Tuesday, February 23, 2010

Masjid Sultan Abu Bakar


Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid ini telah dibina oleh 'Bapa Johor Moden' iaitu Sultan Abu Bakar pada tahun 1892, menandakan titik permulaan proses permodenan negeri Johor. Kerja pembinaannya memakan masa selama 8 tahun dan disempurnakan pada tahun 1900. Masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Senibina masjid ini memaparkan pelbagai gaya tetapi yang paling menonjol ialah gaya senibina Victoria! Ada yang berpendapat menara bilal masjid ini kelihatan seakan-akan menara jam British.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers