Rasanya agak terlewat untuk ucapan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang mengenali ku. Walau bagaimanapun tahun baru harus diselangi dengan azam baru ataupun mencapai azam yang lalu yang belum tertunai lagi.Bagiku tahun 2012 tahun yang penuh dengan berita yang bakal menggegar dunia dari aspek sosial hinggalah individu.
Mari kita jengah sedikit isu atau perkara menarik yang diramal akan berlaku tahun 2012 :
- Ramalan Kaum Maya yang menyatakan 31 Disember 2012 merupakan tarikh berakhir dunia ini.Cuba dalami isu melalui review dari penulis blog ini http://www.iskandarfateh.com/2010/09/bedah-buku-armageddon-2012.html
- Berlakunya desus-desus bahawanya pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung pada tahun ini.
- Sukan bertaraf dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali iaitu Sukan Olimpik 2012 yang diadakan di London.Semoga Atlet negara kita dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, antara atlet negara yang terpilih ialah Datuk Lee Chong Wei , Beregu negara malaysia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong dan ramai lagi yang akan menyusul.
- Tahun 2012 merupakan tahun lompat yang berlaku setiap empat tahun sekali dimana jumlah bilangan hari bertambah kepada 366 hari berbanding 365 hari.
- Bantuan kepada semua rakyat Malaysia dari kerajaan pusat
mencakupi segenap lapisan masyarakat tak kira golongan rendah, sederhana atau tinggi, di bandar mahupun di desa.Bacalah ringkasan bajet 2012 di link yang disediakan dibawah
http://eiz1004.upprofits.com/ringkasan-pembentangan-bajet-2012-oleh-perdana-menteri/ - Isu pendidikan iaitu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dimana mulai bulan Januari 2012 ibubapa boleh memilih sekolah yang menawarkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ataupun bahasa malaysia.baca artikel penuh di link ini http://www.bharian.com.my/articles/IsuPPSMI_Pilihsekolah/Article/
p/s : 04/01/2012 merupakan ulangtahun kelahiran ibuku yang ke-48 semoga ibu sentiasa dimurahkan rezeki dan rahmat yang melimpah-ruah
No comments:
Post a Comment