Sunday, January 6, 2013

Tahun Baru

Assalamulaikum...rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 bagi seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengikut-pengikut saya yang tak seberapa banyak ini. Saya pasti anda semua mempunyai matlamat dan impian yang baru untuk di capai pada tahun 2013 ini...Mungkin yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran,bekerja,berkahwin,menunaikan haji dan umrah dan lain-lain hajat yang mungkin terlintas di hati dan minda anda sekarang..

Tahun 2012, saya akhiri dengan memulakan kelas memandu saya (KPP) dan membuat keputusan untuk bekerja di tempat yang sama pada 2 tahun yang lepas...jikalau anda ingin tahu sila baca entry-entry saya yang lepas...

Saya mulakan tugas saya di tempat kerja pada hari pertama persekolahan sesi tahun 2013 bermula 2/1/2013 iaitu hari Rabu yang lepas...tidak banyak yang berubah tapi kerja saya makin bertambah disebabkan Bos saya telah mengaji pekerja baru yang masih belum mahir dalam selok-belok berkaitan.....Tanggapan pertama saya semasa saya mulakan tugas saya "English Stail" tapi itu semua tidak merubah apa jua yang biasa

Sebenarnya saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua tapi saya berasa lebih baik biar saya dan orang di sekeliling saya sahaja yang tahu walaupun mengetahui perkara seperti seharusnya di kongsi dengan anda semua sebagai iktibar dan pesanan agar kita jangan lupa akan siapa diri kita yang sebenarnya.....



Lilypie Kids Birthday tickers