1. Obesiti boleh mendatangkan penyakit lain yang
juga berbahaya kepada penghidapnya. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan
obesiti dan penyakit-penyakit sampingan akibat obesiti.
Obesiti atau yang biasa kita kenal sebagai
kegemukan merupakan suatu masalah yang sering berlaku dan cukup merisaukan pada zaman ini.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan masalah ini terjadi dan menimbulkan penyakit-penyakit sampingan
kepada mereka yang terlibat.
Menurut para pakar kesihatan, didasarkan pada
hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor.Antara faktor-faktor
tersebut ialah faktor genetik. Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada
generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali
menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam
hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah
unsur sel lemak di dalam tubuh.Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang
obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi
ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam
kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak
tubuh yang relatif sama besar.
Tambahan
pula,kerosakan pada salah satu bahagian otak juga merupakan punca obesiti. Sistem pengawal yang mengatur
perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’,
sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian
lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang
mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang
menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan)
dan ‘hipotalamus
ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau
pusat kenyang). Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila
‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan
atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum
(diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus
ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.Hal
ini menjelaskan kenapa dalam kalangan pesakit obesiti tidak boleh mengawal
selera makan mereka dan menyebabkan obesiti pada akhirnya.
Obesiti
bukan sahaja menjejaskan kehidupan seseorang tetapi juga membawa
penyakit-penyakit sampingan seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.Obesiti
merupakan penyebab utama terjadinya penyakit jantung dan pembuluh
darah(kardiovaskular).Pasalnya,obesiti menyababkan peningkatan beban kerja
jantung,kerana dengan bertambah besar tubuh seseorang maka jantung perlu
bekerja lebih keras mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh.Bila kemampuan
kerja jantung sudah melampaui,terjadilah yang disebut gagal jantung.Pengidap
obesity juga sering mengalami tekanan darah tinggi(hipertensi) kerana pembuluh
darah menyempit akibat pengapit timbunan lemak.Kombinasi obesity dan hipertensi
ini tentu sahaja memperberat kerja jantung.Akibat,timbul penebalan pada dinding
bilik jantung disertai kekurangan oksigen.Keadaan ini akan mempercepatkan
timbulnya gagal jantung.
Obesiti juga boleh menyebabkan terjadinya
penyakit kencing manis (diabetes melitus). Ini disebabkan timbulnya gangguan
fungsi insulin pada pengidapnya. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh
tubuh. Fungsinya antara lain memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel
tubuh untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Akibat gangguan fungsi insulin,
gula tidak dapat masuk ke dalam sel, sehingga tetap beredar dalam darah. Ini
dapat diketahui dari kadar gula darah yang meningkat. Gangguan fungsi insulin
ternyata juga mengakibatkan gangguan metabolisme lemak (dislipidemia). Ini
dapat dilihat dari terjadinya peningkatan kadar kolesterol total, kolesterol
LDL (kolesterol jahat), trigliserida, namun disertai penurunan kolesterol HDL
(kolesterol baik). Peningkatan kadar kolesterol jahat disertai penurunan kadar
kolesterol berujung terbentuknya kerak di dalam pembuluh darah (arterosklerosis).
Arterosklerosis akan mengurangkan diameter pembuluh darah, sehingga menyebabkan
penyakit jantung koroner dan serangan stroke.
Sebagai
kesimpulan,obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap
ringan.Memandangkan kesan akibat obesity adalah bahaya,mereka yang terlibat
perlu mengambail langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh
badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri mesing-masing.
No comments:
Post a Comment