Friday, February 26, 2010

Negeri Sabah

Negeri Di Bawah Bayu

Negeri di Bawah Bayu ini terletak di bawah lingkaran laluan taufan dan Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo adalah negeri kedua terbesar di sebelah timur Malaysia dengan keluasan 74,500 km persegi.

Laut China Selatan terletak di barat Sabah manakala Lautan Sulu dan Celebes (Sulawesi) di timur. Negeri yang kaya dengan hutan hujan tropika dan kawasan pergunungan yang terkenal mempunyai hampir dua juta penduduk terdiri dari 32 kaum pelbagai etnik.

Ibu negerinya, Kota Kinabalu terletak di kawasan rendah di mana kawasan perdagangan dan aktiviti pentadbiran berpusat. Bagaimanapun, untuk merasai keunikan Sabah yang ‘sebenar’ anda perlu menuju ke kawasan luar bandar.

Taman Kinabalu turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar di situ.

Ia juga memberikan cabaran kepada pendaki di sini, yang melalui kawasan hutan yang luas malah, menemui kawasan air panas di kawasan tinggi. Pulau Sipadan di luar pesisiran pantai tenggara Sabah juga salah sebuah daripada lima tempat menyelam teratas dunia.

Ini kerana kawasan perairan di sini kaya dengan hidupan laut yang pelbagai. Malah, saat menyelam anda berpeluang melihat penyu, ikan alu-alu dan jerung putih di Sipadan.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers