang persepsi pensyarah dan pelajar terhadap faktor- faktor yang mendorong pelajar menghadiri kelas tuisyen.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Faridah Bt Baharudin (2005) di dalam kajiannya iaitu faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen bahasa inggeris di pusat-pusat tuisyen. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen bahasa Inggeris di sekitar zon keramat,Kuala Lumpur. Mendapati pelajar-pelajar menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris kerana pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan minat pelajar itu sendiri.
Siti Asiah dan Syaiful Izham (2009) dalam kajiannya untuk menentukan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan 5 mengambil tuisyen di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah menengah kerajaan atau swasta yang mengikuti kelas tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di Taman Universiti,Johor. Mendapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah.    
Azizi Yahya dan Hii Ching Ling (2005) dalam kajiannya untuk melihat persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 387 orang pelajar dari dua belas buah sekolah menengah teknik dan berasrama penuh di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas tambahan.
Secara keseluruhannya, kajian lepas melaporkan bahawa keberkesanan pengajaran guru di sekolah menjadi faktor utama pelajar menghadiri kelas tuisyen di luar mahupun di sekolah. Walau bagaimanapun, pengambilan sampel bagi setiap kajian hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah aliran perdana (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil sampel yang terdiri daripada pelajar pra-universiti untuk melihat persepsi dan juga faktor penggerak pelajar menghadiri kelas tuisyen.  

p/s: klik untuk melihat slide show
Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap Faktor yang mendorong Pelajar Ke Pusat Tuisyen

Lilypie Kids Birthday tickers