Sasterawan merupakan
sebilangan insan seni yang dapat menyumbangkan idea-idea mereka dalam bentuk
yang kreatif.Malah mereka sangat peka terhadap perubahan alam sekeliling dan
dapat menyampaikanya dalam bentuk kreatif yang menarik perhatian dan minat orang
yang membaca mahupun melihatnya.Mereka memainkan peranan yang penting dalam
penyatuan dan pembangunan sosioekonomi Negara Malaysia.
Sasterawan amat sensitif terhadap masalah
yang timbul dalam kalangan masyarakat.Antaranya kemiskinan,masalah setinggan
dan penidasan terhadap golongan yang tidak berkemampuan.Mereka berusaha
menyedarkan masyarakat supaya mencari jalan penyelesaian melalui karya-karya
mereka seperti cerpen,sajak,novel dan lain-lain medium.Contoh karya sasterawan
yang menyentuh isu penidasan ialah novel “Dihadapan Pulau”karya A.Samad Said
yang pernah menjadi silibus penting dalam kompenan sastera yang diajar kepada
pelajar tingkatan 4.
Selain itu,pada zaman penjajahan dahulu,
sasterawan berperanan untuk menuipkan semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat untuk menentang penjajah. Antara hasil karya penulisan sasterawan
Negara ialah seperti novel “Putera Gunung Tahan”karya Pak Sako yang
menceritakan rakyat negeri Pahang habis-habisan memerangi penjajahan oleh
british melalui tokoh nasionalisme seperti Dato Maharaja Lela dan
lain-lain.Pada zaman tersebut juga karya sastera merupakan satu-satunya bahan
hiburan serta pengetahuan kepada rakyat pada zaman itu.
Tambahan pula, karya terbabit telah berjaya
menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.Melalui semangat cintakan
tanah air serta berusaha mencapai kemajuan dalam segenap lapangan yang
diceburi.Hal ini dapat dibuktikan melalui karya novel “INTERLOK” yang
menceritakan kisah penyatuan tiga kaum iaitu melayu,cina dan india untuk
mengharungi zaman kepayahan kesan zaman penjajahan terhadap tanah melayu.
Memperkembangan dan memperkayakan hasil
seni dan budaya masyarakat Negara Malaysia.Sasterawan ini menyelitkan sedikit
sebanyak maklumat berkaitan hasil seni dan juga budaya masyarakat setempat di
dalam karya mereka.Contohnya novel Änak Din Biola”yang mengisahkan semangat jua
seorang anak muda untuk mengembangkan bakatnya dalam seni muzik melalui
biola.Selain itu,mengunakan alatan seni muzik dalam karya mereka untuk
mengambarkan serta memberikan penjelasan terhadap sesuatu isu.
Kesimpulanya,kebanyakan karya sastera ini
bersifat patriotik,sikap cintakan tanah tumpah darah kita.Karya ini seharusnya
diteladani dan diharapkan dapat memberi bentuk hiburan,pengetahuan serta
pendidikan untuk membentuk sebuah masyarakat yang terpelajar serta cemerlang
dalam apa jua aspek yang diceburi.
p/s:dulu aku buat pakai point2 je..skrg nah aku bagi karangan okey...kalo tak okey pndai2 ubah sendiri okey.... :D