Thursday, February 4, 2010

PulaU LanKaYan


Pulau Lankayan

Pulau ini hanya mempunyai satu pusat selaman skuba di Laut Sulu Malaysia yang dinamakan Lankayan Island Dive Resort dan merupakan salah satu tempat terbaik untuk melihat jerung paus.

Kedudukan jerung paus ini selalunya ditanda dengan kehadiran sekumpulan burung laut yang berlegar-legar di kawasan air laut yang tenang. Penyelam mungkin sempat mendekati haiwan raksasa yang tidak merbahaya ini tetapi selalunya haiwan ini tidak menunggu lama di satu-satu tempat.

Pada waktu siang, anda boleh memerhati ikan yu sirip hitam berenang berhampiran pantai. Di sebelah malam pula Penyu Karah dan Penyu Agar boleh dilihat naik ke pantai. Terdapat juga kawasan yang dipenuhi pelbagai jenis terumbu karang lembut dan keras yang berwarna-warni di sini iaitu habitat yang sesuai untuk ikan-ikan kecil.

Salah satu dari 40 tapak selaman skuba yang terdapat di sini ialah Lankayan Wreck di mana bangkai sebuah kapal menunda ikan boleh di terokai penyelam.

Bangkai kapal ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis ikan dari yang sekecil 'glassfish', 'harlequin ghost pipefish', 'painted frogfish' hingga ikan pertang dan ikan pari.

Walaupun terpencil, pulau ini mempunyai semua kemudahan sebagai sebuah resort tropika. Pelawat boleh bermalam di banglo kayu yang dibina di celah-celah pokok di pinggiran hutan berhadapan pantai.

Sememangnya, Lankayan bukan sahaja destinasi bagi penyelam skuba, malahan bagi sesiapa sahaja yang menghargai ketenangan sebuah pulau yang aman yang menawarkan pemandangan matahari terbit dan tenggelam yang mempesona dan pemandangan laut yang hebat.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers