Gua Madai ialah tempat yang utama bagi aktiviti mengutip sarang burung. Sarang burung ini dianggap sebagai makanan istimewa dan dipercayai baik untuk kesihatan di kalangan masyarakat Cina dan pasaran eksportnya sangat meluas. Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza ini. Aktiviti mengutip sarang burung ini secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta. Proses mengutip sarang burung ini agak dramatik di mana kaum lelaki menyabung nyawa dengan memanjat hingga ke siling gua untuk mengutip sarang burung. Kini mereka mengupah pengutip sarang burung. Puak Idahan mempunyai hak ke atas Gua Madai ini sejak 20 generasi yang lalu.
Pelawat perlu mendapatkan kebenaran dari warga tua puak Idahan. Sebelum itu, pelawat juga perlu berurusan dengan Pejabat Daerah di pekan Lahad Datu bagi mendapatkan kebenaran awal untuk memasuki gua.
No comments:
Post a Comment