Monday, January 9, 2012

Manusia

Rasanya aku tak tahu nak taip apa dalam entriku kali ini....Tapi rasannya aku tahu nak taip mengenai isu apa kali....pernahkah anda semua bayangkan setiap perkara yang sedang anda lakukan diperhatikan dan sentiasa dihakimi, sentiasa menjadi bahan rujukan dan terkadang fitnah semata-mata.

Manusia sekarang amat mementingkan luaran berbanding isi hatinya yang sebenar walaupun terkadang kebenaran yang dicari amat pedih dan menambah lagi luka yang tersembunyi tapi itulah namanya kebenaran.
Bagi yang benar melonjak kegirangan tetapi bagi yang salah kekilafan mengekorinya tanpa disedarinya memakan sedikit demi sedikit jiwa dan raga seseorang.

Bagi yang mengenaliku...aku tahu walaupun aku bukan golongan mereka bijak pandai mahupun pemimpin yang berwibawa..aku yakin dengan kepercayaan yang diberi setiap mimpi mahupun angan-angan bakal menjadi kenyataan dan boleh direalisasiakan walaupun hanya seorang yang mempercayainya...

Ini bukanlah cerita mengenai falsafah mahupun cara hidup. tapi sebenarnya mata yang mempertontonkan segala kebenaran disebalik kebenaran yang mempunyai banyak tipu muslihat yang sukar dilihat oleh mata kasar.
Aku juga bukanlah  orang yang mahir berbunga-bunga apatah lagi bermain kata untuk menarik perhatian orang lain.Cuma aku berharap yang mendengar, membaca mahupun hanya melihat dapat memahaminya dengan mata hati kita....

Renung-renungkan....setiap perbuatan ada balasanya

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers