1.
MINUM
CECAIR PANAS
Sesetengah cecair boleh membantu menceggah
dihidrasi dan melegakan sesak hidung, tetapi minuman panas lebih baik
berbanding minuman pada suhu bilik dalam melegakan gejala deman selesema begitu
juga sakit tekak, demikian menurut common cold centre di university Cardiff United
Kingdom.
Jadi selain minum air yang banyak, minum
sedikit the panas atau air panas yang dicampur sedikit limau dan madu. Dan
semestinya tiada yang menandingi keenakan sup ayam yang disediakan ibu ketika
anda sakit. Sup ayam dikatakan mengandungi bahan anti-keradangan dan boleh
membantu melegakan dan melancarkan laluaan lender menerusi hidung.
2.
BERKUMUR
DENGAN AIR
Menurut pakar, berkumur dengan air garam
yang suam dapat membantu mengurangkan rasa sakit tekak dan membuat anda rasa
lebih selesa. Caranya mudah saja, larutkan sesudu garam dalam segelas air suam.
Cuba ulang berkumur setiap tiga hingga empat jam untuk kelegaan, sementara
semuh sepenuhnya.
3.
MINUM SESUDU
MADU
Sekiranya anak anda sukar tidur sepanjang
malam kerana batuk, cuba suap sesudu madu. Kajian yang diterbitkan oleh
Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mencadangkan dengan memberi madu
sebelm tidur dapat membantu menenagkan dan menurankan batuk anak anda dengan
melegakan dan meyaluti tekak. Tapi ingat, elakkan memberi kepada anak berusia
kurang setahun kerana risiko botulism.
4. BEBASKAN HIDUNG ANDA
Gunakan ubat titisan saline hidung bagi
melawan hidung tersumbat dan bagi mengekalkan tisu rongga hidung sentiasa
lembap. Cara ini juga selamat dan tidak menyakitkan untuk kanak-kanak.
Kajian yang dilakukan pengkaji dare
Czechoslovakia mendapati kanak-kanak yang menggunakan titisan saline hidung
berbanding ubat batuk dan selesema tidak kerap meninggalkan sekolah serta
kurang mengalami gejala demam dan selesema berbanding mereka yang hanya
menenerima ubat. Kajian di University of Wisconsin pula mendapati pencuci
hidung dengan air garam juga dapat memperbaiki gejala alahan.
5.
LEMBAPKAN
KEDIAMAN ANDA
Demam selesema dan virus influenza lebih
bertahan lama dalam keadaan yang kering. Penggunaan alat pelembap “cool-mist”
dapat melawan udara kering dalam kediamaan yang boleh membawa kepada hidung
tersumbat dan tekak yang gatal. Pastikan alat pelembap itu bebas dare bakteria
atau kulat dengan menukar air setiap hari dan membersihkan unit berkenaan
setiap tiga hari.
No comments:
Post a Comment