


The biggest botanical garden in Malaysia, it covers an area over 92 hectares. The park is divided into three sections - flowers, ornamental plants and preservation/ research purposes.
The garden currently has more than 700 species of flowering plants, local plants as well as plants from the Asia-Pacific and Africa regions.
The area also serves as a research centre, with its multi-purpose collection. Kids will be delighted with the huge collection and exotic flowers, and educationists will be able to see many species of plants at the research centre.
There is also a Visitors' Interpretative Centre (VIC), explorer's trail, palm hill, sun and floral gardens for visitors wishing to experience more from the Botanical Garden.
Take home some interesting collections from its quaint gift shop offering environmentally friendly souvenirs.


Terletak di Kampung Batu Putih, sejauh 41 km dari pekan Kota Kinabatangan. Agop Batu Tulug merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 -25 juga tahun. Kata ‘agop’ dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu agop suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, lintaga (tengah) dan sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12-15 m.Di dalam gua bahagian tengah dan atas terdapat lebih daripada 100 keranda kayu berukir berusia 200 – 250 tahun, yang dijaga oleh kelawar dan burung layang-layang. Anda juga boleh menyaksikan Kampung Batu Putih dari sini.
Keranda yang menyerupai pelbagai haiwan itu dikaitkan dengan kepercayaan Orang Sungai akan tetapi ada juga yang mengatakan bahawa keranda tersebut milik orang-orang Cina yang pernah menduduki kawasan ini dengan penemuan artifak Cina bersama tinggalan-tinggalan ini.
Muzium tapak sejak tahun 1996 ini mempunyai kemudahan seperti pusat penerangan, tangga laluan ke gua, tandas dan pondok untuk berehat.
sandakanSekiranya anda bersiar-siar di sepanjang Jalan Istana di Sandakan, Rumah Agnes Keith yang menjadi sebutan ramai semestinya tidak boleh dilepaskan. Dengan halaman rumput yang menghijau dan tembok papan ala kolonialnya, kediaman ini telah dipulihara oleh pihak Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Persekutuan
Kuarters kerajaan British ini yang dikenali sebagai Newlands, dahulunya telah didiami oleh penulis Amerika yang terkenal iaitu Agnes Newton Keith yang menulis Land Below The Wind pada 1939. Dua buku lain yang menuruti kejayaan buku pertama, bertajuk Three Came Home (1946) dan White Man Returns (1951). Melainkan buku yang kedua, buku Land Below the Wind dan White Man Returns telah ditulis di rumah yang terletak di atas sebuah bukit tempat beliau menikmati pemandangan indah Teluk Sandakan di sebelah hadapan dan Laut Sulu di sebelah belakangnya.
Newlands telah dibina semula sekitar tahun 1946/47 dan merupakan bangunan kayu kekal yang pertama dibina oleh kerajaan selepas Perang Dunia Kedua. Bangunan tersebut dibina di atas tapak asal rumah yang telah musnah semasa perang.
Rumah tersebut menjadi kediaman bagi Agnes dan keluarganya, Henry (yang juga dikenali sebagai Harry) George Keith, yang telah menjawat jawatan Pemulihara Hutan dan anak mereka, George. Apabila keluarga Keiths meninggalkan Sabah pada tahun 1952, rumah tersebut telah diduduki oleh Pemulihara Hutan yang menggantikannya, pegawai-pegawai perhutanan, sukarelawan dan kakitangan yang lain. Meskipun, Keluarga Keith tidak pernah kembali ke Sabah, rumah tersebut tetap dikenali sebagai rumah Agnes Keith oleh para pelawat yang tidak putus-putus datang untuk melihat rumah tersebut.
Hari ini, rumah tersebut telah dipulihara dan ditukar menjadi rumah warisan, yang menyediakan selayang pandang tentang kehidupan semasa Borneo Utara British. Rumah tersebut diberikan kemasan perabot dan antik kolonial ala kolonial. Galeri yang terdapat di tingkat pertama menerangkan kisah wanita hebat ini, buku-bukunya, dan keluarganya. Korelasi garisan masa Keluarga Keith yang bermula pada 1873 sehingga 2004, melakarkan kisah lalu keluarga ini dan kisah masa kini mereka.
“Rumah yang baru ini sangat indah. Penjelajah di seluruh dunia akan datang melihatnya, dengan membawa kamera mereka dan menjerit lihatlah!” (Agnes Keith, White Man Returns, 1951, hlm.87)
Cara ke Sana
Rumah Agnes Keith merupakan sebahagian daripada Jejak Warisan Sandakan. Dari bandar Sandakan, anda hanya perlu berjalan kaki selama 20 minit. Anda juga boleh menaiki teksi.
Ciri-ciri haiwan jantannya ialah memiliki hidung besar terjuntai, bentuk kepala kemerah-merahan yang meleper pada sebelah atas, ekor putih dan bertanda, dan perut buncit. Haiwan betinanya pula, lebih kecil dan memiliki hidung yang terlangkup ke atas.
Perjalanan menyusuri sungai boleh diaturkan untuk menyelidik lebih lanjut kehidupan monyet ini atau aktiviti memerhatikan burung, kerana burung enggang dan raja udang juga terdapat di sini. Ambillah peluang untuk membuat lawatan pada sebelah malam bagi menyaksikan babi hutan, tupai terbang, kelip-kelip dan buaya. Kepada anda yang ingin bermalam, di sini tersedia rumah persinggahan dengan 6 bilik dwi inap yang berhawa dingin dan juga asrama.
Cara ke Sana
Perjalanan ke arah Kota Kinabalu yang melalui Jalan Labuk dan membelok di Simpang SPS 3 di kilometer 23 (bersebelahan Consolidated Sabah Farms). Dari sini, taman tersebut sejauh 15 km lagi ke hadapan, melalui jalan berbatu kerikil.
Pusat ini juga menyediakan khidmat pemindahan, lawatan harian dan lawatan semalaman. Anda juga boleh menghubungi pihak pengendali pelancongan tempatan. Rujuk direktori pelancongan untuk keterangan lanjut.
Masa Pemberian Makanan
Pagi 11.30pagi hingga 1.30 tengah hari
Petang 4.30 petang hingga 6.00 petang