Wednesday, April 4, 2012

Peranan Bioteknologi


Bioteknologi secara am merujukkan kepada penggunaan teknologi ini bagi meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi.  Pada abad ke 21, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel.  Peperanan bioteknologi dalam pembangunan Negara sejagat.
Peranan bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan.  Hasil bioteknolgi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan.  Produk baru misalnya perasa, pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob yang diubah suai secara genetik. Hal ini demikian bukan sahaja telah meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia, ia juga menjadikan makanan lebih sedap dan bertahan lama. Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan. Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .
Bioteknolgi dapat mengatasi masalah pencemaran.  Pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman. Penciptaan bakteria seperti Mikrob melalui bioteknologi mampu mempercepatkan proses pereputan yang membantu penguraian bahan buangan manusia dan najis haiwan ternakan dengan sempurna.  Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna.  Selain itu, mikrob juga mampu menguraikan najis , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik.  Justeru masalah alam sekitar dikurangkan malah sumber air bersih dapat dibekalkan.
Tambahan pula, bioteknolgi membaharui kaedah perubatan.  Penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan menusia normal.  Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk menggantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson.  Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran.  Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal.  Melalui bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta.  Vaksin bertindak sebagai antibodi dan dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B.
Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian.  Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan.  Keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman.  Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit.  “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa.  Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik.  Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus.  Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan.  Baka-baka yang baik diambil untuk tujuan pembiakan.  Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain
Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara.  Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers