Friday, February 26, 2010

Negeri Kelantan Darul Naim

Tempat Bermula Budaya Melayu

Salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia, Kelantan Darul Naim bersempadan dengan Thailand di utara, Perak di barat, Terengganu di Tenggara dan Laut China Selatan di timur serta Pahang di selatan.

Oleh kerana negeri ini berkongsi sempadan dengan Thailand, dan pernah satu ketika dulu dijajah negara itu, maka tidak hairanlah pengaruh Thai dilihat dalam makanan setempat, senibina, dan juga komposisi penduduk tempatan.

Ibu negerinya, Kota Bharu adalah tempat terbaik untuk menikmati budaya dan makanan tempatan.

Malah, Kelantan adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik kerana mempunyai pantai cantik, budaya yang kaya, kraf tangan yang unik serta ukiran kayu yang terkenal. Wanita sering memainkan peranan besar dalam ekonomi negeri ini.

Kraf tangan yang mereka hasilkan, seperti perak Kelantan, bakul, kain adalah antara hasil seni yang terbaik di Semenanjung Malaysia dan sering dibeli bukan saja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing.

Warga Kelantan sendiri gemarkan rekaan yang besar, seperti layang-layang, gasing dan juga peralatan muzik, Rebana Ubi.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers