Thursday, December 23, 2010

Pulau Aman


PULAU AMAN,PENANG

Pulau Aman in Bahasa Malaysia means "island of peace" and its name suggests, it is the gateway to tranquility and serenity. Situated on an island covering an area of 288 acres, it is 2.5 nautical miles from the mainland just off the coast of Seberang Perai's southern district. The nearest town is Bukit Tambun.

An idyllic fishing village with a population of only three hundred, the majority of people on Pulau Aman are elderly folks and laughing, carefree children. Life on Pulau Aman is simple and traditional with man and nature of co-existing in harmony with one other. Here the warmth of the sun is only rivalled by the warm friendliness of the locals.

Fishing, water sports and jungle trekking are some of the popular activities of holiday-makers on the island. Places of interest, each with their own fascinating story to tell, await the exploration of the adventurous.

Places of Interest

Some stones resembling gold were once found at "Telaga Emas". This well is unique because it never runs dry even during the worst drought and its water continue to remain fresh even when mixed with sea water. "Batu Perompak" literally means "Pirate's Rock" and in the olden days it was the haunt of pirates who plundered the waters around the island.

There is also an old grave at the top of the hill near Batu Perompak which is believed to be the final resting place of a pirate chief called Panglima Garang. Near the beach of Pulau Gedong is "Gua Lanun" or "Pirates' Cave" where pirates sheltered and hoarded their loot.

this was not my story.....other story

Friday, December 17, 2010

Kampung Pening-Pening Lalat part 2

Baiklah.....mari kita sambung ceritera kita tentang penduduk kg. yang pelik itu.
sesudah nieza,wanie,dan syafiq, kita teruskan dengan fadzli pula atau lebih dikenali dengan "elly" macam nama perempuan pula.okey,elly dalam kg. ini sungguh lantang berkata-kata bak seorang ahli politik dalam dewan parlimen yang sedang berbahas....jikalau anda semua nak tahu elly sebenarnya seorang yang pendiam pada masa dahulu semasa dizaman sekolah rendah hinggalah awal zaman persekolahan menengah tapi tak apa,sesuatu perubahan yang dibuat dalam kehidupan kita akan membawa seribu hikmah yang tersirat yang akan mengubah masa depan kita, oleh itu teruskan usaha dan kita akan sentiasa berkongsi r....(faham-faham lah).okey sekarang kita teruskan ceritera ini dengan watak atikah a.k.a jaunty.jaunty dan elly pernah digosipkan bercinta dalam kg. pening-pening lalat walaupun sebenarnya tidak tapi gaya mereka bagai burung merpati sejoli,itu sebab orang bilang mereka ini pasangan kekasih tapi rupa-rupanya hanyalah "rumor" meraka berdua sudah pun menemui cinta hati meraka,dua-dua duduk jauh tapi itukan bagus ialah untuk elakkan fitnah penduduk kampung.Jaunty terima kasih dan jaga "snicker" baik-baik
Bersambung...........

Wednesday, December 15, 2010

teka teki

terdapat tiga orang rakan,rakan yang pertama ialah buta,rakan yang kedua ialah pekak dan yang terakhir ialah bisu....Mereka tinggal di sebuah perkampungan yang terletak nun jauh di asia timur ....Pada suatu hari si pekak telah mencuri duit si buta sebanyak 100 batu emas. Perbuatan si pekak tidak disedari oleh si buta kerana dia memang buta tetapi perbuatan itu telah dilihat oleh si bisu yang mana berusha keras untuk memaklumkan kepada si buta...agaknya apakah tindakan si bisu dalam memberitahu perbuatan si pekak sedangkan si bisu tidak boleh berbicara?...Pada pandangan anda apakah cara yang paling sesuai dan sila berikan penerangan..

Kampung Pening-Pening Lalat part 1


Ini sebuah cerita yang tiada tandinganya tentang sebuah kampung yang begitu maju dan sangat canggih walaupun nama kampung nie pelik tapi penduduk-penduduk kampung ini bukan seperti yang diterima akal.....apa-apa pun mari kita teruskan dengan ceritera ini yang bertajuk (penduduk kampung yang pelik)
tersebutlah kisah.......penduduk yang penuh ragam dan gelagat,walaupun mereka keras kepala,degil dan pelbagai lagi yang tidak enak dikatakan tapi mereka tetap mempunyai sifat-sifat yang tidak ternilai dalam diri insani kini iaitu penyayang,baik hati,pemurah dan lain-lain sifat manusia...baiklah mari kita teruskan dengan kisah penghulu kg. pening-pening lalat..namanya aniza a.k.a nieza piut,nieza seorang penghulu yang sangat baik hati dan caring dengan semua penduduk kg. yang lain walaupun ada sesetengah penduduk yang memberontak dengan cara pemerintahan nieza tapi dia tetap cool and comel...organisasi kg. ini tak akan lengkap tapi seorang pembantu yang lemah-lembut,tenang dan sentiasa sabar melayan karenah penduduk yang pelik ini...namanya lain dan tak bukan ialah syazwani a.k.a wanice gembeng..walaupun dia kuat menangis, dialah pelengkap dalam kg. pening-pening lalat sebab tanpa kehadiran dia dalam mesyuarat tergempar pasti kecoh dibuatnya dan dialah yang banyak membantu nieza dalam urusan pejabat walaupun bukan kerja dia sebenarnya...keep holding on okey wani....be strong..seterusnya kita mulakan dengan penduduk kaum adam kg.pening-pening lalat yanng diketuai oleh amirul syafiq a.k.a syafiq b....t(tahu-tahu lah)..dia seorang penduduk yang berwibawa serta mempunyai misi dan visi yang sangat jauh seperti seorang juruterbang yang sedang memandu sebuah kapal terbang di awangan biru yang terbentang luas.syafiq teruskan usaha yang kuat dan semoga berbahagia disamping orang yang tersayang okey...
cerita ini akan bersambung pada......

Thursday, October 28, 2010

hari-hari terakhir

Nampaknya tidak sampai sebulan menjelang hari peperiksaan yang penting dalam hidup aku.....kebelakangan ini aku sering alpa dengan tanggungjawab yang diamanahkan di bahu ku ini...
aku juga sering kali merasa bahu kiri dan kanan semakin memberat diatas kepercayaan yang diletakan kepada aku....argh....jiwa ku terseksa tapi apa pun yang berlaku selepas ini harap aku mampu menghadapi dugaan allah swt ini.....

Saturday, September 4, 2010

raya

nampaknya raya dah nak dekat tpi sblm 2 mestilah tunaikan ibadah puasa serta solat tarawih pd mlm ary,lebih2 lgi pada mlm-mlm 10 terakhir sblm kedatangan bulan syawal yg mulia nie....

bulan syawal nie mencatatkan sejarah perjuangan umat islam dimana umat islam madinah dibawah pimpinan baginda rasulluah s.w.t menempuhi peperangan khandak yg berlaku pd 5 syawal

disebabkan peristiwa ini lah apabila tiba bulan syawal, umat islaam akan menyambut dgn meriah utk memperingati kemenangan umat islam dlm peperangan khandak ini yg mana berlarutan selama sebulan.....

oleh itu, sebagai umat islam kita hendaklah mendalami erti hari raya aidilfitri utk memperteguhkan iman didada kita

sekian.....selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin, jika ade tersilap tulis,harap tolong betulkan kerana syaa adalah manusia biasa yg sentiasa melakukan kesilapan

Friday, July 9, 2010

KaTa-kAtA Hikmah

Jadikan ia sebagai satu pendoman

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

“Life ends; when you stop Dreaming,
Hope ends; when you stop Believing,
Love ends; when you stop Caring,
And Friendship ends; when you stop Sharing…!!!”

• Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

• Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

• Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

• Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu
manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

• Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

• Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Lilypie Kids Birthday tickers