Cheong Fatt Tze Mansion Rumah Lama Cina berwarna biru tua yang terkenal di Georgetown ini telah dibina di sekitar tahun 1880 merupakan rumah kediaman Cheong Fatt Tze, seorang peniaga Cina yang penting pada kurun ke 19 sewaktu permulaan penempatan Selat Pulau Pinang. Bangunan ini dibina oleh jurubina pakar yang dibawa khas dari negara China yang menggunakan kepakaran mereka untuk membentuk banglo yang mempunyai 38 buah bilik, 5 halaman berlantai granit, 7 buah tangga dan 220 buah tingkap. Banglo Cheong Fatt Tze ini terselamat dari arus pembangunan di sekitar tahun 1990 di atas usaha sekumpulan pemelihara warisan yang diketuai oleh Laurence Loh. Banglo ini mempunyai hiasan ukiran kayu Cina yang indah, tingkap Gothic yang tinggi, dinding bata berwarna merah, hiasan porselin yang menawan, tingkap kaca berwarna gaya art nouveau, jubin lantai Stoke-on-Trent dan hasil kerja besi dari Scotland. Susunan rumah ini direka berdasarkan prinsip-prinsip feng-shui dan dipenuhi koleksi arca, ukiran-ukiran, hiasan sulaman dan pelbagai jenis barangan antik lain yang jarang ditemui. Pada tahun 2000, banglo Cheong Fatt Tze ini menerima Anugerah Warisan Asia-Pasifik UNESCO yang julung-julung kali dianugerahkan kerana terpilih sebagai Projek Paling Hebat di Lingkaran Asia-Pasifik berikutan kerja-kerja memulihara bangunan ini yang memakan modal berjumlah RM7.6 juta. |
No comments:
Post a Comment