Friday, February 26, 2010

Negeri Johor Darul Takzim

Gerbang Selatan

Johor adalah negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia, dengan kawasan pesisiran pantai tepi Selat Melaka di bahagian barat dan Laut China Selatan di timur. Ibu negerinya, Johor Bharu terletak di bahagian paling selatan.

Turut kelihatan dalam landskapnya yang luas ialah kawasan ladang nanas, getah, kelapa, kelapa sawit selain taman negara, perkampungan nelayan serta pusat peranginan tepian laut lima bintang.

Negeri ini berjaya mengekalkan sebahagian khazanah alam semulajadinya, dengan pantai bersih berbatu-batu, selain pulau yang memilik air jernih.

Tempat ini sesuai untuk menyelam dan juga perikanan laut dalam. Malah, negeri ini turut mempunyai beberapa hutan simpan yang diiktiraf antarabangsa. Pencinta alam semula jadi akan teruja dengan pengalaman yang diperolehi di Taman Negara Endau-Rompin yang terletak di sempadan Johor-Pahang.

Kawasan hutan hujan jenis dipterocarp yang belum diterokai ini turut dihuni oleh pelbagai haiwan yang dilindungi, termasuk badak sumbu Sumatra bertanduk dua.

Johor turut mempunyai padang golf dan pusat peranginan mewah terbaik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers