Wednesday, February 3, 2010

Maliau


Kawasan Maliau adalah sebuah kawasan tadahan semulajadi, dan tidak pernah diterokai selama berjuta tahun lamanya.

Baru-baru ini, kawasan Maliau yang teretak di selatan Sabah mulai diterokai. Ia merupakan kawasan cantik yang memiliki kekayaan alam semulajadi yang unik.

Di sini, terdapat lebih 30 spesies mamalia, 270 spesies burung dan lebih 80 spesies bunga orkid, yang berharga dan hampir pupus turut ditemui. Terdapat juga kawasan air terjun ditemui di sepanjang kawasan tadahan ini.

Sungai Maliau mengalir ke arah kawasan curam di bahagian tenggara menuju Sungai Kuamut. Aliran air sungai ini kemudian mengalir ke Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.

Terlalu banyak yang belum diterokai di kawasan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna ini.

Oleh kerana kepentingannya kepada ekosistem, pengunjung ke sini turut dihadkan, terutamanya di kawasan kem-kem yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers