Assalamulaikum kepada anda semua....Tahun Baru 2013 semakin hampir menjelang tiba cikgu-cikgu sekolah sudahpun memulakan tugasan mereka ,Ibu bapa sudah lengkapkan uniform sekolah anak-anak mereka ,buku-buku latihan dan rujukan ,alat tulis ,kasut dan pelbagai lagi kelengkapan untuk menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang tidak lama lagi serta kakitangan-kakitangan awam mahupun swasta sudah siap sedia untuk memulakan tugasan mereka dengan semangat tahun baru 2013 dan pelbagai lagi peringkat dan golongan umur yang berlainan dan perbezaan keadaan tempat kerja mereka......namun itu semua hanyalah pandangan saya yang melihat perkara ini dengan skop yang lebih kecil tapi saya beranggapan semua peringkat umur manusia ,masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri.
Sebelum saya mengundur diri ingin saya berkongsi pengalaman percutian saya selama 7 Hari untuk akhir tahun 2012...
Antara tempat yang saya lawati atau kunjungi ialah
Sebelum saya mengundur diri ingin saya berkongsi pengalaman percutian saya selama 7 Hari untuk akhir tahun 2012...
Antara tempat yang saya lawati atau kunjungi ialah
- Putrajaya
- Kajang
- Semenyih
- Sungai Ramal
- Subang Jaya
- Kuala Kangar
- Taiping
- Cameron Highland
- Ipoh
sebenarnya saya sudah taip hampir kesemua tempat yang saya dan keluarga sudah lawati tapi bukanlah terlalu spesifik hanya untuk pengetahuan anda semua
okey pengalaman di 4 tempat yang pertama dari senarai di atas adalah tempat biasa yang saya dan keluarga kunjungi....lebih tertumpu kepada saudara serta keluarga angkat yang tinggal berdekatan situ.secara keseluruhanya kawasan di atas telah banyak berubah semenjak kali terakhir kami tiba di sana hampir 7 bulan yang lepas.
subang jaya adalah tempat yang kami lawati seterusnya tapi sama seperti aktiviti di atas kami melawat saudara yang tinggal di subang jaya....tempat yang sesak dan penuh dengan pembangunan..*kalau pertama kali tiba di subang Jaya sentiasa rujuk kepada papan tanda untuk tiba di destinasi pilihan anda walaubagaimanapun lagi mudah dan cepat jikalau anda menggunakan GPS (Global Position System) kalau tak silap saya.....untuk elak dari tersesat dan terperangkap berjam-jam lamanya
Kuala Kangsar dan Taiping merupakan tempat yang penuh dengan tempat-tempat menarik antaranya muzim-muzim diraja dan kraftangan terutamanya di Kuala Kangsar (Bandar Diraja). Manakala di taiping saya syorkan anda berjalan kaki mengelilingi bandar taiping terutamanya dikawasan zoo Taiping & Night Safari ,Tasik dan banyak lagi tempat untuk menenangkan fikiran.......
Cameron Highland....adalah salah satu tempat tumpuan untuk musim cuti sekolah atau untuk merehatkan minda walaubagaimanapun buat masa ini saya cadangkan anda mencari tempat percutian lain terutama pada musim cuti sekolah kerana masalah kesesakan lalulintas yang teruk....perjalanan yang memakan masa hanya 10 minit menjadi 1 hingga 3 jam kerana sikap para pemandu yang hanya mementingka diri sendiri sahaja...mereka berhenti di kawasan yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning , jalan utama (tengah-tengah jalan) ada taktik yang paling seronok ialah buka bonet kereta dan letak segi tiga berlampu tapi langsung tak ada orang yang tunggu siap kunci kereta lagi....kenapa saya cerita hal ini.....pasti ada yang tidak percaya tapi yakinlah itulah antara kejadian yang sempat saya saksikan sepanjang 3 hari 2 malam di Cameron Highland.....*pastikan membuat tempah hotel,homestay,chalet,resort dan bilik sewa sebulan atau lebih awal untuk memastikan anda tidak berkesudahan tidur di dalam kereta di cameron highland kerana anda pasti tak ini hal itu berlaku kerana saya dah merasainya sendiri...betapa sejuk dan tak selesa untuk anda melelapkan mata...(setiap 1 jam adik saya akan bangun kerana kesejukan)
Lawatlah Sungei Palas BOH plantation,Gunung berincang,Ladang strawberi berhampiran Rumah Persekutuan dan banyak lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi
Ipoh.....Sunway City Ipoh (The Lost World Of Tambun).....tempat yang menarik ada hot spring mini zoo monster waterslide dan tempat permainan kering yang pasti mengecutkan jantung anda semua.....
okeylah rasanya cukup untuk entry kali ini..harap-harap anda semua hargai alam semula jadi yang tuhan sediakan untuk manusianya hidup dengan aman dan damai.....manfatkan masa-masa kualiti anda bersama kelurga dengan sebaik-baiknya......bertolak ansur dan saling bermaafan sesama manusia atas kesilapan yang tidak anda sedari atau sebaliknya.....Wassalamuailaikum