Friday, February 26, 2010

Batu Punggul

Batu Punggul

Batu Punggul merupakan sebuah bongkah batu kapur yang besar terletak di tebing Sungai Sepulot di pedalaman selatan Negeri Sabah.

Ia tidak jauh dari sempadan Kalimantan, dan mempunyai pemandangan hutan mengagumkan dari puncak dan gua yang menarik di bawah.

Pelawat boleh memilih tempat penginapan di sebuah resort berhampiran selain rumah panjang kaum Murut, asrama atau rumah tumpangan yang dilengkapi kemudahan moden.

Penerokaan gua di sini menghadiahkan pemandangan bongkahan stalaktit dan stalagmit serta kelawar.

Bunga Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia juga boleh kelihatan kira-kira 25 minit perjalanan dari gua ini. Kawasan ini juga mempunyai pelbagai jenis bunga orkid liar.

Pelawat boleh mendaki ke puncak bongkahan batu kapur ini untuk menikmati pemandangan indah di sekitar hutan tebal yang menyelubungi kawasan ini. Pada waktu malam, hutan ini dipenuhi bunyi hidupan liar yang menghasilkan 'simfoni hutan' yang menarik.

Memandangkan bongkah batu kapur lazimnya hanya terdapat di kawasan berhampiran pantai maka kewujudan Batu Punggul di tengah hutan di pedalaman Borneo ini membingungkan ahli sains yang melawat kawasan ini.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers