Friday, February 26, 2010

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah. Taman laut ini merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dan dua pertiga daripada kawasan ini ialah laut.

Lima buah pulau indah yang terdapat di sini iaitu Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi mempunyai pantai yang putih bersih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang.

Ia kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Pulau Gaya dan Sapi turut mempunyai denai-denai kecil membolehkan anda mengembara di hutan sekitar kawasan ini.

Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers