Pulau Mabul Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri. Terdapat tiga buah resort di sini yang menyediakan tempat penginapan untuk penyelam skuba - dua terletak di pulau ini sementara satu lagu terletak di atas sebuah pelantar minyak yang telah diubahsuai kira-kira 500 meter dari pinggir pantai. Kesemua resort ini boleh mengatur lawatan sehari ke pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sipadan dan Kapalai. |
No comments:
Post a Comment