1.0
PENGENALAN
Perkembangan pusat
tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya sudah bermula sejak awal
zaman merdeka, tetapi pertumbahannya semakin pesat sejak tahun 1980-an. Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk
pelajar-pelajar yang belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam atas. Sehingga kini, kebanyakan pengusaha pusat
tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajar kebanyakannya terdiri
daripada guru-guru sekolah kerajaan. Pusat
tuisyen ini adalah tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. Menurut Abdullah Othman (198), sebelum
didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa dasar dan polisi
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Falsafah pendidikan
Negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Tujuan Falsafah pendidikan ialah memberi
panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan
sistem pendidikan Negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang
dicerminkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dalam konteks pelaksanaannya, sistem pendidikan
pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar
yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki
sekolah-sekolah berasrama penuh. Kebanyakan pelajar berpencapaian rendah
didapati mempunyai beberapa kelemahan diri seperti kadar keresahan yang tinggi,
sentiasa bertindak secara defensif di hadapan pihak yang berkuasa, merasakan
diri mereka diabaikan dan tidak mempunyai matlamat yang realistik. Dalam hal ini, cabaran seorang guru adalah
untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar-
pelajar pencapaian rendah ini
2.0
Pernyataan Masalah
Kini semakin ramai
pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen. Adakah kerana pengajaran di sekolah yang lebih
berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai
menyebabkan pengajaran tuisyen menjadi popular? Tidak hairanlah maka pengajaran juga tertumpu
kepada kaedah yang sesuai untuk mereka. Guru
lebih suka mengajar secara langsung kerana kaedah tuisyen dikatakan adalah satu
cara yang cepat dan boleh menyampaikan maklumat dengan banyak. Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak
mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran yuran yang tinggi. Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi
pensyarah dan pelajar terhadap faktor-faktor menyebabkan kelas tuisyen mendapat
sambutan hebat oleh masyarakat. Selain
itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor utama ramai pelajar
mengikuti kelas tuisyen.
3.0
Objektif Kajian:
Objektif Kajian secara umumnya adalah:
1) Mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen di luar
2) Mengenalpasti persepsi pensyarah terhadap faktor
utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
3) Mengenalpasti persepsi pelajar
terhadap faktor-faktor menyebabkan mereka mengikuti kelas tuisyen.
4.0
Kepentingan Kajian:
i.
Dapat
mendatangkan manfaat kepada pendidik-pendidik.
ii.
Mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar sekolah mengikuti kelas tuisyen di
pusat-pusat tuisyen.
iii.
Mengenalpasti
keperluan pelajar dalam pembelajaran.
iv.
Membantu
mengurangkan paksaan serta tekanan pelajar.
5.0
DEFINISI KONSEP
Sebelum menyorot lebih mendalam tentang tajuk, terlebih dahulu kami
ingin memberikan definisi tentang beberapa konsep ;
Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 1025), persepsi merupakan
gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),
pandangan
(menerusi pancaindera) atau tanggapan .
Pensyarah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1065), pensyarah ialah orang
yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah atau guru di universiti, orang
yang memberikan kuliah.
Pelajar
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 1035), pelajar bermaksud orang
yang sedang belajar, mengkaji, menyelidik, murid sekolah, pelajar maktab atau
universiti.
Faktor
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002 ; 348) ,bermaksud unsur atau
sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
Mendorong
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 712) bermaksud
memberangsangkan , mempengaruhi dan menyebabkan (jadi sesuatu).
Tuisyen
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005
: 1723) merujuk kepada
bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran atau
subjek tertentu. Kesimpulanya Persepsi
Pensyarah dan Pelajar terhadap faktor yang mendorong pelajar menghadiri Kelas
Tuisyen dapat ditakrifkan sebagai pandangan pensyarah dan pelajar terhadap
sebab yang mempengaruhi pelajar menghadiri kelas bimbingan tambahan .
6.0
METODOLOGI
6.1 Pemilihan Sampel :
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar calon
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Kategori pelajar ini dipilih dengan anggapan :
1)Mereka boleh memahami dan menjawab soal selidik yang diberikan dengan
baik.
2)Mengikut kelas tuisyen telah menjadi satu ‘budaya’ dalam kalangan pelajar
yang akan menduduki peperiksaan awam Malaysia.
Jumlah pelajar-pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Kluang yang mengikuti
kelas tuisyen adalah sebanyak 104 orang.
Penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang pelajar. Jumlah guru yang mengajar Pra-U adalah
sebanyak 32 orang manakala penyelidik hanya mengambil sampel seramai 20 orang
guru.
6.2 Instrumen Kajian
Kajian yang dijalankan suatu
kajian penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskriptif dengan menggunakan
kaedah kuantitatif yang dibuat secara kajian kes. Deskriptif adalah penulisan untuk menerangkan
satu keadaan atau situasi secara bersistem dan fakta dengan tepat. Oleh itu, penggunaan soal selidik adalah satu
kaedah yang paling sesuai dalam
pengumpulan data kerana kaedah analisis datanya mudah dilakukan berbanding
dengan kaedah pemerhatian langsung yang memerlukan kemahiran terlatih serta
masa yang lama.
6.3 Skop dan Batasan Kajian:
i.
Hanya
tertumpu kepada pelajar Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
ii.
Responden
merupakan pelajar aliran Sains Tulen (Fizik dan Biologi)
iii.
Tertumpu
kepada pensyarah Pra-Universiti di Sekolah Tinggi Kluang.
iv.
Pelajar
aliran sastera dikecualikan daripada kajian
7.0
KAJIAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian lepas yang berkait tentang persepsi pensyarah
dan pelajar terhadap faktor- faktor yang mendorong pelajar menghadiri kelas
tuisyen.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Faridah Bt Baharudin (2005) di dalam kajiannya
iaitu faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen
bahasa inggeris di pusat-pusat tuisyen. Sampel kajian terdiri daripada 148
orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen bahasa Inggeris di sekitar zon
keramat,Kuala Lumpur. Mendapati pelajar-pelajar menghadiri kelas tuisyen bahasa
Inggeris kerana pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan
minat pelajar itu sendiri.
Siti Asiah dan Syaiful Izham (2009) dalam kajiannya untuk menentukan
tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan 5 mengambil
tuisyen di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Sampel kajian
terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah menengah kerajaan
atau swasta yang mengikuti kelas tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia di Taman Universiti,Johor. Mendapati faktor utama pelajar mengikuti
kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu
bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah.
Azizi Yahya dan Hii Ching Ling (2005) dalam kajiannya untuk melihat
persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap keberkesanan kelas tambahan di sekolah.
Sampel kajian terdiri daripada 387 orang pelajar dari dua belas buah sekolah
menengah teknik dan berasrama penuh di Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan.Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara
jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas
tambahan.
Secara keseluruhannya, kajian lepas melaporkan bahawa keberkesanan
pengajaran guru di sekolah menjadi faktor utama pelajar menghadiri kelas
tuisyen di luar mahupun di sekolah. Walau bagaimanapun, pengambilan sampel bagi
setiap kajian hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah aliran perdana
(tingkatan 1 hingga tingkatan 5) sahaja. Oleh itu, kami telah mengambil sampel
yang terdiri daripada pelajar pra-universiti untuk melihat persepsi dan juga
faktor penggerak pelajar menghadiri kelas tuisyen.
p/s: klik untuk melihat slide show
Persepsi Pensyarah dan Pelajar terhadap Faktor yang mendorong Pelajar Ke Pusat Tuisyen