Friday, February 26, 2010

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis yang dinamakan sempena Gabenor Charles Cornwallis yang berkuasa di Bengal di penghujung dekad 1700 merupakan sebuah tapak bersejarah yang sangat menarik di Georgetown. Kubu ini terletak berhampiran dengan Esplanade di sebelah Menara Jam Peringatan Victoria.

Dinding kubu setinggi 10 kaki tersusun mengikut bentuk bintang. Anda masih boleh melihat sebahagian dari bangunan asal yang dibina lebih sekurun yang lalu, termasuk gereja, penjara, tempat menyimpan peluru dan senjata, menara api yang digunakan suatu masa dahulu bagi menghantar isyarat kepada kapal-kapal yang belayar di waktu malam.

Selain itu, terdapat tiang bendera asal dan beberapa biji meriam yang mana salah-satunya merupakan meriam Belanda yang diberi gelaran Seri Rambai yang bertarikh 1603.

Perkara penting mengenai meriam Seri Rambai ini ialah kepercayaan penduduk tempatan bahawa meriam ini mempunyai pengaruh ke atas kesuburan wanita dalam mengandungkan anak. Kini, tapak bersejarah yang dikendalikan oleh pihak persendirian ini sangat popular di kalangan pelawat.

Ianya dilengkapi dengan kiosk maklumat pelancongan, ruang pentas terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata, dan pemandu pelawat yang boleh membawa anda melawat di perkarangan kubu tersebut dan memberikan anda gambaran zaman silam kubu ini.

Tips
Fort Cornwallis menawarkan khidmat pemandu pelawat yang peramah dan berpengetahuan tinggi yang berpakaian seragam ala tentera kolonial yang berwarna merah boleh membawa anda di sekitar perkarangan kubu tersebut dengan bayaran yang rendah. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang buku panduan atau pengetahuan mengenai latarbelakang kubu ini, pemandu pelawat yang ada di sini sememangnya berbaloi untuk anda gunakan. Kubu ini dibuka untuk lawatan dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 6.30 petang.

2 comments:

Lilypie Kids Birthday tickers