Tuesday, February 23, 2010

Taman Negara Tanjung Piai


Taman Negara Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.

Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai.

Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu.


Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers